Sunday 17 February 2013

Dilamar Penulis Novel !

Wah, sungguh tak sangka, niera dapat peluang berharga macam ni. Seorang penulis yang telah bergelar Dr telah melamar niera untuk membaca karya penulisannya dan seterusnya memberi komen. Sebuah novel grafik ! Dan penulis itu adalah seorang penulis lelaki. Oh no, niera sangat tidak minat dengan penulisan seorang lelaki, sorry to say, memang niera takkan baca kalau penulisnya adalah lelaki. Maybe sebab perasaan dia tak halus macam perempuan kot. Eh?
Novel apa? Jap-jap nak cerita dulu. Sebenarnya Dr ni dah pos kan buku karya sulung beliau untuk niera menggunakan khidmat pos laju tapi betapa kurang hashemnya si posmen tu, dia tak ketuk atau 'tingtong' pun rumah niera bila dia dah sampai. Nak tahu dia bagi kat siapa? Kat jiran niera ! Arghhh, sakitnya hati ! kalau dia bagi novelnya takpe, ini just sekeping kertas yang suruh niera tuntut pada keesokan harinya. Eh, hari yang dia bagi tu hari sabtu, Esok ahad, kompom la tutup then isnin niera dah dekat usim. Yes, here I am. Ayah niera yang tercinta jugak pergi tuntut ! hmmm, geram geram geram dengan posmen tu. 
Alhamdulillah, buku dah sampai kat tangan. Ayah datang usim semata-mata untuk hantar novel ni. See, prihatin tak ayah niera walaupun anaknya ini dah pun bergelar puan . hikhikhik :D
Dari skudai johor terbang ke gombak, kuala lumpur
Nak tahu novel apa? Tajuk apa? Weh, memang terbaik wei novel ni. sempoi je, 2 jam baca, dah khatam ! Penulisan seorang lelaki yang pertama niera baca. Penulisan seorang lelaki yang mampu mewujudkan kita berada dalam dunia novel dia. Tahniah Dr ! Dan nak tahu, dia sorang je yang panggil niera ni , 'Puan Amalina'. Jelas menunjukkan seorang yang hormat dengan orang lain walaupun tak pernah kenal. Btw, terima kasih banyak-banyak kepada pihak Dr kerana mempercayai niera dan sudi memberikan novel super duper best ni free kepada niera. Kalau korang beli pasti tak rugi beb ! Lepas ni sure, niera bawak pergi mesir, bagi suami pula baca :D
yeay ! dapat tanda tangan penulis, Dr Shah Ibrahim
Nak tahu novel apa? [KLIK SINI] :) Niera review + komen + ulas novel tersebut! Terbaik!
psstt, bukan kena lamar apa, tapi cuma beliau minta niera baca karya sulung beliau dan memberikan ulasan untuk pembaharuan dalam karya-karyanya akan datang. Cukuplah dilamar suami tercinta :)

41 000 Budak Comel:

Admin Admin said...

wah best nya

Emas Putih Emas Putih said...

wahhhh bagus ni. hehehe

Athirah Athirah said...

erk,, ingatkan dilamar untuk jadi penulis novel gak,,hehe..
btw, tahniah sis sebab dapat kepercayaan Dr ^_^

Unknown Unknown said...

awak minat membaca yer? kalau saya, novel pempuan ke, laki ke, haram tak minat novel :p

Btw, congrats di lamar buat review gitu :)

Mama Amirul Mama Amirul said...

wahhh best nya dapat novel percuma...

Auni Fatinah Binti Roseli Auni Fatinah Binti Roseli said...

assalamualaikum.nice post kak niera :) salam ukhwah fillah :)

NURUL FILZAH NURUL FILZAH said...

wahh. cepat review kak. Nk tgok jugak :)

Fatin Diana Fatin Diana said...

ish, FD pula yg excited nak tau tajuk. cepat2 update next entri. hehe :D

✿INA AINAA✿ ✿INA AINAA✿ said...

wahh untungnyaa niera jd org pertama baca novel sulung dia... dah la pangkat Dr lak tu penulisnya,.. hehe

kaizen kaizen said...

cpt2 nk taw... novel tu ade kt pasaran x??

Rozita Ceritaita Rozita Ceritaita said...

bestnya...nak novel free gak!

Anonymous said...

bestnyaa akak~!!! >.< Jeless jelesss~

Unknown Unknown said...

Wah...macam best je.. :)

Unknown Unknown said...

ayat 'Cukuplah dilamar suami tercinta' . wah-3

Unknown Unknown said...

waa,, untunglah,,sy pun nk jugk bgi komen novel yg dr shah ibrahim buat,,ehehe,, btw,, sy tunggu entry seterusnya,,

Anonymous said...

suprise je kan.. hehe...

Dhia adawiyah Dhia adawiyah said...

wahh .. rezeki bergolek , kak niera ..

RadhiahIlyas ッ RadhiahIlyas ッ said...

wahhh tak sabar nak thu tjuk nvel :)

Unknown Unknown said...

wahhhh untungnya dia dapat baca dulu...

Unknown Unknown said...

untong laaaa .. haha

Shad Shad said...

pard dapat novel free tu mmg senyum.. part posmen tu yang macam nak kasi kick! haha.. xsabar nk tahu tajuk novel, macam best ja. :)

Unknown Unknown said...

Beznye ; bertuah laaa sis ;)

Unknown Unknown said...

nak tgk gak

sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa said...

alhamdulilah..dah smakin femes :) hehe xsbr nak bca sinopis dr niera

BLACKRED BLACKRED said...

Salam..kak niera tahniah sebab dapat peluang untuk menjadi pengulas novel..untung kak niera dapat kepercayaan dan dihormati sampai begitu sekali..btw,,alamat tu bahaya kalu tayangkan macam tu..zaman sekarang orang macam2 jenis..

Unknown Unknown said...

Wah! bestnya... telah diberi penghormatan dan kepercayaan utk berbuat demikian :) Tahniah :D

Unknown Unknown said...

Bestnyaaaaa ;D

Unknown Unknown said...

waahhhh kak niera mmg hebatt.... huhuhu.. mesti best karya dr tu kan?

Unknown Unknown said...

wah,dia contact niera melalui apa?bertuah niera ye,heee

Ainim Rashihah Ainim Rashihah said...

wow..bestnya niera. untung betul dapat jadi first reader. mesti best kan novel tu

THE AUTHOR THE AUTHOR said...

wah!!! diminta pendapat oleh penulis.....cayok!!

Anis Amila Anis Amila said...

Wahh , untunglah akak Niera dapat novel free . :)

MalizaMah MalizaMah said...

waaa diminta beri pendapat. serius kot.. masyuk.

Syuhada Nasya Syuhada Nasya said...

wahhh best nyaa.. untung :D

Nadia Johari Nadia Johari said...

terbaikla..mcm mn die kenl niera..

Arra Ahmad Arra Ahmad said...

wah..best tu.karya pertama lagi.:)

C.T.K C.T.K said...

untungnyer kamu..dpt buku free lg..terhru ngan ayh niera yang sudi dtg antar novel tu :)

Asma' Sah Asma' Sah said...

Wahh!! Tak adil puan Amalina dapat free ,,,hehehe....:D

Ciktie Ciktie said...

Wah! Bestnya...

Cik Fie Cik Fie said...

best :)

Sya Isya Sya Isya said...

wah bestnya puan amalina dapat free. nak juga. hehe