Emak : Nanti niera bawak baju lebih tau.
Niera : Kenapa? Nak mandi sungai ke nanti?
Emak : Rahsia. Bawak je.
Niera : Okay. (tapi dalam hati terfikir nak bawa baju apa ni??)
Aku bawa terus t-shirt labuhku dan seluar track suit sebab fikir ntah-ntah family nak bawak pergi mandi sungai. Best3 :) Selesai di Seremban, ayah terus bergerak laju ke felda tembangau,pahang. Ahh,jangan cakap ayah nak bermalam dirumah kawannya. Bawa baju dah la baju santai, tak da dah bawak baju formal yang lain. Bila ditanya, macam biasa jawapannya adalah "rahsia". Sampai di rumah kawannya, aku masih seperti biasa. Tidak menganggap apa-apa. Sehingg lah pada malamnya, emak bertanya kepada ku adakah aku mempunyai seseorang. Jawapan jujurku semestinya tidak. Hai,emak dah lain macam dah ni. Seperti yang kuduga, mereka merancang menjodohkan aku dengan anak kawan mereka, Pakcik Abdul Wahab dan Cik Jah (yang kini ku panggil emak dan ayah). Anak mereka ketika itu berada di mesir dan namanya Mohamad Safwan (yang kini menjadi cinta hatiku hingga ke syurga). Pada mulanya aku tidak cam siapa yang dimaksudkan oleh mereka, tapi akhirnya dialah orang yang ditemukan dengan ku 7 bulan lalu. Sungguh tidak ku duga.
“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang". (Ar-Rum 21)
Aku mula mencari jawapan dengan istikharahku dan aku pasti dia juga mengetahui rancangan keluarga kami. Setelah lama menanti, aku temui jawapannya dan jawapan ku itu membuat hati keluarga mengungkap rasa syukur, alhamdulillah. Pada mulanya, rancangan keluarga kami adalah supaya kami berkenalan dahulu dan selepas habis belajar baru beri jawapan samada nikah atau tidak. Kami akui tapi kami berfikir sampai bilakah ini semua akan berakhir. Berkenalan terlalu lama dan melambatkan pernikahan? Tidak sampai setahun perkenalan tanpa bersua muka mendengar suara, kami menggunakan kesempatan dia pulang ke malaysia untuk ditemukan oleh keluarga sekali lagi untuk melihat calon pilihan mereka pada hari jumaat di bulan ramadhan yang lalu. Akhirnya, setelah melihatku, dia membuat keputusan nikah dan aku menyetujuinya kerana dialah calon istikharahku, alhamdulillah. ALLAH mudahkan urusan kami, keluarga kami setuju dan sepakat mencari tarikh nikah (29/9/2012).
Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, “Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku”.
Kini aku bergelar isteri kepada seorang imam hidupku. Inilah imam terbaik yang ALLAH beri. Alhamdulillah, tiada kata lain yang dapat ku gambarkan perasaan ini. Bahagia. Diberi zauj dan semoga dia mampu memimpin aku ke syurgaMU, ya RABB. Ramai yang update di facebook bahawa bercinta lepas kahwin itu indah, Ya, aku akui. aku kini bahagia. Teramat bahagia. Berkenalan dan bercinta setelah nikah bersama cinta hatiku yang sah. ALLAH itu maha adil kerana dia telah berfirman yang bermaksud “Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu.” (An-Nisa’: 1)
81 000 Budak Comel:
Tahniah & selamat Pengntin Baru
niera. sebak saya baca, terasa ikhlas dibaca. tahniah niera.. semoga jodohmu dan suami berkekalan sehingga ke syurgaNya. Aaminn. :)
alhamdulillah...terharu baca..
wah...alhamdulillah.semoga terus bhagia ye niera :)
masyaallah,,nmpak jelas keberkatan cinta slpas kawin..tahniah :)
tahniah!!
moga terus berbahagia :D
allah. :)
tahniah niera :)
tahniah niera.. semoga bahagia dan berkekalan hingga ke syurga.. =)
Sweetnye. .tahniah niera
mun tahniah again ;)
cayer tak aq nak nangis bacer entry ko nie..
moga ko bhgia hngga ke syurga sahabat..
