Saturday 10 December 2011

apa itu akidah?

bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah,hari ni niera join satu seminar yg sgt2 bermanfaat tambah2 seminar yg fokus tentang bidang pengajian niera di bumi usim ini..

SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJIAN AKIDAH DAN AGAMA (SIGMA 2011)
FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
10 DISEMBER 2011

:: YURAN : RM5.00 ::
Seminar bermula jam 8.00 pagi dan selesai hampir jam 6 ptg..Ramai pensyarah2 hebat dijemput..Pelajar2 daripada Darul Quran,Universiti Malaya,Kolej Universiti Islam Selangor yang menuntut dalam bidang pengajian usuludin dan di usim dikenali sebagai pengajian akidah dan agama turut menyertai seminar hebat ni..alhamdulillah ;)
insyaALLAH,post kali ini niera nak kongsi sedikit info yang dpt daripada seminar tersebut..


TEMA SEMINAR
"METOLOGI KAJIAN AKIDAH DAN AGAMA"


YANG BAKAL BELAJAR DALAM AKIDAH
*ilahiyyat(ketuhanan)
*nubuwwat(kenabian)
*sam'iyyat(perkara2 ghaib)
*firaq islamiyyah(kumpulan dalam islam)
*tasawwuf(kerohanian islam)
*pemikiran islam

YANG BAKAL BELAJAR DALAM KAJIAN AGAMA
*perbandingan agama
*psikologi agama
*antropologi agama
*sosiologi agama
dialog antara agama


APA ITU AKIDAH?

Akidah merupakan satu kumpulan pemikiran & nilai yang berkait dengan hati manusia dalam bentuk yang kukuh yang amat sukarnak dipisahkan.


MATLAMAT AKIDAH
Mengenal ALLAH SWT

Menjadikan akidah/pemikiran yang kita pegang selari dgn apa yg dikehendaki Allah SWT

Menjawab persoalan yang timbul dalam diri manusia

Berperanan sebagai penghalang individu dari melakukan maksiat & keengkaran kepada Allah SWT

Berperanan sebagai pendorong individu utk melakukan amal soleh dan ketaatan kpd Allah SWT


TANPA PENGURUSAN AKIDAH

Individu : mengalami keraguan dan kekeliruan dalam menghadapi pelbagai persoalan akidah yang muncul.

Masyarakat : kegagalan mengurus akidah akan menyebabkan berlakunya kecelaruan pemikiran seterusnya boleh membawa kpd pertimbangan fizikal dalam masyarakat tanpa pertumpahan darah.


LANGKAH PENGUKUHAN AKIDAH

mendalami ilmu agama

penghayatan terhadap ibadah solat

menghayati Al-Quran

Penelitian terhadap kejadian alam ciptaan Allah

keyakinan akidah


HASIL PENGUKUHAN AKIDAH

sentiasa ingat ALLAH SWT

sentiasa jadikan Rasulullah sebagai panduan & ikutan dalam hidup

sentiasa ingat dan hayati konsep ganjaran & pembalasan di akhirat


insyaALLAH,sedikit info utk semua :)
mood : excited belajar dalam pengajian niera skrg 
pada masa akan datang !






0 000 Budak Comel: