Monday 8 December 2014

Genap Sebulan Si Dia Tiada Disisi

9 Nov 2014
9 Dis 2014
Genap Sebulan.

Perjalanan ini masih panjang.
Aku masih disini.
Dia masih disana.
Mengejar ilmu demi bekalan ukhrawi.



Ohh bumi Mesir.
Jauhnya kau beribu batu.
Bumi dimana suamiku sedang berpijak.

Hanya doa penghubung kita.
Aku tak mampu untuk terbang kesana.
Hanya Allah tempatku mengadu rasa rindu.

Tangisan hati?
Siapa kata sudah berhenti?
Namun, aku cuba hiburkan hati.
Dengan pelbagai kesibukan diri.

YaAllah, pelihara suamiku dimana sahaja dia berada. Murahkan rezekinya. Permudahkan urusannya. Jauhkan dia dari bahaya. Jauhkan dia dari fitnah dunia. Aku rindu padanya. Hanya Kau yang tahu betapa dalamnya rasa ini. Kuatkan jiwa dan semangat kami. Jadikanlah ujian ini satu kebahagiaan buat kami. Ameen.

Itu doaku.
Itu harapanku.

 

1 000 Budak Comel:

Sheila Salim Sheila Salim said...

Assalamualaikum naira.. be strong dik.. semoga semuanya dalam keadaan baik sahaja.. dah bersalin nanti inform akak kat whatsapp ye :)

Jaga diri dik..