Sunday, 30 September 2012

Indahnya Bercinta Selepas Kahwin [part1]

Disebalik keriuhan dan kesibukan semua menghadiri majlis pernikahan, bertemulah dua insan yang lama terpisah iaitu sahabat baik. Mereka merupakan ayah kami. Perjumpaan tidak terduga menimbulkan satu harapan besar dua buah keluarga. Kami dikenalkan secara tidak sengaja di majlis itu tapi aku tidak melihat wajahnya kerana dia juga menjaga pandangan mata. Perkenalan singkat itu tidak menimbulkan rasa dihati kami sedikit pun kerana menyangka itu pertemuan biasa. 7 bulan kemudian, aku dijemput keluarga menghadiri satu kenduri kahwin di seremban pula tapi yang hairannya, aku diminta membawa sapasang baju persalinan.
Emak : Nanti niera bawak baju lebih tau.
Niera : Kenapa? Nak mandi sungai ke nanti?
Emak : Rahsia. Bawak je.
Niera : Okay. (tapi dalam hati terfikir nak bawa baju apa ni??)

Aku bawa terus t-shirt labuhku dan seluar track suit sebab fikir ntah-ntah family nak bawak pergi mandi sungai. Best3 :) Selesai di Seremban, ayah terus bergerak laju ke felda tembangau,pahang. Ahh,jangan cakap ayah nak bermalam dirumah kawannya. Bawa baju dah la baju santai, tak da dah bawak baju formal yang lain. Bila ditanya, macam biasa jawapannya adalah "rahsia". Sampai di rumah kawannya, aku masih seperti biasa. Tidak menganggap apa-apa. Sehingg lah pada malamnya, emak bertanya kepada ku adakah aku mempunyai seseorang. Jawapan jujurku semestinya tidak. Hai,emak dah lain macam dah ni. Seperti yang kuduga, mereka merancang menjodohkan aku dengan anak kawan mereka, Pakcik Abdul Wahab dan Cik Jah (yang kini ku panggil emak dan ayah). Anak mereka ketika itu berada di mesir dan namanya Mohamad Safwan (yang kini menjadi cinta hatiku hingga ke syurga). Pada mulanya aku tidak cam siapa yang dimaksudkan oleh mereka, tapi akhirnya dialah orang yang ditemukan dengan ku 7 bulan lalu. Sungguh tidak ku duga.

“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang". (Ar-Rum 21)

Aku mula mencari jawapan dengan istikharahku dan aku pasti dia juga mengetahui rancangan keluarga kami. Setelah lama menanti, aku temui jawapannya dan jawapan ku itu membuat hati keluarga mengungkap rasa syukur, alhamdulillah. Pada mulanya, rancangan keluarga kami adalah supaya kami berkenalan dahulu dan selepas habis belajar baru beri jawapan samada nikah atau tidak. Kami akui tapi kami berfikir sampai bilakah ini semua akan berakhir. Berkenalan terlalu lama dan melambatkan pernikahan? Tidak sampai setahun perkenalan tanpa bersua muka mendengar suara, kami menggunakan kesempatan dia pulang ke malaysia untuk ditemukan oleh keluarga sekali lagi untuk melihat calon pilihan mereka pada hari jumaat di bulan ramadhan yang lalu. Akhirnya, setelah melihatku, dia membuat keputusan nikah dan aku menyetujuinya kerana dialah calon istikharahku, alhamdulillah. ALLAH mudahkan urusan kami, keluarga kami setuju dan sepakat mencari tarikh nikah (29/9/2012).

Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, “Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku”.


Kini aku bergelar isteri kepada seorang imam hidupku. Inilah imam terbaik yang ALLAH beri. Alhamdulillah, tiada kata lain yang dapat ku gambarkan perasaan ini. Bahagia. Diberi zauj  dan semoga dia mampu memimpin aku ke syurgaMU, ya RABB. Ramai yang update di facebook bahawa bercinta lepas kahwin itu indah, Ya, aku akui. aku kini bahagia. Teramat bahagia. Berkenalan dan bercinta setelah nikah bersama cinta hatiku yang sah. ALLAH itu maha adil kerana dia telah berfirman yang bermaksud “Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu.” (An-Nisa’: 1)






Tuesday, 25 September 2012

Keputusan Pilihanraya Kampus (USIM)

Keputusan PRK USIM, Tahniah kepada mereka yang memenangi kerusi, pimpinlah dengan penuh tanggungjawab dan amanah
Tahniah buat Mahasiswa tahun 3 Pengajian Akidah & Agama saudara Razif Fuad dengan mendapat undian tertinggi :)

8 kerusi umum:

1. Razif Fuad: 6214
2. Nadrahtul Huda Misral: 6019
3. Nazmin Yusoff: 5748
4. Adam Fariz: 5672
5. Mohd Shukri Pui: 5360
6. Suhaimi: 4869
7. Sawari Mahamadi: 4725
8. Safwan Hamdy: 4294

FST:
Nor Wajihah Atiqullah: 889
Azizi Alias: 730

FPBU:
Fatimah Az-Zahra': 495
Afiah Ab Shukor: 426

FKP:
Mohd Ali Omar: 827
Nur Syuhadah Sudiro: 764

FSU:
Mohd Zuhdi: 785
Mohd Syakir: 795

FEM, FPQS, FPSK: Menang tanpa bertanding
 
sumber > page PERWADAH