Sinopsis
Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling
sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan
Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa
kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan
pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di
dalam negara sahaja.
Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan
pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah
terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah ‘dijodohkan’. Perkara
yang membuatkan Sha dan Shah ‘blur’ buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah
yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu,
mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan
Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan mereka mendapat tentangan.
Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis
yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat
perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah
ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat.
Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya rancangannya itu mendapat
tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh
diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha
akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan simpati di dalam hati
Sha ketika itu? Sanggupkan dia korbankan masa depan sendiri dengan
mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda
sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya terikat sekiranya
dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya
yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.
Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah
tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasanganpasangan yang sudah berkahwin?
Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan
gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri
yang merangkap sahabat baiknya sendiri? SHA DAN SHAH kisah PERSAHABATAN dalam
PERKAHWINAN…
Apakah akan jadi? Dapatkan novel ini ! Pasti tak rugi :)
18 000 Budak Comel:
Sha & Shah . . Waa ceritanya macam best ^ ^
mesti best kan
mesti best kan
mesti best novel ni kan ;D hee
mcm sweet je cite dy.. niera suka baca novel jugak ea?? ^__^
mcm best....
err, nt dh hbis bace cerita lgi boleh? huhu..sye tido kalau bce novel tebal2 nih... *memg dh x boleh nk buat ape dah, kurg bersungguh bile bce novel.. -.- huu..yg pling setia hbis adam&hawa dgn curahan cinta niagara sahaje...
plot citer dye best. kene dapatkan novel nih.. :)
nie mesti penuh koleksi2 novel kat rumah.
saya dah baca novel ni,memang best,hehe,dari sahabat baik menjadi pasangan suami isteri :)
byk nyer nove; awk baca....
akak review la novel Kafe Damia, kawan sy yg tulis. nama pena die Moon Leeya Zafrina ^^
baru siang tadi tengok novel ni... tapi tak tengok pun sinopsis dia.. rugi pulak tak beli.. = ='
Wah akak pun peminat novel? Saya pun! ;D Pg tak pesta buku 1 MS nanti?
@AmalinaLeebila erk? akak lupa la.. memang nak gi. hihi
ni nak kena beli ni...suka betul cerita macam ni..:)
eh? nama sha ka heheh..ni sha kuasa dua ni hehe
mcm best novel nie.. nak carilah nnt.. pada mulanya kahwin, diakhiri dgn perkahwinan :D
Post a Comment