Saturday 17 March 2012

bercinta?



Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya

Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah

Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari

Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah

Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu




Dalam surah an-nur ayat 26,ALLAH mengingatkan kita,"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat.Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik pula.Mereka bersih daripada tuduhan orang.Mereka mendapat keampunan dan rezeki yang mulia iaitu syurga."

apa itu cinta?
Kate Ust Hasrizal : " Bercinta jangan seperti main bola sepak. Belum dapat dikejar tapi dah dapat ditendang. Bercintalah seperti main bola ragbi. Belum dapat dikejar, dah dapat dipeluk erat." 
>>bercinta dengan yang halal ♥

kata hati saya pulak : " Cinta itu satu perasaan indah yang diberi ALLAH kepada hambaNYA yang mana jangan kita salahgunakan.Berikan kepada yang berhak menerimanya.Jangan nafikan cinta kerana itu sesuatu yang bernilai dalam diri kita "

Kita ada di dunia bukan untuk mencari
seseorang yang sempurna untuk dicintai
TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna 
dengan cara yang sempurna

Saidina Ali bin Abi Talib ada mengingatkan, " Cintailah kekasihmu sekadarnya saja,, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekadarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu."

Teringat pula niera kepada kata-kata yang wujud dalam filem syurga cinta mengenai jodoh ;
Jodoh itu ade 3 jenis:
"Jodoh yang diilhamkan syaitan, kamu berjumpa dengannya, berpegangan tangan, berhibur dengannya dan kemudian tidur dengannya, dia kemudiannya hamil dan kamu menikahinya"
"Jodoh yang diilhamkan Jin, Kamu mencintanya, tetapi dia tidak mencinta kamu, kamu menyihirkannya dan membomohkan nya untuk berkahwin dengan nya."
"Jodoh yang diilhamkan Allah, kamu bertentang mata dengannya, lahir perasaan cinta dihati kamu terhadapnya dan lahir perasaan cinta darinya terhadap kamu, kamu meminangnya untuk dijadi permaisuri rumahtangga mu"

Kepada Lelaki:
"Cinta bukan untuk mainan, cinta bukan untuk dipersendakan, cinta yang diperlukan wanita adalah cinta yang iklas datang dari hati. Cinta yang bersedia untuk hidup semati."
 
Kepada wanita:
"Jadilah wanita umpama bunga dalam Kaca, tidak mudah didekati, hanya mereka yang benar-benar mampu dapat menyentuhnya."

pesan niera
>> Jangan risau soal JODOH, InsyaAllah ada jodoh buatku dan buatmu. Kalau tidak bertemu di DUNIA, InsyaAllah bertemu di SYURGA sebab Allah jadikan setiap makhluk itu berpasang-pasangan.  
>> Hendak yang SOLEH kena jadi SOLEHAH dulu sebab takut nanti diri kita tidak sesoleh dirinya, dan begitu juga sebaliknya.
>> Jalan TERBAIK untuk HATI adalah dengan Memandang perangai manusia itu dengan RAHMAT ALLAH dan KASIH SAYANG ALLAH.
>>WANITA itu diciptakan ALLAH istimewa untuk KEBAHAGIAAN suaminya SEORANG..bukanlah untuk kebahagiaan SEMUA lelaki.
>> Jangan letakkan seseorang itu HAK MILIK kita selagi tiada ikatan AKAD NIKAH belum terpatri dalam hubungan yang sedang dibina.. Semuanya terletak pada KETENTUAN Allah..berdoa sahaja jika benar-benar MENGHARAPKAN.
>>Jodoh itu rahsia ALLAH,berdoalah moga diberi terbaik olehNYA.


Be patient. If you miss out on something you really wanted, theres a reason. ALLAH has better plans for you, even if you don’t realize it..Yakin pada Allah, bahawa Allah telah aturkan yang terbaik kerana setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi ^^v I AM NOTHING WITHOUT ALLAH :')

yaALLAH,moga ini bakal menjadi jodohku yang terbaik.
ya,niera sudah bertunang :)
doakan kami ♥♥


13 000 Budak Comel:

Anonymous said...

CINTA kepada ALLAH cinta hakiki~ :)

Anonymous said...

sweet baca entry niee
setju sgt2 ^_^

NuRuL HoNeY NuRuL HoNeY said...

..best je baca..
..thankz 4 sharing..

dya nasir dya nasir said...

dya suka entry ni.. semoga niera dan tunang akan jinjang pelamin ye..;)

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@nureenina redha ilahi penting dari segala2nya :)

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@farah hanim sweet :) heee~

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@NuRuL HoNeY wc dear ;)

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@dyabunga amin :) mmg itu yang diharapkan :)

cci cci said...

nice info.... ^_^ syukur bertemu seorang suami yg baik.. ^_^

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

suami?insyaALLAH :)

farhanamasdo farhanamasdo said...

salam myra :) singgah n follow sini . jom jengah my blog :)

Noor Fatin Noor Fatin said...

cinta Allah kekal abadi selamanya.. :) kadang2 saya selalu terfikir, sapa la jodoh saya.. huu

Eera Shera Eera Shera said...

suka lagu dehearty tu..insyaAllah Dia bagi yg terbaik utk kita semua :)