Wednesday, 13 February 2013

Kesan Keputusan Peperiksaan Selepas Kahwin : Baik / Sebaliknya?


Alhamdulillah. result final exam niera dah keluar semalam. Kesan Keputusan Peperiksaan Selepas Kahwin : Baik / Sebaliknya? Rasa-rasa mana satu jawapannya? Sebelum nak ulas apa-apa, alhamdulillah, rezeki Allah. Niera dapat keputusan yang baik. Naik dari semester lepas. Alhamdulillah, sungguh tak sangka. Belajar pun agak main-main. Sempat lagi update blog segala bagai masa musim exam hari tu. Dan orang pertama yang tahu pasl result niera adalah semestinya buah hati pengarang jantung niera, Encik Abang Sayang. Lepas tu mak ayah then ada sorang dua kawan niera. Dapat tengok result, alhamdulillah, tiada ungkapan lain selain syukur pada Ilahi. Suami di mesir terus telefon, sebab niera cakap ada hal penting. hehe ;)

Niera : 
Abang, ada berita baik ni nak bagi tahu. Abang dapat teka tak, nak bagi tahu tentang apa? 
Suami : 
Ni mesti pasal result sayang ni kan? 
Niera : 
Hihihi. Haah. Alhamdulillah, sayang dapat 3.**  
Suami : 
Alhamdulillah. Tahniah sayang. Nak tahu tak kenapa dapat result macam tu? 
Niera : 
Hmm, ni mesti sebab ada doa dari mesir kan? 
Suami : 
Ni semua datang dari Allah dan juga berkat dariNYA. Kita dah kahwin, lagi berkat nak buat segala benda. Belajar pun salah satunya. Belajar dalam keadaan berkat. Suami isteri saling mendoakan.

Tu serba sikit la dialog niera dan suami yang dah diedit sikit la. Nanti korang rasa apa pulak kan. Ayat manja-manja, korang kena rasa sendiri. hik3. Tapi point yang niera nak bagi ialah, perkahwinan bukanlah penyekat untuk kita capai pointer yang tinggi atau baik. Jangan jadikan alasan perkahwinan tu boleh menjejaskan pelajaran. Tapi kena ingat, perkahwinan juga mengajar kita erti redha, sabar dan tabah. Terutama kalau kes macam niera ni, kahwin, belajar, jauh. Nikah pilihan terbaik ! Niera sudah, anda? hihi ;)

Ce baca ni jugak :
http://www.aisyahhumaira.com/2012/09/berkahwin-ketika-belajar-menjadi-masalah.html [post sebelum niera bergelar isteri]

Budak 13 Tahun Ditangkap Khalwat !


"Duit saya sudah habis, tidak dapat balik rumah, sebab itu terpaksa tidur dengan kakak," kata seorang remaja lelaki mengaku berusia 13 tahun yang dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandung dalam bilik sebuah hotel bajet di ibu negara, awal pagi tadi.
Bagaimanapun ketika ditanya penguat kuasa, remaja berkenaan menukar pula kenyataannya dengan mengatakan gadis berusia 20 tahun itu adalah teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga.
Pasangan berkenaan antara 10 yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena hari kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di sekitar ibu kota bermula jam 11 malam semalam sehingga 5 pagi tadi.

Kesemua yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.

Umur 13 - 50 tahun? Sangat muda & tua. umpama beza seorang ayah dengan anak. Allahu Allah. 
14/2 - Say No to Valentine's Day !