Sunday, 28 December 2014

Debaran Januari 2015

29 Disember 2014
Lagi beberapa hari bakal melangkah ke tahun baru.
Genap jugak hari ni 27 bulan sebagai isteri.
Allahu.. Cpatnya masa berlalu..



Januari 2015
Banyak momen mencabar bakal dilalui.
Moga Allah bantu untuk mudahkan.

Menghadapi saat-saat getir untuk menyempurnakan tesis,
Berdepan dengan peperiksaan akhir sebagai pelajar tahun akhir.
Bakal bertambah status! Daripada seorang isteri menjadi seorang ummi!
Semua bakal dilalui Januari 2015!
Allahuakbar. La haw la wala quwwata illa billah.

Debaran terus berjalan.
Doakan.

Monday, 22 December 2014

Study Week Bermula, Berakhir Sudah Pengajian Semester 7

22/12/14 ---> 28/12/14
Bermula study week bagi dunia USIM.



Alhamdulillah,
Berakhir sudah dunia kuliah.
Pasti rindu dunia itu nanti.

Sekarang tengah berusaha menyiapkan thesis. Mohon agar thesis siap sebelum bersalin. Fuhh! Kurang 4 minggu lagi. Dear baby, please keluar ikut tarikh due. Bagi ummi selesai jawab semua paper final exam dulu. Exam 5 hari je. Please baby. Jangan keluar awal. Kita jawab exam sama-sama okay? Janji!