Sunday, 26 February 2012

nikmat yang sering dilupakan?

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum :)

apakah nikmat yang sering kita lupakan?
YA,nikmat kesihatan dan masa lapang sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud ;

"Ada 2 jenis nikmat yang dilupakan oleh  kebanyakan manusia,iaitu kesihatan dan masa lapang"
(riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

nikmat kesihatan 
nikmat ini sering kita lupakan dimana kita sering enjoy diluar sana sampai lupa padaNYA..
ketika sakit,mula lah kita nak ingat pada ALLAH..ketika inilah mulut kita mengeluh 

"ALLAH,sakitnya"
"ALLAH,pedihnya"
"ALLAH,ALLAH,ALLAH"

ketika inilah lidah kita ringan dalam mengingatnya tapi dimana kita diwaktu sihat?
nikmat sihat yang diberikan seharusnya kita bersyukur yang mana kita boleh beribadah kepadaNYA dalam keadaan selesa dan gembira..ibadah disini bukan bermakna hanya solat,puasa atau menunaikan zakat..apa2 yang kita niat kerana ALLAH ia menjadi ibadah..seperti pergi sekolah,baca buku hatta tidur sekalipun,ia dianggap ibadah !jangan tunggu sakit baru kita rajin menyebut kalimah ALLAH ! Ada juga yang menggunakan nikmat sihat ini dengan mencari rezeki dari sumber yang haram,membuat maksiat dan lain2 yang haram disisiNYA..astaghfirullah..muhasabah balik apa yang telah kita lakukan semasa ALLAH masih memberi nikmat sihat kepada kita..

nikmat masa lapang
apakah yang kita lakukan semasa masa lapang?adakah kita menggunakannya dengan baik?berfacebook selama 24 jam sehingga solat dilupakan?itukah kita?atau adakah masa kita lebih banyak digunakan untuk tidur sepanjang hari ketika cuti hujung minggu?tanya balik diri kita.muhasabah bersama.bak kata sahabat niera "banyak tidur merugikan umur".
Ramai yang terlupa sebenarnya banyak masa kita berlalu dengan begitu sia2 bilamana masa 24 jam sehari kita tidak guna dengan sebijak2nya.Contohnya sebagai seorang pelajar,tidak salah kita gunakan masa untuk mengulangkaji untuk menghadapi peperiksaan akhir nanti.Masa cuti bukan masa untuk kita enjoy atau melekat dengan bantal dan tilam tapi adalah masa untuk diri sendiri yang kita luangkan.Bagi niera,walaupun kita tengok hindustan,cuba kita ambil 'ibrah atau pengajaran dalam cerita tersebut..banyak nilai kasih sayang dan kekeluargaan yang diterapkan dalam sesetengah cerita tersebut..Asalkan kita pandai manage sendiri ibrah yang kita mahu ambil..sesungguhnya setiap amalan itu berdasarkan niat,insyaALLAH..

JANGAN SIA-SIAKAN NIKMAT KESIHATAN DAN MASA LAPANG YANG DIBERI OLEH ALLAH SWT..GUNAKAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA ^_^

share untuk semua..
mudah-mudahan diri ini juga 
menjadi lebih baik daripada sebelumnya..
insyaALLAH :)

9 000 Budak Comel:

ciksukaberangan ciksukaberangan said...

share untuk semua. hihi. alhamdulillah. moga2 masa terluang dan tubuh yang sihat tidak dipersiakan. thanks for sharing :D

Unknown Unknown said...

subhanallah..sungguh lar..
nikmat masa lpang yg sering diabaikan..

faizah husna faizah husna said...

hadis dalam sbjek PQS mse f5..hehe
nikmat yang kita acpakali tak sedar..:)

biela bell biela bell said...

betul tu..jangan sia2kan nya..terima kasih peringatan :)

Mia Adriana Mia Adriana said...

jgn sia2 kan..

teringat lgu in-team..

Cahaya gembira Cahaya gembira said...

ASSALAM..
ustaz ana ad mengatakan..
manusia yg tdak mensyukuri nikmat kemungkinan besar manusia itu akan jatuh kepada mnjadi SYIRIK..
nauzubillah..

Unknown Unknown said...

betul2~ maka bersyukurlah selalu... ana folo sini ye~

amal amal said...

sentiasa bersyukur atas Nikmat Nya ! ^__^

btw , Thanks for sharing.

Nana Nana said...

thanks mengingatkan..