Thursday, 14 February 2013

KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang-Batu Caves Alami Sedikit Gangguan Perkhidmatan


Perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan Pelabuhan Klang-Batu Caves akan mengalami sedikit gangguan perkhidmatan hari ini disebabkan kegelinciran tren komuter di stesen Shah Alam, lewat malam tadi.
Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini, perkhidmatan tren komuter bagi sektor itu akan beroperasi seperti biasa tetapi akan berlaku kelewatan sekitar lima minit. 
Kenyataan itu melaporkan tren komuter yang terlibat dalam insiden itu adalah tanpa penumpang dan sedang dalam perjalanan ke depot Sentul bagi tujuan penyelanggaran. 
KTMB memaklumkan bahawa kerja membaik pulih sedang giat dilakukan.
Sebarang perkembangan semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di 1-300-88-5862 bagi maklumat lanjut. - Bernama
[sumber]

Tak pernah naik ktm turun kat Batu Caves, takut. hehe. Ayah kata sunyi, selalu sampai KL Sentral je then terus naik lrt ke gombak :) Take Care !


Review Follower 4646 !


Alhamdulillah, selepas review follower 4545 pada 6 February 2013 yang lalu, kini kembali mereview follower ke 4646 pula. Alhamdulillah, bertambah follower lagi. Reader pun semakin ramai. Entry-entry comot niera dah makin ramai yang sudi datang komen. Pageviews pun maintain dah sejak 2013 ni. Maintain 2k-4k. Alhamdulillah. terima kasih banyak-banyak. Tanpa sokongan/nasihat anda, siapalah niera. heee :) Jom terjah blogger yang sudi jadi follower 4646 niera ni :)
-
-
-
-
-
-
-
-
http://talkativepositive.blogspot.com/

Jom berkenalan dengan blogger ini !
  • Nur Amiela berusia 18 tahun dan mula berblog sejak January 2013.
  • Ohh dia blogger baru ! 
  • Niera sangat suka dengan kata-kata yang ada di sidebar dia. "Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan"
  • Nasihat niera , teruskan berusaha dalam dunia blog. 
  • Sebarkan dakwah dengan medium yang kita ada.
  • Kalau boleh, wujudkan widget follower.