Tuesday, 31 July 2012

wordless wednesday #40


siapa yang pecinta kucing?sila komen..sebab niera tak suka kucing,itu yg jadikan gambar ni sebagai wordless..hik3

Monday, 30 July 2012

Perempuan Kini Tidak Tahu Malukah?

Salam Ramadhan Semua :)
Harapkan kita semua semakin bersemangat dikala hari ke 11 berpuasa ni :)
Tapi sedarkah kita definisi sebenar puasa?Puasa ertinya menahan diri,bukan sahaja menahan makan malah kita kena menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang dilarang ALLAH..
Perempuan adalah hiasan dunia dan sebaik-baik wanita adalah isteri yang solehah..Tapi sedarkah kita,apa terjadi dengan perempuan kini?Gambar gadis-gadis dijaja merata-rata,bukan sahaja dijaja tanpa sedar malah diupload merata-rata dengan kerelaan diri sendiri..GADIS MELAYU..ALLAH..terasa diri ini..Gambar yang terlampau mendedahkan aurat sehingga menaikkan nafsu lelaki..Buah dada ditayang-tayang untuk apa?Badan sengaja dilentikkan untuk apa?Rambut diwarnakan untuk apa?Untuk apa semua itu?Islam itu indah,jangan rosakkan dengan perbuatan kita sendiri..Memang cantik ke buat aksi macam tu?jangan dilupakan bahawa fitnah tersebar adalah fitnah wanita..


 Dari Salim bin Abdullah r.a dari ayahnya, katanya:Nabi s.a.w lalu di hadapan seorang Ansar yang sedang mencela saudaranya kerana saudaranya itu pemalu. Maka sabda rasulullah s.a.w kepadanya:Biarkanlah dia! Sesungguhnya malu itu sebahagian daripada iman.

Rasulullah sendiri menerapkan dalam diri kita supaya mempunyai sifat malu kerana malu itu sebahagian daripada iman.Tidak malukah kita?Apa lagi alasan yang kita nak bagi?Belum diberi hidayah oleh ALLAH SWT?Hidayah perlu dicari bukan dinanti!


Renung kembali sepanjang Ramadhan ini,apakah sempurna aurat kita ditutup?Benarkah dia ditutup atau dibalut?Solat adakah kita lakukan?Utamakan yang wajib sahabatku..Puasa tapi kalau tak tutup aurat pun tak de makna..Jangan kita seksa pandangan lelaki yang meratah ke tubuh kita..Jangan disebabkan kita,puasa mereka menjadi sia-sia..

Persoalannya,Perempuan Kini Tidak Tahu Malukah?Niera juga perempuan,tapi jika dengan berlembut tidak jalan juga,terpaksalah bertegas..Bukan Niera nak mengaibkan sesiapa tapi inilah realiti sekarang..Turunlah ke KL,mcm-mcm kita boleh nampak..Baju ketat,tudung jarang,seluar sendat,itu dah biasa..tapi biasakah itu di pandangan pencipta kita..Bayangkan jika Rasullullah ada bersama kita..ALLAH..

~renungan juga untuk diri ini yang hina lagi kerdil~