Tuesday, 10 January 2012

lelaki yang menjadi pilihan wanita :)

Dari Anas ra. dari Nabi SAW. bersabda: ”Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang, niscaya ia akan merasakan manisnya iman, yaitu: Hendaknya Allah dan rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain. Hendaklah bila ia mencintai seseorang semata-mata karena Allah. Hendaklah ia benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana ia benci kalau akan dicampakkan ke dalam api neraka.” (HR. Bukhari)
【ツ】 WANITA terperangkap, ingin pujian terhadap fizikalnya, lalu banyak gambarnya tersiar di facebook; LELAKI juga terperangkap lalu kerap menyiarkan kejayaan demi kejayaannya. Kedua-dua sedang diuji, justeru berpadalah dalam siaran gambar juga pencapaian diri, nasihat untuk diri ini dan semua. Ia adalah bahan mentah untuk Syaitan memasak hati kita dengan riya' lagi 'ujub. Ya Allah selamatkan kami【ツ】
 
♥ Saya tak minta yg SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sgt... ♥ Saya tak minta yg bergelar USTAZ, sebab saya lg jauh utk bergelar USTAZAH... ♥ Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada... ♥ Nak minta yg HENSEM, saya tak la CANTIK sgt, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan... ♥ Nak minta yg BERPANGKAT, saya hanya seorg HAMBA... ♥ Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA diri seadanya ... ♥ Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina... ♥ Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi lautan dunia... ♥
 
UNTUKmu WANITA ...

Agak-agak siapa lelaki yang paling tampan, paling macho, paling baik, paling kool, paling best, paling hebat dan paling berkuasa di antara insan-insan bernama lelaki?
Ya, senang kan jawapannya. Lelaki yang mampu jadi Imam. Imam secara umumnya, imam solat secara khususnya. Hatta raja dan presiden negara pun bersolat di belakang seorang Imam. Hebat kan imam ni? Berkuasa macam mana pun orang itu, bila dia jadi makmum, dia wajib ikut Imam kalau mahu solat berjemaahnya sah.

Begitu juga dalam memilih pasangan. Wanita yang cerdik akan pilih lelaki yang mampu jadi imam solatnya. Boleh ajar dia solat, boleh bimbing dia. Boleh bangun solat bersama-sama di setiap sepertiga malam. Indah kan?
Semua lelaki mampu jadi imam. Jika dia mahu. Jika dia nak. Jika dia berani. Jika dia adalah Muslim. Islam tidak menetapkan keturunan yang baik2, kasta baik2, orang2 soleh sahaja boleh jadi imam. Semua boleh. Kenapa anda tak boleh? Malu bacaan tak sedap? Itu semua boleh diperbaiki. Bukti Islam tidak menetapkan orang tertentu sahaja yang boleh jadi imam:-

"Abu Huzaifah, seorang hamba sahaya yang dimerdekakan, menjadi imam solat bagi kaum Muhajirin yang pertama dan beberapa orang sahabat Nabi SAW di Masjid Quba. Di antara mereka ada Abu Bakar, Umar al-Khattab, Abu Salamah, Zaid dan Amir bin Rabi'ah."
( Diceritakan oleh Umar bin Khattab dan dikeluarkan oleh Imam Bukhari )

Lelaki macho bukan lelaki stylo, lelaki cool bukan lelaki mulut manis berkereta hebat, bekerjaya mantap..bukan. Tapi hanya kerna dia mampu jadi IMAM..
insyaALLAH~
 
 
 

6 000 Budak Comel:

nazreen nazreen said...

suke entri ni...semuanya betul..hehe.

fatten fatten said...

suke2..!!

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@nazz
betul?jadi x salah kata2 niera..hehehe :)
niera pon suka :)

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@fatten
sukanya awk..heee :)

Akhi Nuzul Izam Akhi Nuzul Izam said...

suka sgt2..tmbh2 ayat yg di"purplekan" tu..huhuhuhu..AGAMA is everythng..

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@Musafir Kelana yup!thats right :)