Wednesday 7 August 2013

Suasana Malam Raya Di Mesir

Selamat Hari Raya Warga Malaysia. Saat Niera taip entry ni, di mesir baru jam 12 tgh malam. Baru balik jalan-jalan sekitar Kaherah,Mesir. Banyak juga kenderaan yang dah berkurang sebab diorang pun balik kampong juga. Kat sini jugak terkenal dengan bunyi hon kereta. Sikit2 hon. Bawak kereta pun laju sangat. Best jugak rasa drift kat sini even naik kenderaan awam. Tapi kat sini, raya tak meriah sangat berbanding raya haji. Raya Haji sangat meriah tapi x berkesempatan la nak sambut sebab Niera dah mula kuliah di Malaysia. Hihi.



Jalan-jalan waktu malam di Kaherah ni best. Sejuk je angin malam dia. Tapi siang panas la. Musim panas kan. Kami pusing-pusing semua naik pengangkutan awam. Murah je, kalau duit Malaysia, kira macam lebih kurang 50 sen je. Kat sini semua barang murah-murah. Malam raya kat sini meriah la jugak sebab bila kita pergi pasar dia, ramai family yang turun untuk beli macam-macam persiapan raya diorang. Comel betul baby-baby arab kat sini. Rasa nak cubit je. Ada tu budak-budak yang tengok je kami suami isteri time beli barang. Maybe pelik kot dengar bahasa kitorang. Hehe. Malam raya jugak, penjual mula lah lelong brang dengan harga murah. Macam Malaysia jugak.



Mungkin esok, lepas kami solat raya, akan terus ke majlis yang biasanya orang Malaysia pergi untuk makan-makan. Kata suami, kat situ kita akan rasa suasana raya macam kat Malaysia. Semoga semuanya Allah jaga. insyaAllah. Doakan kami suami isteri agar sentiasa dibawah redhaNYA.



Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dari kami suami isteri. Terima kasih buat semua yang tak putus2 mendoakan kami. Barakallahu fikum.


p/s : Gambar tak dapat tangkap banyak gara-gara kenderaan yang kami naik laju sangat. hehe.


17 000 Budak Comel:

a a said...

Selamat hari raya kak :)

Nurul Farhana Nurul Farhana said...

assalamualaikum,teringin nak merasi suasana kat mesir.

Unknown Unknown said...

slmt hari raya niera :) pengalaman beraya di luar negara mmgg best kan hihi.

Adilah Asari Adilah Asari said...

selamat hari raya kak ^_^

nurains nurains said...

selamat hari raya :)

Unknown Unknown said...

SELAMAT HARI RAYA NIERA..COMEL SUNGGUH NIERA DAN HUBBY..:)

ieta ieta said...

Selamat hari raya Miera :)

Izzat Eshak Izzat Eshak said...

selamat hari raya!

Farah Farah said...

Selamat Hari Raya, Niera

NEEZA NEEZA said...

bestnya,rindu dekat bumi Arab Saudi...ngeeeee... selamat hari raya kak niera :-)

-www.haneeza.com-

missepafazwin missepafazwin said...

Selamat hari raya sis.

missepafazwin missepafazwin said...

Selamat hari raya sis.

missepafazwin missepafazwin said...

Selamat hari raya sis.

NURUL FILZAH NURUL FILZAH said...

slmt hari raya kak. comel jer pakai topi.. pink pulak tu

Unknown Unknown said...

selamat hari raya. seronoknya beraya di bumi mesir. :)

THE AUTHOR THE AUTHOR said...

Suka hati saya melihat pasangan suami isteri yang mesra....

✗ fifiyfitrianiee ✗ ✗ fifiyfitrianiee ✗ said...

wahh bestnyaa bumi mesir teringin nak pergi