Firman ALLAH swt yang bermaksud;
1)Katakanlah,"Aku berlindung kepada tuhan yang menguasai subuh(fajar).
2)dari kejahatan (makhluk yang) Dia ciptakan,
3)dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita,
4)dan dari kejahatan (perempuan-perempuan) penyihir yang meniup pada buhul-buhul (talinya),
5)dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki"
(Surah Al-Falaq,ayat 1-5)
kawan-kawan tahu cerita di sebalik surah ini?
Menurut Tafsir Ibn Kathir bahawa seorang yahudi bernama Labid bin al-'Asam daripada Bani Zuraiq,salah seorang munafik telah mengenakan ilmu hitam (sihir) keatas Nabi Muhammad SAW.Dia telah mengambil rambut Nabi Muhammad saw dan membuat sebelas ikatan (simpulan) dan meletakkannya di bawah sebuah batu berhampiran dengan telaga bernama Zarwan.Akibatnya, Nabi Muhammad saw telah mengalami kekeliruan dan was-was tentang perkara yang dilakukan atau yang belum dilakukan Baginda (walaupun perkara itu tidak mempengaruhi ajaran dan sifat kenabian beliau).Maka Jibril telah datang turun menghadap baginda dan memaklumkan kepadanya perkara sebenar dan menyampaikan 2 surah iaitu surah al-Falaq dan surah an-Nas.
Baginda telah pergi ke telaga tersebut bersama para sahabat dan mengalihkan simpulan tersebut.Ketika setiap kali surah itu dibaca,simpulan itu terurai dengan sebdirinya dan setelah simpulan yang ke 11 terurai,maka terlepaslah Baginda daripada pengaruh ilmu hitam tersebut.
Ayuhlah kawan,kita sentiasa memohon perlindungan dari ALLAH SWT dan yakinlah dengan kekuasaanNya..ALLAH tahu apa yang terbaik buat kita. Segala kejahatan berpunca daripada perasaan hasad dengki sesama kita.ALLAH mengajar kita menerusi surah ini agar memohon perlindungan ALLAH daripada pelbagai malapetaka,yang bersifat pelik dan rahsia.Tidak mustahillah mengapa kita digalakkan membaca ayatul kursi dan juga 3 Qul sebelum tidur :)
ALLAH tidak akan meninggalkan orang yang
sentiasa bergantung harap padaNYA..
hasil pembacaan dari majalah GEN Q :)
7 000 Budak Comel:
nice sharing...:)
Alhamdulillah....
tq ats sharing nie...
sama2 la mengamalknnya :)
trima kasih kerana berkongsi... :)
Hi niera,thanks kongsi ilmu yg sgt membina utk pengisian rohani. I love blogwalking~
terima kasih. perkongsian yang mantap :)
thanks for sharing..info yg sgt bermakna..(*_*)
Kita sbg org Islam kena yakin dgn Allah dan juga ayat2 Allah.hy dgn itu blh membantu kita dari sgala perkara yang tdk baik termasuklah perkara sihir2 ni.jgn sbb takutkan sihir, nanti gunakan sihir utk melindungi diri.dahhh byk sgt kes sihir2 ni bermaharajalela dalam masyarakat kita.sedih2.
ps : nice sharing!jzkk :)
Post a Comment