Monday, 7 November 2011

muslimah itu istimewa ◠‿◠

~✿..Menjadi mawar berduri itu LEBIH BAIK daripada bunga-bunga tidak berduri yang boleh DIPEGANG sembarangan..jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga yang tetap juga indah tetapi, sayang tidak berduri..apabila tiada duri, tiada lagi BENTENG yang boleh melindungi KEINDAHAN si bunga daripada sewenang-wenangnya DIDEKATI sang kumbang..lantas, TERCEMARLAH keindahan dan MURAHLAH nilainya..✿~

Duri mawar itulah ditasbihkan dengan PERBATASAN AURAT, AKHLAK dan AL-HAYA'..

>>> MUSLIMAH SEJATI bukan hanya untuk dipermain-mainkan..bukan hanya untuk dijadikan SANDARAN sementara..tetapi, untuk dijadikan INSAN yang menjadi contoh kepada semua…(✿◠‿◠
)
"Muslimah, apabila teruna memandang dikau, kau tunduk mengelak panah syaitan..
Apabila teruna mendekati selangkah, dikau berundur beribu langkah..
Apabila teruna memujuk rayu, dikau anggap itulah kalimah iblis syaitan..
Apabila teruna menutur harapan indah, dikau yakin janjiNya lebih bahagia di sana, kerana kau mengerti dan menyedari akan erti maruah peribadi sejati, yang diselaputi iman yang hakiki, yang tidak semurah itu untuk dijual beli.."

susah ke jadi muslimah?kadang2 org yg pakai tudung labuh,baju longgar,tudung tebal,dan pakai stokin dianggap pelik..seriously niera yg pelik tgk org yg pakai baju ketat(baik x yah pakai baju),tayang kaki yg putih gebu,tudung atas dada..bagi niera,baik x yah pakai apa2..seolah2 just ikut syarat je tutup aurat tu..muslimah2 sekalian ! dunia ini makin tua..kita sbg wanita merupakan fitnah di akhir zaman..jgn kerana kita,lelaki2 di luar sana terdorong melakukan maksiat ! wanita mempunyai 41 darjat..kita istimewa :)

antara 41 darjat wanita ^_~
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada Bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

3. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

5. Seorang wanita jahat adalah lebih buruk daripada 1.000 lelaki jahat.

6. Wanita yang menguli tepung dan gandum dengan Bismillah, Allah akan berkatkan rezekinya.

7. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

8. Wanita yang memerah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

9. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah diharamkan api neraka atas tubuhnya.

10. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

11. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah Syurga.

12. Daripada Aisyah “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang daripada api Neraka.

13. Syurga itu dibawah telapak kaki ibu.

14. Apabila memanggil engkau dua orang Ibu Bapamu, maka jawablah panggilan Ibumu dahulu.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutup pintu Neraka dan terbuka pintu-pintu Surga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.

16. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga solat dan puasa).

17. Perempuan apabila Solat 5 waktu, puasa Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu Syurga mana saja yang dia kehendaki.

18. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

19. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun Solat.
20. Aisyah ra berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah “Ibunya”.

21. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam Syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun).

22. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat istrinya dengan kasih sayang, akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

23. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas, jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapatkan pahala 7 tola perak.

24. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki Syurga.

25. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70.000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka berIstighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.

28. 2 rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

29. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.

30. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada malam hari.

31. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

32. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

33. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

35. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktu (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan kabarkan berita bahwa Syurga wajib baginya.

37. Jika wanita memberi susu badannya (ASI) kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

38. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (ASI) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

39. Apabila semalaman (Ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

40. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

41. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam Syurga.
sedarilah rakan2 muslimahku sekalian,sesungguhnya kita mmg istimewa..jgn rendahkan martabatmu sbg seorg muslimah..sedih niera bila taw yg gambar2 org melayu iaitu wanita di fb dijadikan bahan cerita bg individu2 yg x bertanggungjawab..nk tw?pergi ke google n taip "awek impian" pastu pilih link yg pertama..yg plg sedih,bilamana wanita itu memakai tudung..
 
 p/s:apa lagi tunggu?bagila komen atau pandangan anda pula :)

0 000 Budak Comel: