Tuesday 27 March 2012

hikmah perkahwinan :)




bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh ALLAH kepada untuk menulis di laman blog AISYAH HUMAIRA' :)
siapa belum like fanpage?like kalau suka :)
okay,tak nak merepek lebih-lebih.
niera nak kongsi sikit mengenai title post kali ni "HIKMAH PERKAHWINAN"


kalau bercakap mengenai kahwin,semua suka kan?tambah-tambah remaja :)
macam kita-kita ni...banyak sebenarnya hikmah jika kita berkahwin :)
islam itukan indah,mudah dan terbaik :)

HIKMAH PERKAHWINAN
apabila sudah berkahwin,kesihatan kita dapat dipelihara dan dijaga dengan baik.hidup kita lebih tenteram dan tenang.sekali gus dapat menyihatkan rohani kita.kalau selama ini kita hidup bujang,setelah berkahwin pasangan kita akan automatik menjaga kita.makan pakai insyaALLAH terbaik :)

apabila seseorang telah berkahwin dan niatnya kerana ALLAH,jangan lah risau mengenai masalah ekonomi kerana ALLAH akan melimpahkan rezeki kepada setiap hamba-hambaNYA.kalau nak tunggu kaya baru kahwin,sampai bila?yakinlah dengan janji ALLAH.kalau dahulu,kita hidup seorang ALLAH beri rezeki,bila sudah berkahwin,insyaALLAH akan digandakan rezeki untuk kita dan pasangan begitu juga setelah mendapat zuriat kerana anak itukan anugerah ALLAH :)

Dari segi sosial,perkahwinan memberikan hikmah yang sangat besar yang mana kita boleh lihat,perkahwinan menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan.ia melindungi kita dari melakukan apa-apa yang haram disisiNYA.maka tidak ada lahirnya anak luar nikah,zina dan sebagainya.setelah berkahwin,maruah dapat dipelihara kerana kita dah ada suami atau isteri :)

perkahwinan juga mencantum paling kurang dua keluarga.ini dapat memupuk persaudaraan.tambahan pula,Nabi Muhammad SAW menggalakkan kita mencari 'orang jauh'.contohnya apabila kita orang utara berkahwin dengan orang selatan,maka banyak lah kita akan belajar seperti cara masakan,cara bercakap dialek mereka dan macam-macam.ini dapat menceriakan suasana alam rumah tangga dan memupuk rasa kasih yang lebih mendalam.apatah lagi islam menyuruh kita menghormati dan menyayangi keluarga mertua seperti keluarga kita sendiri :)

berkahwin juga merupakan ibadah.Nabi Muhammad SAW menyebut "Siapa yang tidak mahu berkahwin,maka dia tidak mengikut sunnahku"Banyak contoh yang kita boleh ambil dari baginda SAW sebagai ibrah dalam kehidupan kita.Sikap baginda yang lemah-lembut dengan isteri-isteri baginda boleh dijadikan panduan untuk bakal-bakal suami di luar sana.ia adalah ibadah dan menjadi sunnah baginda SAWdan berkahwin itu indah jika berlandaskan islam :)

perkahwinan juga beerti kita menjaga maruah dan kehoramatan diri.buat pasangan muda yang berkahwin,ketahuilah anda bahawa syaitan menangis tersedu sedan dek kerana tidak dapat lagi mencemarkan jiwa-jiwa remaja untuk melakukan maksiat.setelah kita sah diijabkabulkan,semuanya halal disisi islam.bukan sahaja dapat memelihara maruah diri,malah dapat menjaga nama islam itu sendiri :)


"dan antara tanda-tanda kekuasaanNYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakanNYA cinta kasih sayang antara kamu.Sungguh,dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran."
(Surah ar-Rum,ayat 21)


kesimpulannya,perkahwinan itu sesuatu yang mudah sebenarnya kalau kita berlandaskan islam dan meletakkan ALLAH itu yang utama.jangan kerana tidak ada ekonomi yang kukuh atau sebarang alasan,kita menjadi lemah dalam membuat keputusan.buat bakal pengantin,istikharah la tanpa henti semoga itu pilihan yang terbaik dan pilihan itu dapat membimbing kita hingga ke syurga.ketahuilah,bahawa syaitan tidak suka pada sesuatu yang baik dan sentiasa menghasut hati kita.jauhklan diri kita dari maksiat yang dimurkai olehNYA :)

3 000 Budak Comel:

Shiema Sufian Shiema Sufian said...

Perkahwinan akan membuatkan kita jauh dari zina dan dekat dengan Allah (:

Ana Farhana Ana Farhana said...

setuju sgt2..

sunshine =) sunshine =) said...

subhanaAllah!betul tu..lagi2 kwin awl..mcm kak niera..byk himahnya.. (: