Saturday 2 February 2013

SEGMEN : Blogwalking + Kenali IPT

klik banner untuk join sebelum 23/2/2013


Hai semua ! Jom kenali IPT yang kini pilihan Niera ! Semestinya universiti terbaik ! 

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Klik link itu untuk ke laman utama blog rasmi usim dan boleh jelajah setiap apa yang anda ingin tahu :)



Kelebihan memilih USIM berbanding universiti lain :
  • USIM sebuah institut pengajian yang  unik, menawarkan program pengajian (double major) dalam pelbagai bidang
  • USIM adalah satu-satunya IPTA yang menawarkan semua program pengajiannya berteraskan pendidikan Islam (usaha pengembalian zaman kegemilangan ilmuan Islam).
  • Program pengajiannya diolah untuk melahirkan graduan yang memenuhi keperluan pelbagai industri, luas ilmu dan pengetahuan, menguasai bahasa Arab dan bahasa Inggeris, serta mantap dengan ciri-ciri kemahiran insaniah.
  • Tenaga pengajar USIM menggabungkan tenaga pengajar tempatan dan antarabangsa, yang mempunyai kelayakan dan pengalaman luas, pakar dan terkenal dalam bidang masing-masing.
  • Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan yang mana boleh menjadikan pelajar bermutu dan berpengalaman.

Kini USIM mempunyai 8 buah fakulti iaitu:
  • Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS)
  • Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP)
  • Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU)
  • Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM)
  • Fakulti Sains dan Teknologi (FST)
  • Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
  • Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU)
  • Fakulti Pergigian (FPg)

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21. Ia merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-12 di negara ini dan didaftarkan dengan nama Universiti Sains Islam Malaysia (sebelum ini dikenali dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia). Di antara tujuan penubuhan USIM ialah memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara dan menekankan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan penyelidikannya. Penguasaan bahasa Arab dan Inggeris di samping bahasa kebangsaan juga menjadi tumpuan.

Kini Niera penuntut USIM sejak 2011. Kini ditahun 2 dan bakal melangkah ke semester 4 pada 17/2/2013. Mengambil bidang pengajian akidah dan agama dalam sarjana muda memang mencabar namun sangat menyeronokkan. Belajar bersama pensyarah-pensyarah berpengalaman dan sering memotivasikan pelajar. Kini berbaki 4 semester lagi :)

haaa, ni gambar masa mula-mula di usim, boleh klik sini untuk tahu cerita :)


16 000 Budak Comel:

Unknown Unknown said...

wah..wah...:D hebat ni..:D lyeen x penah pegi sana..teringin jugak nk pegi..:D

Kak H Kak H said...

mmg usim mnjadi plihan utk sy smbung blajar, tp sygnya :( kt upu haritu xde kos yg sy mnat utk usim.. huhu

Unknown Unknown said...

bestnye ! teringin nak pergi ni :D

miss yatie miss yatie said...

Assalamualaikum..

wahhh...ada segman rupanya,

Kak H Kak H said...

sudah ada senarai peserta, kak niera. sini ye: http://milikhusnahumairah.blogspot.com/p/senarai-peserta-segmen.html

MalizaMah MalizaMah said...

WOW.. ENTRI NI SGT BERMAKNA... BAGUS GAK UAT MCM NI ACT.. I MEAN SEGMEN MCM NI.

Unknown Unknown said...

good luck ,kak niera :)

ct nyssa ct nyssa said...

jemput singgah niera :)

http://catatannotakehidupan.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

Unknown Unknown said...

best. adik2 lepasan spm ke stpm ke boleh dapat advantage dari segmen ni :) niera kita sama :) sama2 nak masuk sem 4 bukak sem nanti :)

Pemikir Pemikir said...

good info n good share.. Thanks

Nasz Nasz said...

hebat juga usim ini ye? Saya graduan UiTM Seri Iskandar je. Saya belajar setakat diploma dan terus cari kerja. nak cari pengalaman kerja dulu. sekarang dah kerja govenment, saya apply untuk sambung degree secara PJJ di USM.

From,

Nasz

www.mohdnaser.com

THE AUTHOR THE AUTHOR said...

Good luck....
Aku suka USM......yeahhhhhhhhh

EkaTikah EkaTikah said...

wah, kak Niera USIM. Ade saudare kite kat sane.. hihi..

http://www.sweetsour93.my/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa said...

wah..hebt hehe,,

Diya Hanun Diya Hanun said...

wah hehe :) untung nya ^_^
singgah lah baca kita punya :P
http://fardiyah.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

Kak H Kak H said...

PERHATIANNNNNNNNN!

Pemenang dah diumumkannnn--> http://milikhusnahumairah.blogspot.com/2013/02/pemenang-segmen-blogwalking-kenali-ipt.html