SAYANG ko.. **
tahniah akak . selamat pengantin baru semoga kekal ke anak cucu...Aminn~ :D
makin berseri la lepas nie :D
BarakAllahu fikumaaa !
tengok gmba nieraa yg ats ni teringt time korang keluar thru tingkap , hehe :D
http://applehijaulife.blogspot.com/2012/09/bloggers-wedding-aisyah-humaira.html
waaa akak tahniah :)
sweetnye , teringin nk ikut jejak akak bercinta dgn yg halal ^_^
BarakaAllahu fikuma ! May Allah bless both of you and your marriage last forever till jannah :) Dah kahwin dahh akak :D hehe
tahniah niera.
slamat pgantin baru :)
doakan eyqa ikut jejak langkah niera..
Alhamdulillah..
Tahniah Niera.
Dialah Jodoh dr Allah utk Niera.
Semoga ikatan ni kekal bahgia hingga ke Jannah :)
tahniah dan selamat menempuh bahtera perkahwinan :)
disebalik tabir perkenalan ni . ha3~
comey je perkenalan korg .
hope kekal till jannah . amin !
ak update ckit tntg walimatulurus korg . he3~
http://wonderfullifezanahamdan.blogspot.com/2012/09/aku-terima-nikah.html
tahniah niera..:)
Tahniah Niera.. :). jalan cerita kisah niera ni sgat best ~
Tahniah kak. Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat. Amin.. :)
TAHNIAH!!!
Indahnya :)
Barakallah niera n suami, mg bahgia hgga ke JannahNya..
serius terharu sgt bca..
sweettttt smoga bebahagia :)
tahniah... ^_^
tahniah,,
alhamdulillah kak, tahniah.. :)
barakallahulakuma..moga kekal hingga ke syurga-Nya.
still tak lambat ucap tahniah, kan?
tahniah ^^ :)
tiba2 rasa sebak bila baca kisah miera....tahniah :)
sweetnyerr..semua berlaku sekelip mata je :)
kejutan dari Allah memang tak terduga :)
masyaallah.. subhanallah.. tersentuh hati membacanya.. Allah benar-2 inginkan yang terbaik buat hamba-2 nya. cuma kite je yg selalu lupa.
Tahniah :) Selamat pengantin baru ya kak Aisyah :D
syahdunyer..
mabruk ya ukhti :-)
tahniah.. selamat pengantin baru.. :)
kak mun ,,barakallahu lakuma .. moga bahagia hingga ke JANNAH :)Allahumma amin :)
Barakallahu lakuma wa barakahu lakuma wakama'a baina kuma fiir khair.. =)
Alhamdulillah . Tahniah dan selamat pengantin baru niera . Terasa nak macam niera . Bercinta selepas kahwin . Halal :)
k.niera :D
Alhamdulillah , tahniah k.niera .
Selamat pengantin baru :)
Tahniah..selamat pengantin baru :)
tahniah...:)..semoga bahagia till Jannah..
sis nk ucp thniah yg ntah ke brapa kli da niera 3ma.spt rkn2 blogger yg len,sis pn t'haru bca kise p'knln kmu suami isteri.
Sis doakn smga hbgn kmu kkl hgga ke syrga^^,,,Ameen
selamat pantin baru adikkk...
selamat pengantin baru kak . :D
tahniah dear :) terasa nak kawen jugax :p
Wah! Tahniah! Selamat pengantin baru..
Sambung lagi ye..tak sabar nak dengar sambungannya..Dalam 2 bulan lepas baru dengar satu forum dekat u saya, kahwin muda bahagia atau derita..Dan jawapan nya bahagia. ^_^
alhamdulillah syukur.. dpt merasa nikmat bercinta slpas nikah.. :).. doakn sya pun lalui apa yg awk lalui dear.. heheh ^___^ .. nice story..
