hati? apa maksud hati? masing-masing tahu apa itu hati.
malah pepatah orang lama pun ada menyebut
"rambut sama hitam,hati lain-lain"
ini bermakna segala yang ada dalam hati kita,hanya ALLAH yang tahu. :)
Firman Allah:
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” (Al Fathu : 4)
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” (Al Fathu : 4)
perasan atau tidak sebenarnya kita sering diuji dengan masalah hati?
perasaan iri hati,hasad,dengki,cemburu boleh terjadi jika kita tidak bijak mencegahnya.
nauzubillahi min zalik.
hati ini ada didalam yang zahirnya kita tidak nampak.
jadi berhati-hati dengan hati anda.
kadang-kadang benda simple,mudah,baik pun kita boleh ada masalah dengan hati.
contohnya jika seseorang itu mendapat markah lebih tinggi daripada kita.
kita akan mula mempersoalkan.
kawan-kawan,kadang-kadang manusia tidak lepas dari prasangka tapi kita kena bijak mendidik hati kita.
nak ubat untuk hati?
kawan-kawan,jom kita sama-sama menjaga hubungan dengan ALLAH dan juga manusia.
insyaALLAH,penyakit hati ini dapat dielakkan..
antara kaedah menjaga hubungan dengan ALLAH:
*sembahyang tidak dilengah-lengahkan dengan sengaja
*basahi lidah dengan beristighfar dan berzikir kepadaNYA
*ringankan diri untuk membaca dan menghayati ayat-ayat suci al-quranul karim
*sembahyang sunat di malam hari
antara kaedah menjaga hubungan dengan MANUSIA:
*sebarkan salam
*sentiasa memohon maaf dan memaafkan
*berbaik sangka
*menerima dan memberi nasihat sesama sendiri dengan baik
kata ustaz zaharuddin ;
"Antara kaedah mengenalpasti keadaan hati sedang kotor dan jauh dari rahmat Allah ialah apabila dibacakan kalam Allah, bicara Islam atau mendengar azan, orang itu akan merasa segera jemu, mengantuk, tiada perhatian & tak peduli tetapi apabila mendengar bahan2 lalai & hiburan mereka mendengar dgn penuh semangat . Apabila dibuai lagu dan nyanyian mereka mengikut2nya dan menghafal liriknya & berasa segar fizikal & jiwanya. Semoga kita semua dijauhkan dari hati sebegitu."
berikan hati kita kepada yang berhak iaitu kepada
.:: ALLAH ::.
1 000 Budak Comel:
Gambar tuu sangat pro:)
Post a Comment