Monday 4 February 2013

Mati Kerana Katak

Rawang: Akibat terperanjat melihat seekor katak dalam keretanya, seorang guru yang memandu panik menyebabkan kenderaannya hilang kawalan, lalu merempuh sebatang pokok menyebabkan dia maut, seorang anaknya parah manakala seorang lagi anaknya patah kaki.
Dalam kejadian jam 5.30 petang di Jalan Kota Puteri berhadapan kolam pancing Batu Arang, Jumaat lalu itu, guru berkenaan yang memandu Proton Exora dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas tamat sesi mengajar.

Mangsa, Moey Yin, 36, maut di tempat kejadian akibat parah di dada manakala dua anaknya termasuk seorang parah.

Anak perempuan mangsa, Lee Jet Yu, berusia sembilan tahun, belum sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh, manakala adik lelakinya, Lee Jet Yang, berusia lapan tahun, dilaporkan stabil, tetapi patah kaki kiri.
Difahamkan, anak lelaki mangsa yang baru tersedar dari koma pagi semalam memaklumkan ibunya gagal mengawal kenderaan selepas terkejut melihat seekor katak berada dalam kereta.

Akibat cemas dan panik, kita boleh menjadi mangsa kemalangan. Periksa dahulu kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan. 

7 000 Budak Comel:

Paly Paly said...

kdg2 kene jugak latih diri jgn cepat trkejut..

Unknown Unknown said...

kalau kita kat tempat dia pon, cuak jugak kan.

♛ Oziz ♛ ➜ We are Partner ♛ Oziz ♛ ➜ We are Partner said...

mungkin dia tak fokus kat pemanduan, sekali toleh depan tengok katak tu .. terus gelabah .. ish2 ..

Unknown Unknown said...

dah smpai ajal dia... =) jgnkan kerana katak , kalau pun xder katak wktu tu, dah memng dicatatkan ajalnya wktu itu, maka sesaat pun xdpt tangguh ,,,

sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa said...

kena ati2 la kan niera huhh..

Unknown Unknown said...

baru je tadi jumpa katak kat dpn kafe....lompat2 lyeen dibuatnya..

Unknown Unknown said...

SubhnaAllah..aishh macam2...dah ajal die kan...btw geliii jgk tgok katak..ewwwww...