Wednesday, 30 January 2013

Review Novel #4 : Novel Sha & Shah

Kali ni Niera nak review sebuah novel dari Sha Ibrahim. Best jugak yang mana kisahnya tentang persahabatan yang kemudian bertukar menjadi perkahwinan. hihi. :)

Sinopsis
Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.

Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah ‘dijodohkan’. Perkara yang membuatkan Sha dan Shah ‘blur’ buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan mereka mendapat tentangan.

Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya rancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu?  Sanggupkan dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.

Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasanganpasangan yang sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri? SHA DAN SHAH kisah PERSAHABATAN dalam PERKAHWINAN…

Apakah akan jadi? Dapatkan novel ini ! Pasti tak rugi :)

18 000 Budak Comel:

Unknown Unknown said...

Sha & Shah . . Waa ceritanya macam best ^ ^

Mrs Velentine Mrs Velentine said...

mesti best kan

Mrs Velentine Mrs Velentine said...

mesti best kan

Anonymous said...

mesti best novel ni kan ;D hee

ct nyssa ct nyssa said...

mcm sweet je cite dy.. niera suka baca novel jugak ea?? ^__^

kak gojes kak gojes said...

mcm best....

FYDA FYDA said...

err, nt dh hbis bace cerita lgi boleh? huhu..sye tido kalau bce novel tebal2 nih... *memg dh x boleh nk buat ape dah, kurg bersungguh bile bce novel.. -.- huu..yg pling setia hbis adam&hawa dgn curahan cinta niagara sahaje...

~cik atin~ ~cik atin~ said...

plot citer dye best. kene dapatkan novel nih.. :)

Afiqah Alias Afiqah Alias said...

nie mesti penuh koleksi2 novel kat rumah.

Shafiqah Rahim Shafiqah Rahim said...

saya dah baca novel ni,memang best,hehe,dari sahabat baik menjadi pasangan suami isteri :)

MalizaMah MalizaMah said...

byk nyer nove; awk baca....

Unknown Unknown said...

akak review la novel Kafe Damia, kawan sy yg tulis. nama pena die Moon Leeya Zafrina ^^

Cik Embun Cik Embun said...

baru siang tadi tengok novel ni... tapi tak tengok pun sinopsis dia.. rugi pulak tak beli.. = ='

Amalina Lee Amalina Lee said...

Wah akak pun peminat novel? Saya pun! ;D Pg tak pesta buku 1 MS nanti?

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@AmalinaLeebila erk? akak lupa la.. memang nak gi. hihi

Amaliena Ros Amaliena Ros said...

ni nak kena beli ni...suka betul cerita macam ni..:)

sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa said...

eh? nama sha ka heheh..ni sha kuasa dua ni hehe

EkaTikah EkaTikah said...

mcm best novel nie.. nak carilah nnt.. pada mulanya kahwin, diakhiri dgn perkahwinan :D