Monday 18 February 2013

Review Novel #10 : Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman

Haaa, dah baca entry ini? Belum baca? WAJIB baca sekarang ! Haha. supaya korang tak terpinga-pinga bila membaca review novel best kali ini :) Kali ini niera mereview sebuah novel baru yang baru je siap pada 12/12/12 yang lepas. Daripada seorang pemuda yang telah pun bergelar Dr [phD]. Dan ini bukan novel biasa. Ianya adalah sebuah novel grafik ! 
Hadiah dari penulis novel ini, Dr Shah Ibrahim

ni antara contoh yang niera snap dari novel grafik tersebut. novel grafik ni macam ala-ala komik gitu tapi seriously penuh dengan jalan cerita yang sangat best.

Hero novel ini adalah Shah Ibrahim [penulis dan pereka grafik] dan heroinnya yang dalam gambar tu la. hihi

Sinopsis/Ulasan Niera yang Tersendiri
Permulaan yang membuatkan Niera rasa sangat-sangat tertarik dengan novel ini adalah di muka depan buku tu lagi yang mana ada kata-kata 'Andainya Takdir Menyebelahiku, Pasti Buku Ini Sampai Ke Tanganmu..' Jelas menunjukkan penulis ini cuba meluahkan isi hati melalui karya sulung beliau. Dan ini buat niera tertanya-tanya, siapakah insan itu? Dan kenapa Flowerman? Biasanya kita dengar Flowergirl adalah kan? 

Novel ini adalah berdasarkan kisah benar yang pernah berlaku. Beberapa nama dan fakta berkaitan individu tertentu telah diolah bagi melindungi identiti, hak peribadi serta privasi individu-individu tersebut. Bagi niera, penulisan sebegini memang sempoi dan bahasanya mudah difahami. Berceritakan tentang suka duka di bumi UK ketika menuntut ilmu dan diselitkan dengan kisah cinta. Lukisan grafik dalam novel ini juga menarik perhatian. 

Penulis menceritakan kisah dirinya yang belajar di UK dan telah bertemu dengan seseorang yang dirasakan sangat istimewa dihatinya. Pertemuan mereka ketika di suatu majlis menjadikan watak Shah Ibrahim menjadi tak tentu arah. Reaksi comelnya terpancar dengan jelas apabila dirasakan si dia juga turut memandangnya. Terus Shah mengambil keputusan untuk beredar dari majlis tersebut. Sangat malu !

2 tahun berlalu, dan gadis misteri tersebut muncul lagi ! Kali ini Shah nekad untuk tahu namanya. Cuma namanya. Walaubagaimanapun, keadaan tak mengizinkan kerana majlis berlangsung didewan solat. Shah tetap nekad. Walaupun tidak dapat tahu dari mulut gadis tersebut, Shah mula bertanya kepada hadirin lelaki yang dia kenal dengan lagak bersahaja berkenaan beberapa orang hadirin wanita yang turut kelihatan di majlis iu termasuklah gadis tersebut. Lily Suryanie. Sebaris nama yang dia takkan lupakan.Nama yang comel, secomel orangnya. Shah terus mencari maklumat tentang Lily di facebook walaupun masih kurang pasti adakah Lily mempunyai akaun facebook. Nasib menyebelahinya kerana berjaya menemui alamat emailnya. Shah terus menghantar mesej perkenalan pertama tanpa berfikir panjang. Apa salahnya berkenalan, kan? Niat Shah ketika itu cuma sekadar ingin berkawan kerana dia yakin bahawa gadis secomel Lily pasti sudah berpunya.

Penulisan diteruskan dengan perkenalan mereka didunia cyber. Lily memberikan respon positif terhadap Shah Ibrahim. Nak tahu selanjutnya? Dapatkan novel grafik ini kerana ada banyak pengajaran yang boleh kita perolehi.

Komen tentang Novel :
  • Penggunakan 'glossy paper' yang tebal menjadikan kita semakin teruja untuk menyelak helaian demi helaian sehingga ke helaian terakhir pada novel ini.
  • Novel paling menarik yang telah Niera baca kerana ianya berbentuk ilustrasi grafik
  • Tidak membosankan kerana mempunyai plot/ jalan cerita yang menarik.
  • Penggunaan bahasa yang sempoi 
  • Penulis dapat mewujudkan rasa suka/duka di hati pembaca [dapat menjiwai]
  • Kisah cinta tanpa luahan yang paling jujur pernah saya baca.
  • Mungkin inilah tujuan buku ini ditulis, untuk mengungkapkan rahsia hati kepada si 'dia' yang masih tidak tahu apa yang terbuku di hati penulis. Mungkin juga buku ini ditulis untuk si 'dia' yang masih beraja di hati penulis. Saya pasti akan ada sambungan kisah selanjutnya di masa hadapan.

'ALANGKAH INDAHNYA TATKALA AKAL DIPENUHI ILMU MANAKALA HATI TERISI KASIH SAYANG' - DR SHAH IBRAHIM

Cara Pembelian :
  • Boleh beli secara terus daripada Dr Shah Ibrahim - MrFlowermanStudio (sini) . 
  • Cara pembayaran dan bagaimana berurusan semuanya telah dinyatakan di sana.
Harga (termasuk penghantaran pos laju)
Semenanjung : RM 40.
Sabah dan Sarawak : RM 44.

Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Dr Shah Ibrahim kerana sudi berkongsi cerita dan rasa hingga terhasilnya karya dan buku yang saya anggap sangat istmewa. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan penulis untuk menghasilkan karya seterusnya. Jangan lupa dapatkan karya ini. Hasilnya pasti tidak mengecewakan anda. 

14 000 Budak Comel:

Shad Shad said...

wah..wah.. wah.. menarik nie, sebab ada grafik + ayat2 yang sempoi.. will look forward for it.. tq sebab kongsi mrs.niera.

Unknown Unknown said...

menarik betol novel nie...mana de novel tempek gambar cam nie..hihi

RadhiahIlyas ッ RadhiahIlyas ッ said...

MENARIK! novel grafik. fuhhh. cover pun cntik :)

Nadia Johari Nadia Johari said...

first time tgk novel ala2 komik..memg truja nk mmbaca

Unknown Unknown said...

Jalan cerita yg sangat menarik..1st time tgok novel yg berilustrasi grafik..tahniah Dr.Shah.. :)

Unknown Unknown said...

mcm best jer..

THE AUTHOR THE AUTHOR said...

Pandainya dia melukis..

LyNn LyNdA LyNn LyNdA said...

wah..hebatnye..first time tgk novel yg cm ni..kena g crik ni..!

Unknown Unknown said...

wah ! tentu syok novel cenggini :) . first time tengok nie , ngee . erm , dekat kedai-2 buku ada tak ? kat popular ke ?

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@Cik Wieda masih belum ada di pasaran. :) cuma kalau nak bel, boleh guna pos laju.

Unknown Unknown said...

Nampak menarik novel ni ;D

Unknown Unknown said...

@aisyah humaira' IN SYA ALLAH , boleh beli . :)

sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa said...

wah kata2 yang menarik thnks 4 sharing dear..mmg hebatlah niera review buku ni..tahniah

Cik Fie Cik Fie said...

wah ! menarik :)