gambar baby Syifa' menyusul nanti
- Nur Syifa’ Mawaddah binti Mohamad Safwan.
- (Cahaya Penawar Kasih Sayang)
- 7 Januari 2015
- 8.36 pm
- 2.88 kg
Pengalaman yang memang tak boleh dilupakan. Yelah, melahirkan anak
sulung. Sebelum ni dengar orang cakap-cakap je, sakit macam senggugut la, sakit
tak terkata la, macam-maam rasa sakit. Tapi pengalaman orang beza-beza
kan?Haaa, kali ni Niera citer kronologi sakit nak bersalin berdasarkan
pengalaman sendiri. Hehe :)
5 Januari 2015
Jam 11 malam camtu dah mula rasa sakit perut. Time ni ada kat
asrama dengan kawan-kawan, mula-mula diorang tak perasan pun Niera dah lain
macam, tapi sorang kawan tu tegur, “Mun, okay tak?” Niera pun senyum je, then
cakap “Rasa sakit perut”, Dah kenapa semua kawan menggelabah ajak pergi
hospital. Niera tak nak, tapi ajak diorang pergi klinik. Sebab Niera tak pasti
ni sakit perut nak bersalin ke hape.. Mana tahu sekadar masuk angina. Haha.
Kang buat malu je pergi hospital.
Wei, dah nak dekat jam 12 tengah malam, ni kang tak pasal-pasal
bila keluar asrama nak gi klinik, then tak boleh dah masuk asrama. Asrama tutup
pagar jam 12malam kot. Tapi kawan-kawan semangat cakap “takpe-takpe, pandailah
deal dengan pakcik guard tu”. Ok fine.
Sampai kat klinik, klinik swasta okay! Haha. Redha je lah kena
bayar berapa pun asalkan dapat cek yang ni sakit perut kategori apa kan.. Ceh,
kat kaunter pendaftaran lagi dah kena perli. Amek kaw! Buat tak tahu je, then
cakap nak cek jugak !! Suka hati orang la, orang sakit, nanti orang bayar la.
Haishh!
“Nur Amalina Munirah”, yeay, jom masuk bilik doctor. Ok fine, dapat
doctor lelaki india, aduh! Rilex-rilex. Dengan muka serius campur kerek nya,
dia tanya …
“kenapa awak datang sini?”
“saya sakit perut”
“awak dah berapa minggu”
“saya dah 38minggu”
“awak tahu tak, yang awak tak boleh datang sini, sepatutnya awak ke
hospital.kalau awak nak terberanak kat sini, awak nak beranak kat mana? Kat
atas lantai klinik ni?”
Aku diam .. rasa nak nangis pun ada! Wei, itu ke etika ckp dengan
pesakit? Sungguh! Aku sakit hati.
Keluar klinik, bayar rm12, balik asrama, tidur. Fine! Takde cek
langsung,hanya dapat perli doctor! Sakit perut pun hilang.
6 Januari 2015
Jam 11 pg camtu, nak mandi, then masuk bilik air, tengok-tengok
keluar lender bercampur darah sikit. Ahh sudah! Ni tanda nak bersalin ni, then
tenangkan diri, keluar bilik air, bagi tahu kat kawan, “Timah, dah masanya. Keluar
darah dengan lendir”
“ko dah mandi ke belum?”
“belum, aku berdebar.”
“dah, ko gi mandi dulu,lambat lagi tu nak bersalin”
Masuk mandi, bersiap segala bagai then kita makan tengahhari dulu.
Haha. Tapi time ni tak de la rasa sakit perut. Berdebar nya bila fikir, “wei,
nak bersalin dah!”
Telefon mak, mak cakap terus pergi hospital. Ok fine! Kawanku sedia
membantu, nasib baik exam belum start, so masing-masing free, terima kasih
sangat kat korang. Terharu! Jauh-jauh pun sanggup hantar. Bayangkan dari Nilai
ke hospital Selayang, sejam jugak la. Ni semua gara-gara Niera demand x nak
anak lahir kat negeri bukan Selangor. Nak anak Selangor jugak. Haha. Sempat la
jugak call mak mertua bagi tahu yang dah turun tanda nak bersalin. Terkejut
dia. Sebenarnya aku pun terkejut, due nak bersalin lambat lagi kot. 16 Jan
2015, hari ni baru 6 Jan 2015. Haha. Apa kes ni? Esok dah la hari first exam.
Ahh, lantak. Tak nak fikir exam. Fikir baby. Mesej lah suamiku yang nun jauh di
Mesir, bagi tahu yang dah turun tanda then minta dia doakan semuanya selamat.
Sedih kot tak de suami disisi ketika kita sarat nak melahirkan.
Sampai je hospital Selayang, cek itu cek ini, bukaan baru 1cm. then
pihak hospital suruh balik dulu. Kawan pun hantar la ke rumah di Gombak.
Serius, memang aku tak datang exam esok ni… aduh! Sampai je rumah, ok sakit perut mula dah nak datang balik.. petang
tu perut dah mula meragam dah, malam tu pulak sakit makin kerap.
7 Januari 2015
Akhirnya jam 2pagi camtu, decide utk ke hospital balik. Ayah
hantarkan. Mak temankan.
