Monday, 16 June 2014

Surah Bacaan Ketika Mengandung

Sedikit perkongsian buat update kali ini. Jom amalkan surah-surah special ni terutama buat ibu hamil. Macam-macam keistimewaan!



Surah Bacaan Ketika Mengandung
  • Surah al-Fatihah : Untuk terang hati dan kuat ingatan
  • Surah Maryam : Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat
  • Surah Luqman : Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa
  • Surah Yusuf : Untuk memperoleh anak cantik akhlak dan rupa
  • Surah al-Hujurat : Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat hati-hati.
  • Surah Yasin : Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
  • Surah at-Tawbah : Untuk membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat
  • Surah al-Nahl : Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Sangat disarankan agar si ibu khatamkan al-Quran sekurang-kurangnya 1 kali sepanjang 9 bulan mengandung. Buat bakal ibu-ibu di luar sana, tahniah atas kehamilan. Allah memberi banyak ganjaran buat kita sebagai bakal ibu. InsyaAllah. Bersyukurlah kerana kita adalah insan terpilih. Alhamdulillah

Ohh Final Exam!

Final Exam Semester 6
10/6 – Keusahawanan
23/6 – MUET/Teks-teks falsafah
24/6 – Teks-teks akidah
25/6 – Kerohanian dalam pelbagai agama/metodologi kajian pelbagai agama
27/6 – Religious worldview


Tu jadual final exam kali ini. Ohh, sungguh banyak gap. Study week dah jadi 2 minggu. Apa lagi, malas pun datang bertamu lah! Adoii.. apa nak jadi ni? Apa ni? Apa ni? Semester 6 yang mencabar, tinggal 1 je semester lagi then kita boleh enjoyyy berpraktikal okay! Pejam celik pejam celik kejap je dah nak habis belajar.. masih terasa muda. Ewahh ! Hmmm.. psstt, sempat lagi khatam 3 buah novel!
·         Dia.. isteri luar biasa [sangat best!]
·         Pabila romeo vs Juliet [karya e-man sufi yang terakhir kolaborasi novel yg sebelum2 ni, wehh, serius best!]
·         Aku bukan perampas [banyak sangat konflik, serabut otak bila baca, boring!]

Haaaa, tu dia aku punya kesimpulan. Subjek untuk exam next week, belum sehabuk pun baca lagi.. tu dia ragam si bakal ummi. Ni kalau suami, mak ayah den tahu ni, mahu x mengamuk. Haha. Bini dia buat onarrr..

Ehh, tapi bukan sengaja. Sebulan dua ni mmg x sedap badan. Rasa lesu je. Nak buat apa pun x semangat. Tapi mudahan ramadhan kali ni lebih bersemangat! Yeay! Ok, nak sambung merajinkan diri utk study. Sayonara!



Lots of love,
Puan Niera.