Friday, 6 January 2012

kuatkan dirimu~

sehari ada 24 jam
boleh jadi seorang manusia itu menjadi hambaNya di pagi hari
boleh jadi seorang manusia itu menjadi hamba dunia di malam hari
tanpa sedar itulah kita.

menjadi hamba pada Allah hanya ketika solat,
dan menjadi hamba kepada dunia di luar solat?

bukti?

solat terlaksana,
tetapi pergaulan bebas masih dilaksana
penutupan aurat masih tidak sempurna
akhlak diri tidak dijaga
ibarat menjadi hamba ketika dahi sujud di sejadah
dan menjadi hamba dunia selepas selesai melaksanakannya

ibarat menjadi hamba dunia lebih besar dari hamba Ilahi

muhasabah diri
renung ke dalam diri
perbaiki peribadi
tingkatkan kawalan diri

biar akal memandu nafsu
biar nafsu menjadi tunggangan bukan diri ditunggangi nafsu.

kuatlah wahai diri.
kuatkan dirimu
teruskan perjuangan semampumu
moga tiada sesalan di hujungnya nanti
pabila segalanya terpampang di depan Ilahi

insyaAllah
amin

salam mujahadah!
salam perjuangan!

2 000 Budak Comel:

IeLa tU sAya.. IeLa tU sAya.. said...

Allahuakbar..
msih bnyak kkrngan dlam dri nie..**

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

sama2 la kita muhasabah :)