Sunday, 30 November 2014

Genap 26 Bulan Usia Perkahwinan Kami



Alhamdulillah.
Genap sudah 2 tahun 2 bulan.
29/9/2012 ---> 29/11/2014
Macam-macam dilalui bersama.
Suka. Duka. Tangis. Tawa
Gaduh. Baik. Gaduh. Baik
Alhamdulillah,
Moga kekal ke akhirnya.



Aku bersyukur.
Bukan sahaja diberi suami,
Namun aku diberi seorang kawan.
Kawan baik.
Yang mana boleh berkongsi.
Segala rasa.

Dialah peneman.
Penenang,
Penasihat,
Penghiburku.



Allahhu..
Tak terhitung nikmatMu padaku.
Memberi seorang suami yang begitu baik pada isteri.

Baginda SAW bersabda;
أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا
“Orang yang imannya paling sempurna diantara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya di antara mereka, dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap istri-istrinya”.

Ya Allah,
Berilah kebahagiaan kepada kehidupan kami
Sejak dari dunia hingga ke syurgaMu.
Aku bermohon,
Peliharalah kami,
Murahkanlah rezeki kami,
Berilah kami zuriat yang soleh solehah,
Kuatkan jiwa kami menghadapi setiap ujianMu.
Kekalkan hati kami untuk terus sujud kepadaMu. 
Ameen.



Saturday, 29 November 2014

Cara-cara Untuk Sujud Syukur

Dan (ingatlah juga), ketika Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Quran, surah Ibrahim, 14:7)


Syarat-syarat sujud syukur:
  • Menurut mazhab Syafi’e dan Hanbali disyaratkan sepertimana hendak melakukan solat iaitu thaharah, suci daripada hadas kecil ataupun besar, mengadap kiblat dan menutup aurat.
Cara-cara melakukan sujud syukur:
  • 1) Mengadap kiblat
  • 2) Bertakbir kemudian sujud sekali dengan membaca doa sepertimana doa sujud di dalam solat.
  • 3) Bertakbir sekali lagi untuk bangkit daripada sujud, kemudian salam tanpa membaca doa tasyahud.
(untuk salam boleh dilakukan sekali)

Rukun Sujud Syukur:
  • 1) Berniat untuk sujud syukur
  • 2) Membaca takbiratul ihram ketika hendak sujud
  • 3) Satu kali sujud
  • 4) Memberi salam sesudah sujud
Abi Bakrah meriwayatkan “bahawa Nabi SAW apabila datang kepadanya sesuatu yang mengembirakan atau khabar suka, baginda terus sujud berterima kasih kepada Allah”.(Riwayat Abu Dawud dan Tarmizi)

Nota AisyahHumaira:
Cuba tanya diri sendiri...
Berapa kali kita sujud tanda bersyukur kepada Allah?
Nikmat Allah banyak dah pada kita, tapi pernah tak kita berterima kasih padaNYA?
Tanya diri sendiri, bukan orang lain.