Masuk je bilik cek itu cek ini, doctor cakap bukaan baru 2cm. tapi
disebabkan Niera dah rasa sakit sangat, so diorang decide nak letak Niera dalam
wad. Wad pulak penuh, tunggu la dulu, yang Niera ni dah menahan sakit macam apa
je, bukaan cuma 2cm?? Sakitnya! Tahan sakit sampai ke petang kot! Cek-cek petang
tu, bukaan baru 3cm. Lambatnya.. Doktor pun cakap memang biasanya anak sulung
lambat nak terbukak. Sakit tak terkata dah time ni, siap jerit-jerit petang tu.
Then dalam jam 7mlm camtu, mak dapat masuk tengok Niera, mak pun pesan selawat
banyak-banyak. Sakitnya tak terperi dah time tu, doctor cek dia cakap bukaan
dah 4cm tapi air ketuban dah lebih 10jam pecah, takut ada effect kat baby, so
doctor decide untuk operate. Taknak!!!! Aku takut!!
“Doktor, tak boleh ke tunggu lagi? Saya tak nak operate”
“Awak nak tunggu sampai bila, ni kita dah tunggu lama, tapi bukaan
awak baru 4 cm, takut ada effect dekat baby awak”
Aku pasrah…
Dalam jam 8 lebih camtu, aku dimasukkan dalam dewan bedah, disuntik
ubat bius separuh badan, then aku di operate kan. Aku sedar masa tu Cuma tak
rasa sakit langsung, masa tu rasa lega seleganya sebab sakit perut contaction
tu hilang serta merta. Baring rilex-rilex, tetiba dengar suara baby nangis.
“Anak aku ke tu?ehh, aku dah ada anak?” Masa tu tak tahu nak
gambarkan perasaan aku macam mana. Aku dah ada anak! Allahuakbar!
“wanginya anak ummi” bila pertama kali dapat cium anak sendiri,
satu perasaan halus itu datang dengan sendirinya. Tak terungkap disini.
Alhamdulillah, selamat melahirkan anak perempuan secara czer.
Sakitnya berbeza, orang lain bersalin dengan cara meneran, tapi aku tak rasa
sakit itu, Cuma bila ubat bius hilang, bermulalah episode kesakitan. Berpantang
pun kena lebih. Alhamdulillah, mak Niera sendiri dah 3x operate, jadi dia ada
pengalaman untuk jaga Niera dan dia tahu rasa sakit itu. No wonder, why syurga
itu dibawah tapak kaki ibu.
Redhaaa bila Allah tak izinkan jawab exam, tapi Allah izinkan untuk
melahirkan seorang puteri. Exam, kita jumpa nanti ye. Allah sebaik-baik
perancang. Yang penting kita syukur. Alhamdulillah.
Anakku, Syifa’,
Jadilah anak yang solehah.
Moga dirimu menjadi penawar hidup kami.
وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Kita merancang, Allah juga merancang, namun Allah adalah sebaik-baik perancang.
p/s:
Jutaan
terima kasih buat sahabat yang sudi menjaga Niera dan ambil berat dengan
keadaan baby sejak dalam perut lagi. Maaf banyak menyusahkan kalian. Terutama
buat sahabat-sahabat yang ada disisi disaat-saat akhir sarat mengandung sampai
rasa sakit ingin melahirkan.
15 000 Budak Comel:
asslmkm niera.. alhamdulilah.. setiap orang memang berbeza sakit bersalin. akk pula kena sakit yng kejap pun kena mara ngan nurse. sebab dorang kalut akk punya bukaan cepat. sakit pukul 1pg. 4pagi dh beranak. rezeki Allah untuk kita lahirkan zuriat kita. tak kira la secara normal mahupun czer kan.. :)
selamat berpantang..
tahniah akak . mesti comel syifa kn . semogam njadi anak yg patuh pada ibubapa dan Allah
tahniah dear...
Tahniah kak... Terasa macam mana keaadan akak..bukan mudah kan kak..moga cepat sembuh..akak dduk kolej mana...
Tahniah kak... Terasa macam mana keaadan akak..bukan mudah kan kak..moga cepat sembuh..akak dduk kolej mana...
Alhamdulillah. cantik nama baby. . :)
Assalamualaikum niera, alhamdullilah syukur Ya Allah. bila dapat baca pengalaman niera bersalin ni, meremang bulu roma akak. Allahuakbar. Semoga semuanya baik2 sahaja buat kalian sekeluarga. nanti post gambar Syifa ye... teringat nak baby girl :)))
wah tahniah..niera..alhamdulilah dpt baby girl..syifa hopely jd anak solehah..
sebak ngn nurse dihospital lyn org awam mctu..
Ya Allah niera ! excited kita baca entry ni. Takpe tak dpt jawab paper, tapi baby dah ade dpn mata. semoga syifa' jd anak yg solehah inshaaAllah aamiin :)
Alhamdulillah, tahniah ye niera. Walaupun czer, yg penting ibu dgn baby sihat.
Aima pulak yg berdebar2 ni, dah masuk 36minggu ni dah 2x kena acah sakit nak bersalin.
alhamdulillah tahniah kak niera !! terharu dan terkejut kita kak niera dh bersalin rupanya..hihi
cantik nama anak akk, syifa' mawaddah. semoga kelahiran membawa berkah dan kebahagian untuk akk sekeluarga sampai syurga ^^ ameen
wahhhh tahniah akak ^_^
Syukur alhamdulillah..tahniah..moga anakanda syifa' menjadi muslimah solehah..
tak sbr tgk muka bby
tahniah akak ^____^
terharu pon ada bila baca, fefeeling pulek,,hehe
Post a Comment