Thursday, 19 April 2012

3 hadis berkaitan fadhilat hari jumaat

Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). 
(HR At-Tirmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)."
 (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” 
(HR Muslim).


Sebenarnya banyak lagi hadis-hadis Rasulullah SAW berkaitan mulianya hari jumaat iaitu penghulu segala hari (saiyidul ayyam). Berdasarkan perkongsian 3 hadis diatas,niera dapat simpulkan bahawa antara kelebihan hari jumaat adalah salah satunya doa dimakbulkan ALLAH. Selain itu,perbanyakkan selawat ke atas nabi Muhammad SAW dan terlepas seseorang itu dari fitnah kubur apabila ia meninggal dunia pada malam jumaat atau hari jumaat.

Sahabat-sahabat yang dikasihi ALLAH sekalian,suka niera kongsikan bersama anda sepotong hadis ..

Daripada Abu Hurairah r.a,Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda,tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hidup didunia hanya sementara yang kekal adalah kehidupan di akhirat..pilihan di tangan kita,samaad mahu bahagia atau sebaliknya..niera yang menulis untuk berkongsi juga cuba muhasabah balik setiap perbuatan diri..adakah ia menjadi ibadah kepadaNYA?


3 000 Budak Comel:

[sutera kasih] [sutera kasih] said...

thanks for sharing :0

with LOVE,
suterakasihyann.com

Miss N™ Miss N™ said...

info yg menarik..

Unknown Unknown said...

Salam Jummat munirah =D

blogwalking from http://beritaremajaonline.blogspot.com