Wednesday, 25 September 2013

Kembali Semula Ke Dunia USIM Setelah Beransur Sihat

Alhamdulillah, selamat merempit ke USIM petang tadi dengan jayanya. Alhamdulillah. Biasanya suami yang hantar sejak dia ada di Malaysia tapi hari ni dia pula yang sakit. Tak larat. Sama-sama doakan supaya encik Safwan yang saya sayang kembali sihat. Ameen. 



Alhamdulillah, kesihatan semakin baik. lepas ni kena pantang makan. Tak boleh makan sayur, tak boleh makan makanan yang bersusu/santan, makanan pedas, buah-buah yang berangin dan macam-macam la pantangnya. Demi kesihatan dan supaya perut tak meragam lagi. 



Maaf buat pembeli barangan mesir yang lambat dapat barang. Yang belum dipos, akan dipos esok. Terima kasih bagi yang memahami kondisi kesihatan Niera yang tak berapa nak baik minggu lepas sehingga hari ini. Kini kembali aktif dan bertenaga untuk belajar. Dah janji dengan suami, tak mo nakal-nakal dan nak belajar sungguh-sungguh. Yeay !

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." [Al-Ankabut ; 69]


Saturday, 21 September 2013

Semoga Cepat Sembuh



Lama tak menaip di sini. Alhamdulillah, baru larat nak taip sikit. 3 hari mengerang sakit, sampai nak tergelak bila adik-adik semua ingat mengandung. Ohh, sangat nak tergelak. Sakit perut tanda mengandung?? Haha. Konfirm kelakar. Baby insyaAllah lambat lagi. Jumpa doktor, doktor check salah makan. Sampai habis ubat yang doktor tu bagi, tetap masih terasa sakit, cuma masuk hari ke empat ni kurang sikit sakit. Asal makan je buang balik. Seolah-olah perut tak boleh terima. Ini lagi teruk dari senggugut. Tapi Allah nak uji. Alhamdulillah. Terima kasih pada kawan-kawan dan suami yang tolong. Balik rumah, mak ayah pun tolong belikan ubat yang katanya lebih bagus. Tu yang kurang sikit. Sakit-sakit cenggini pun ramai yang still order barang. Alhamdulillah. 

Aduhh, sakit lagi..

Hanya mampu bersabar dan berdoa. Kaffarah dosa. Moga amalan masih diterimaNYA. Syukur, masih ada suami dan family disisi. Terima kasih buat kawan-kawan yang mendoakan. Harap akan sihat sepenuhnya.