Friday 8 February 2013

Kenangan Menyambut Tahun Baru Cina Bersama Keluarga Ayah

pasangan cinta yang comel :P


Haih, macam mana nak mula cerita ni. heee . Malu tapi nak citer jugak. hehe. Sebab pengalaman ni tak semua ada rasanya. so, nak share la. heee. Suka hati la ada orang nak baca atau tak. hehe. ;)

Kalau yang kenal niera, pasti tahu niera ni mix cina dgn india. yup, tak malu nak mengaku. belah ayah belah cina. Mak kepada ayah niera seorang cina. Kiranya adik-beradik nenek a.k.a opah niera tu semuanya cina. Bila tiba tahun baru cina, opah nak pergi la melawat adik beradik dia, so, kami yang cucu-cucu pun akan ikut. Tapi sekali je lah niera berkesempatan ikut, sebab lepas tu opah niera meninggal dunia. Kiranya niera pernah melawat adik-beradik opah yang berbangsa cina sekali. 

suami comel bersama ayah niera

So, apa yang niera makan masa tu? Actually mereka semua faham kita ni melayu, so masa tu mereka jamu makanan melayu la. Limau mandarin paling banyak dorang bagi. Kuih raya pun ada. tapi kan yang paling best adalah bila kami semua dapat ang pau. hikhikhik. Dalam adat diorang, ang pau akan diberi kepada insan yang tak kawen lagi tak kira la umur berapa pun. Nasib baik time tu niera masih sekolah rendah. Konfirm la dapat kan. :)

Sekarang dah tak rasa semua tu, sebab opah dah tak de. Kenal mereka pun dah tak lagi. sebab ayah dengan adik beradik pun mana tahu sepupu dan makcik pakcik mereka sangat. Tapi seronok la bila pernah jumpa mereka walaupun itulah kali pertama dan terakhir. Kat rumah bila musim tahun baru cina pasti ada buat limau mandarin kan? Setakat ni kat rumah niera dah lebih 3 kotak kami beli, asyik habis je. hehe ;)

isteri comel dengan emak niera 

Yup, belah emak pulak ada campuran india, ayah kepada emak a.k.a atuk niera yang berketurunan india. Niera lebih kepada india la. hehe. Tapi adik bawah niera lebih kepada cina. Tapi niera tak de la nak sambut deepavali apa semua tuh. yang nie keturunan jauh sikit. Rindu betul kat arwah tok wan :')

Semua tu tinggal kenangan. Al-fatihah buat arwah opah, atuk, tokwan dan tuk. Al-fatihah.


15 000 Budak Comel:

Nur Nainis Nur Nainis said...

Al-fatihah..best baca cerita niera. Hehe..memang nampak ayah niera muka macam chinese.

Unknown Unknown said...

al-fatihah buat yg telah pergi. semoga bahagia sentiasa :)

Vee Vee said...

Ek ehh.. Apsl muka Niera tembeemmm sikit kat gmbar tu? Hihikkss..

Nadia Johari Nadia Johari said...

keluarga 1 malaysia..best tu..mesti seronok kan..=)..

Anonymous said...

Salam... jemput join giveaway saya d http://www.rararoo.blogspot.com/2013/02/fabuloous-giveaway.html
dan menangi barangan korean Cosmetic seperti The Face Shop, Etude House dan Tony Moly :)

Ainim Rashihah Ainim Rashihah said...

Saya dulu sblm pindah Putrajaya ni, every year mmg celebrate CNY dgn kwn2. memang best..xpernah missed n parents kwn2 pun smp siapkan bekalan hamper utk saya n kembar sbg buah tangan. RIndu kenangan CNY tu

Unknown Unknown said...

muka husband niera ada mirip ayah niera...:D sweet

Razil Tahir Razil Tahir said...

Al-fatihah...
Keluarga Niera ada nilai satu malaysia yang tinggi. Salute!! XD

sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa said...

wah bestnya hehe..niera mkin berisi la hehe..

EkaTikah EkaTikah said...

alahai, comelnye kak niera.. hehe.. bestkan kalau ade mix nie.. dapat sambut pelbagai perayaan bersama :D

Unknown Unknown said...

orang kata klu ada darah campuran mesti dy ni pandai kan3..hehe

Firdausy CiLiKku Firdausy CiLiKku said...

Al-Fatihah... buat mereka yang pergi dahulu

Muka ayah niera memang nampak muka cina. kalu buang janggut dan misai mesti org ckp ayah niera org cina kan...

kaizen kaizen said...

woah... best la family niera...

Unknown Unknown said...

bestnya :D

RadhiahIlyas ッ RadhiahIlyas ッ said...

saya pun smbut raya cina , ayah saya muallaf :) mmg bes klo dpt ang pau sorg bgi 50 . heheh kaya2 org cina . xsaba nk raya esk :D alfatihah buat arwah

http://catberrymilk.blogspot.com