Thursday 16 October 2014

Result MUET Julai Lalu

Alhamdulillah, mengambil Muet kali ke 3 membuahkan hasil yang membahagiakan. Rezeki anak kot. Kenapa beria sangat nak ambil MUET? Ohh, ni semua kehendak USIM tercinta yang mahukan pelajar mencapai sekurang-kuirangnya band 3 dalam MUET untuk bergraduasi. Sangat mencabar lah bagi orang-orang yang bukan terror BI macam Niera ni. 

Ambil MUET kali ni di SMK Wangsa Melawati, soalan agak mencabar jugak terutama bahagian reading dan listening. Alhamdulillah boleh skor banyak markah di writing.. Sangat puas hati walaupun usaha last minit sebab tarikh ambil exam speaking hari tu bertindih dengan final exam falsafah di USIM. Ambil 3 paper MUET yang lain dalam bulan ramadhan. Okay jugak, takde fikir makan langsung. Fikir nak balik then terus tidur je time tu. Hahaha. 



Hasil MUET kali ni? Alhamdulillah, senang citer, boleh datang konvo nanti dengan senyum-senyum comel je kan. Opss, konvo kita nanti siap bawak suami dengan anak la! Huhu. Alhamdulillah. Ada mak, ayah, adik-beradik, mertua, suami, anak yang datang mengiringi. Cewah! Ummi nak konvo lah tahun depan! Sukanya! Tak sabar!

Tips buat pelajar USIM yang mahukan sekurang-kurangnya Band 3 dalam MUET:
  • Tetapkan niat yang diri sendiri tu dah tak nak amek MUET lagi lepas ni. Tekadkan hati yang ini adalah MUET terakhir.
  • Bernazar. "Kalau aku dapat band 3, aku nak blablabla..." Ini sebagai bukti yang kita bersungguh-sungguh nak band 3.
  • Reading. Paper MUET yang paling banyak markah boleh skor tapi payah nak bagi jawapan betul. Sebab salah pilih je, terus automatik salah. Baca petikan tu sampai habis dulu, baru baca soalan dulu. Walaupun menangis air mata ngantuk jugalah bila baca petikan tu. Faham tak faham letak nombor dua. Yang utama adalah, READING!
  • Speaking. Cakap lah selagi ada masa, Jangan diam. Dia bagi markah ikut yang kita cakap jugak, jangan takut grammar salah ke apa ke. Yang penting try to talk! Kalau tiba-tiba blur, cuba curi idea kawan satu group tu.
  • Ulangkaji. Jangan main datang dewan exam tanpa tahu apa-apa. Paling kurang, tahu format peperiksaan.
  • Yakin. Yakinlah yang kita pasti boleh dapat band 3. Jangan takut sampai rasa yang "aku memang tak kan lepas" pastu buat muka sedih. Jangan macam tu okayy!
  • Doa. Apa-apa, semua rezeki datang dari DIA. Bersyukur apa saja yang Dia beri. Berjaya itu ujian, gagal itu pun ujian. Yang penting mohon dariNYA.
Tips ni untuk semua umumnya tapi biasanya student USIM la yang Niera tahu sangat sukar rasanya nak lepas. Kadang-kadang tu ada je ambil exam sampai 5 6 kali tapi tak lepas-lepas. Kan kesian. Melabur untuk MUET bukan sikit. RM100 jugak lah yang akan melayang. So, sayangilah duit anda. Usaha dari sekarang terutama buat pelajar tahun akhir. Good Luck!


Ya Allah, lapangkanlah bagi mereka dada-dada mereka, dan permudahkanlah bagi mereka urusan-urusan mereka, dan kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada mereka, dan luruskanlah mereka dan kumpulkan bagi mereka di antara perkara yang betul dan perkara yang berpahala, dan lindungilah mereka daripada membuat kesalahan terlarang daripada mendapat nikmat dan lupa.



0 000 Budak Comel: