Thursday 14 February 2013

KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang-Batu Caves Alami Sedikit Gangguan Perkhidmatan


Perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan Pelabuhan Klang-Batu Caves akan mengalami sedikit gangguan perkhidmatan hari ini disebabkan kegelinciran tren komuter di stesen Shah Alam, lewat malam tadi.
Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini, perkhidmatan tren komuter bagi sektor itu akan beroperasi seperti biasa tetapi akan berlaku kelewatan sekitar lima minit. 
Kenyataan itu melaporkan tren komuter yang terlibat dalam insiden itu adalah tanpa penumpang dan sedang dalam perjalanan ke depot Sentul bagi tujuan penyelanggaran. 
KTMB memaklumkan bahawa kerja membaik pulih sedang giat dilakukan.
Sebarang perkembangan semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di 1-300-88-5862 bagi maklumat lanjut. - Bernama
[sumber]

Tak pernah naik ktm turun kat Batu Caves, takut. hehe. Ayah kata sunyi, selalu sampai KL Sentral je then terus naik lrt ke gombak :) Take Care !


8 000 Budak Comel:

Unknown Unknown said...

pernah trun kat sana..ehhe...smoga smuanya cpt baik..

Kak iman Kak iman said...

BK pertama kali naik ktm time stdy kt shah alam 2 pon meneletaq cz pertama kali nya..by d way hati2 yg naik train 2

Mrs Velentine Mrs Velentine said...

harap semua nya cepat kembali ok..

Unknown Unknown said...

dah lama tak naik train...sll kalau ct ramai org asing...rimas

Sya Sya said...

rasanya saya tak pernah naik KTM (yeah, kuno betul). XD



P/s : Saya teruja sbb akak sudi komen blog saya. Maaf yer guna nama akak dalam entry (kalau akak perasan saya buh nama akak) hihi ^^

PeRdU cINta PeRdU cINta said...

setiap apa yg berlaku itu ada hikmahnya..dan salah satu daripanya adalah mendidik hati kita agar bersabar..tak pernah naik la..teringin nak naik..boleh dating dengan en hubby :)

Unknown Unknown said...

Harap2 semuanya dah kembali normal...

C.T.K C.T.K said...

bg kita mesti lmbt ckit je..lima minit je pon..tp bg yg pergi kerja naik ktm ni msti rse lewat giler da...smoga mereka2 semua sntiasa bersabar..hihihi