Tahniah! Semoga diberkati Allah jua. dan salam kenalan.
Suka tngkap gmbar? Jom join ni: http://ruzqil31.blogspot.com/2012/10/fmsphotoaday-octobers-list.html
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Assalamualaikum.. sememangnya indah percintaan selepas alam perkahwinan.. saya terima berita gembira ini dengan salam dan doa.. Moga berkekalan di dunia dan di akhirat.. Amin..
Tahniah taw... :)
Alhamdulillah. Dah kahwin dah akak :')
tahniah, selamat pengantin baru! moga kalian bahagia sehingga syurga :)
salam..Alhmdulillah..da selamat di ijab kabul..smg cinta kalian selamat dunia Akhirat..insyaAllah..allah itu Maha Adil..dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA..:-)
ya Allah, selamat sudah sis menjadi isteri kepada imam sis.. tak disangka2... ena turut tumpang gembira.. ^.^
indahnya perjalanan adik. moga terus kekal hingga jannah. aamminn ;)
alhamdulillah.semoga hingga ke syurga
tahniah...cinta sampai ke syurga :) insyallah...
tahniah!!
indahnya cinta yang aisyah perolehi..
moga terus bercinta sampai syurga.. ^_^
ALHAMDULILLAH , tahniaa Niera dan suami :)
Tahniah Munirah $ Safwan ^^ InsyAllah kekal hingga ke syurga. Amin
semoga akak cepat-cepat dapat anak. hehe. ;)
bestnyer citer awak ;)
sangat suke dgn story dr kaq niera. so romantik!. :)
salam..da baca time niera update dulu g kisah ni..:)..best..saya suka..:)
asalamualaikum..tahniah..semoga bahagia hingga ke jannah-NYA
wah..tarikh nikahnye same besday sye pulak..he3..
Tahniah! hurm..:) sonok bca cerita awak neh :)
bercinta selepas kahwin lebih indah kan? aduhai, nak suruh mak cari jugak lah camni. hihi
indahnya bercinta selepas kahwin. semoga sentiasa bahagia di samping insan yang tersayang :)
wahhh ! best nye dijOdOhksn keluarga :) semoga bahagia sampai ker akhirat .
Baru tergerak utk baca entry kahwin ni.waaa dh mcm citer setia hujung nyawalahhh
niera...
sy baca kisah niera dr sblm kawin smpi entri yg ni, nak mengalir air mata rasanya...
cerita yg indah..
kisah percintaan selepas nikah yg suci..
terharu..
sy tumpang happy & doakan yg terbaik utk niera..
rase mcm dah terlambat pulak nk ucap selamat pengantin baru..hehe
^_^
p/s: tarikh nikah niera same dgn besday adik sy :)
Hi there just wanted to give you a quick heads up. The
text in your article seem to be running off the
screen in Safari. I'm not sure if this is a format issue or something to do with browser compatibility but I figured I'd post to let you know.
The design and style look great though! Hope you get the issue fixed soon.
Cheers
Also visit my blog post groups to travel with
Way cool! Some extremely valid points! I appreciate you writing this article and the rest of the site is very good.
Also visit my web-site; chinese travel agent
Hey! Someone in my Facebook group shared this site with us so I came
to give it a look. I'm definitely enjoying the information. I'm book-marking and will be tweeting this to
my followers! Great blog and excellent design.
my page: travel tour agency
Somebody necessarily help to make significantly
posts I'd state. This is the very first time I frequented your website page and thus far? I surprised with the research you made to make this particular publish amazing. Wonderful job!
my page: travel tour china
Assalamualaikum dik. jodoh kan. alhamdullilah. seronok baca pengalaman awak bertemu suami :)
sukanya alyn baca, btw moga berbahagia selalu..
Post a Comment