Alhamdulillah,
kini Niera menyambut Ramadhan al-Mubarak di Negara orang,Mesir bersama suami
tercinta. Ramadhan kali ini sangat berbeza sebab Niera menyambutnya sebagai
seorang isteri buat kali pertama dan berada di perantauan. Macam mana ramadhan
di Mesir? Alhamdulillah, meriah. Cuma sekarang musim panas, dan bila masuk
Ramadhan, lagi panasnya terasa. Bila musim panas kat sini, banyak betul lalat
nak ngorat. Musim panas adalah musim untuk lalat tau kat sini. Hehe. Rimas
jugak bila nak mandi, masak, tidur, lalat datang macam nyamuk. Sekali banyak.
Lagi satu info, bila musim panas, anggur kat sini manis tau ! Sedapp ! Tapi
bila masuk musim sejuk, anggur akan masam. Info dari suami Niera la. Hehe.
Solat
terawih kat sini sama macam Malaysia, ikut tempat. Kalau tempat Niera, dia akan
buat 8 rakaat tapi 8 rakaat tu bersamaan dengan 1 juzuk. So, kalau 30 hari, 30
juzuk habis semasa terawih. Ramai jugak makcik2 arab turun berterawih dan majority
letak kerusi, sakit kaki berdiri lama2. Tapi kira ok la sebab ramai makcik2 yang
turun berterawih.
Malam kat
sini singkat. Kami berbuka puasa jam 7 malam lebih kurang macam tu la, dan jam
11 malam habis berterawih. Subuh jam berapa? Subuh jam 3.30 pagi. Kiranya,
lepas je terawih tu, rehat2 kejap, kemudian terus sahur. Lepas tu solat subuh.
Sekejap je masa tu.
Kat sini
beza 6 jam tau dari Malaysia. Kiranya bila kami bukak puasa jam 7, korang dah
sedap tidur kat rumah sebab Malaysia dah pun jam 1 pagi. Senang kata, korang
raya dulu la. Hehe.
Ramadhan
kali ni terasa lain sebab dah ada imam Niera kat sebelah. Adalah jugak dia
bawak Niera keluar beli barang, tengok tempat itu ini tapi sorry x de gambar. Nanti
mungkin lepas raya baru la bergambar sakan sebab sekarang kan musim panas +
puasa, jadi tak de la beria-ia berjalan. Ini pun suami nak melatih Niera banyak
berjalan di Mesir. Sebab dia kata nanti kat pyramid lagi banyak berjalan. So
sekarang ni sekadar meninjau kawasan je. Hehe. Lihat kehidupan Mesir.
First time
Niera jejakkan kaki kat sini, suami bawak keluar makan kat kedai Indonesia.
Lepas tu jalan2 sekejap kemuadian balik rumah terus demam. Niera ni memang
jenis susah demam. Tapi mungkin sebab musim panas kot, tak tahan terus demam.
Time nilah terserlah sifat suami. Punyalah caring nya dia, siap masakkan nasi
untuk Niera, call sana sini cari ubat. Suapkan Niera makan. Siap ada petua. Dia
letak air dalam cawan kemudian campur dengan asam keping, dan sapukan kat
kepala, dia kata boleh kurang demam. Alhamdulillah, petua dia menjadi. 2 hari
lepas tu, Niera sihat Alhamdulillah. Lepas tu, dia dah berhati2 nak bawak Niera
keluar jalan sangat sebab takut demam. Hehe
Doakan kami semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Selamat berbuka warga Malaysia !
36 000 Budak Comel:
selamat berpuasa :) bestnya dapat berpuasa di negara org
wah bestnyer berpuasa kat sane...
selamat berbuka akak :)
Ciri2 suami mithali tu.. hehe
Selamat berpuasa dan jg kesihatan baik2 ye. :)
selamat berpuasa niera...=D
SERONOK BACA KISAH NIERA..SWEET SGT..^_^
wah, sweetnya husband akak. hehe, caring lagi tu. beruntung akak. ramadhan kali ni mesti paling bermaknakan? sebab dgn suami tercinta. hihi ^^
Selamat berpuasa dan selamat honeymoon puas2... Hehe
kalo fae di tempat niera konpom x tahan panas hehe
btw fae dah klik iklan nuff niera. but i am not sure kalo klik fae tu kena counted in. just takut they only counted clicks from m'sian.
salam kenal from brunei :)
Selamat berpuasa utk niera n suami.
amal nk sangat mcm niera
Jeles. hehehe :)
kak nier.. jaga kesihatan betul-2... jaga diri baik-2 :D
salam. suka betul saya dengar cerita akak :) btw...
http://nikainaa.blogspot.com/2013/07/mencari-template-wordpress-for-online.html
Seperti tajuk entry ini, saya sedang mencari template
wordpress untuk online store. Yang boleh didownload, FREE!
Saya nak yang simple aje seperti kat bawah ni .........
baca selanjutnya di entry tersebut.
Alhamdulillah...akhirnya dapt berpuasa di Mesir bersama suami tercinta....so sweettt.....
salam ramadhan =)
wah bestnya akak , btw hati2 tau berada di negara orang..:)
hehehe..sy pun jd teringin jugak nak prg sana... ^_^
sweetnye korang.. hope berkekalan.. take care kat egypt tu ea.. hehe
Salam Ramadhan :)
Salam Ramadhan al Mubarak ya Kak Niera dan suami :D moga Dia permudahkan ^^
Alhamdulillah,,moga bertambah lagi ilmu yang bermanfaat :)
As salam
Selamat berpuasa Niera, seronok juga kan dapat merasa pengalaman berpuasa kat tempat orang
.suam jadi indah bila bersama suami/
seronok kan dpt merasai pengalaman berpuasa dinegara orang. Suhu memang tinggi. amboi caringnya suami akak. selamat hari raya akak ! ^_^
bertuah sebenarnya dapat merasa ramadhan di bumi mesir . berita tv mlm ni siarkan buka puasa kat mesir . parti pembakang dan penyokong dok sama berbuka ... alhamdulillah .
bestnya dapat puasa dekat perantauan.. rindu pula dekat Mekah dan Madinah,teringin nak puasa dekat sana.. :')
Selamat berpuasa di sana yek..
Mesir kan tengah bergolak..ok tak disana
salam ramadhan niera..^_^
Assalamualaikum. alhamdullilah. seronoknya adik kat sana. jaga kesihatan baik2 tau. nanti update lagi :)
Selamat Berpuasa.. bukan semua orang dapat peluang cm ni ;)
seronokknyaa.. :)
salam ramadhan awak..
salam kenal juga..
Selamat berpuasa dan hati-ii di negara orang (:
Selamat berpuasa .. muka sis ni sebiji macam muka wife asyraf muslim yang pertama tu .. sampai confius dah mimi tengok ..
slmt bpuasa d perantauan :)
Raya kat perantauan ya niera...
Post a Comment