Wednesday, 2 October 2013

Happy 1st Anniversary

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah genap setahun usia perkahwinan kami. Rasa macam sekejap je..Mana tak rasa kejap, baru je 3 bulan hidup bersama. Berpisah yang lama. Sorang kat Malaysia sorang kat Mesir. Jauh beribu batu. Dok memanjang skype. Rindu sesangat. Sekarang alhamdulillah, suami masih di Malaysia menunggu panggilan pulang ke Mesir semula setelah keadaan bertambah baik. Best jugak suami di sisi sebab apa jua tindakan kita, dia tahu dan boleh terus nasihat jika salah. Belajar pun, apa lagi, gunakan kesempatan yang ada untuk suruh dia ajar apa yang patut. Dah jadi penterjemah arab ke melayu dah untuk isteri dia sorang ni. Alhamdulillah.


Hidup sebagai pelajar dan isteri bukan mudah. Ni belum ada anak. Tapi semuanya atas izinNYA. Kami kahwin dan belajar pun masih dalam izinNYA, alhamdulillah. Banyak cabaran. Banyak ujian. Dengan assignment berlambak, tanggungjawab isteri juga perlu seiring. Kena kuat. Kena cekal.


Buat sang isteri, kena banyak belajar sabar. Dalam keadaan penat belajar sekalipun, jangan lupa pada suami. Tetap perlu bahagikan masa untuk tahu perkembangan suami. Jaga maruah suami kerana perlakuan kita di mata umum adalah melambangkan maruah suami. Alhamdulillah, sentiasa bersyukur diberi ujian kerana itu tanda Allah masih sayang dan peduli dengan kita.


Ramai tanya, bila pula nak bertiga? InsyaAllah sama-sama doa. Tapi Allah lebih tahu yang terbaik. Target kami nak fokus habiskan belajar dulu. Suami lagi setahun dan Niera lagi 2 tahun. Mak ayah kami pun nasihatkan agar habiskan belajar dan baru fokus dengan anak-anak comel kami nanti. hehe. Yang penting, kami merancang, Allah juga merancang namun percayalah perancangan Allah adalah yang terbaik.

ALLAH berfirman :
وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
 yang membawa maksud :
“Dan Mereka Merancang,ALLAH juga merancang,Sesungguhnya ALLAH sebaik-baik perancang”.
Oppss, masuk bab hari anniversary, kami masa tu beradaa di Pahang [rumah mertua] , alang-alang dah dekat Pahang, kami terus ke Tasik Bera. Tak de apa pun dekat situ, bergambar je lebih.. hehe. Tapi seronok sebab sambil tengok tasik dan ikan-ikan dalam tu, kami share story, dan saling bertukar pandangan. Suami Niera ni memang banyak idea kalau bab sembang, namun bersyukur jugak sebab dapat suami yang macam ni. Still tak boring walaupun pergi ke tempat yang agak boring. hehe.





Malam tu kami makan kek 1 family, Serius kek sedap. Kek strawberry ! Alhamdulillah, Buat suami, Thanks for high heels [2 pasang] and hand bag yang sangat cantik ! Love You. Moga ikatan ini hingga ke syurga bersama redhaMU, Ya Allah. Amin.



Thursday, 26 September 2013

Jom Sertai Kursus Pra Perkahwinan !

Kursus Pra Perkahwinan 'Selangkah Menuju ke Gerbang Perkahwinan'. Penyertaan terbuka kepada semua Mahasiswa USIM dan orang awam. Akan diadakan pada 26-27 Oktober 2013 bertempat di DKF 1.2. Yuran penyertaan sebanyak RM80 termasuk makan 2 hari serta bahan2 modul kursus dan sijil yang disahkan JAKIM. Bayaran diposit hendaklah dibuat sebanyak RM50(Hubungi no tertera). Pendaftaran dibuka sehingga 21 Oktober 2013. Ayuh CEPAT mendaftar! Tempat adalah TERHAD!