Monday 26 November 2012

Indahnya Bercinta Selepas Kahwin [Part3]

Lelaki Yang Betul2 Serius Dengan Perempuan, 
Dia Takkan Ajak Bercouple Atau SMS Kata2 Cinta, 
Tapi, 
Dia Meminang Wanita Itu Dan Terus Bernikah. :) 
Wanita, 
Jangan Mudah Tertipu !

----------------------------------------------------------------------------------

Berita mengenai rombongan merisik bakal kunjung tiba dan saat itulah aku tahu bahawa buat pertama kalinya aku akan berhadapan dengan seorang lelaki yang ketika itu mungkin menjadi suamiku. Debaran mula terasa. Sebenarnya dari mula datang merisik Niera ada ceritakan dalam blog ini cuma antara sedar mahupun tak je. Siapa yang pembaca setia pasti tahu. Langkah pertama bermula dimana setelah berbincang kedua-dua belah pihak, alhamdulillah kami setuju dinikahkan. Kami redha dengan segala kekurangan. Biarlah perkenalan lebih lanjut setelah nikah. Sebenarnya sebelum kami ditemukan, Niera dan dia istikharah sebaik mungkin kerana ini adalah masa depan kami berdua juga dan lagi beberapa jam sebelum mereka sekeluarga tiba untuk merisik Niera, Niera berdoa dan berkata dengan diri Niera sendiri, jika dia datang dan mengatakan untuk nikah walaupun belum kenal, Niera akan terima. Jika dia mengatakan berkawan dulu atau bertunang, Niera akan tolak. Kerana apa? Kerana jika dia lelaki yang baik, dia takkan mahu melambatkan perkahwinan. Dan Niera akan anggap tiada jodoh antara kami. Ini memang perancangan keluarga kami tapi Niera masih mempunyai hak untuk memilih. Masa nak tahu keputusan dia tu rasa macam berdebar jugak lah sebab Niera dah ada azam Niera sendiri. Sama ada terima atau tolak. Dah stand by jawapan tolak kalau dia ckp selain NIKAH. Heee. Maklumlah umur kan masih muda. Belajar pun tak habis lagi. :)

Bapa Mertua : Safwan, hang punya keputusan apa?
Safwan : InsyaAllah, nikah.
Bapa Mertua : Pendapat Munirah?
Niera : (Dah tak tahu nak jawab,angguk je la. hee)
Bapa Mertua : Alhamdulillah.

Ayah dengan ayah mertua pun ligat la pilih tarikh untuk kami. Alhamdulillah, sinar bahagia menyelubungi dua insan yang bersahabat baik ini, ayah kami. Haaa, bila dia dah bagi tahu keputusan dia adalah NIKAH, apa lagi? Niera pun terus sujud syukur, alhamdulillah. tak tahu nak gambarkan perasaan ni macam mana. Allah permudahkan segala urusan kami. Di hari jumaat, 27 Julai 2012 di bulan ramadhan yang penuh berkah, aku di temukan dengan jodohku yang kini amat aku cintai. Niera takkan boleh hilang insan seistimewa suami Niera. Niera akui Niera teramat bahagia bersama dia. Dia sumber kekuatan Niera. Dia imam, Niera makmum. Niera merajuk, dia tukang pujuk. Niera sedih, ada dia sebagai penenang. Dia segalanya! Allah tahu yang terbaik buat hambaNYA. Alhamdulillah. Terima kasih atas doa kalian :)


Wanita jangan mudah tertipu. Lelaki mudah bermain kata-kata. Jangan jadikan diri kita hamba mainan mereka. Jangan mudah diperdaya ! Utamakan apa yang utama. Please, Niera menyeru, say NO to couple! Buat habis duit, habis air mata, habis masa je semua tu. Niera ceritakan semua ini supaya ianya menjadi iktibar untuk semua. Boleh nak sweet-sweet, pegang-pegang tangan, bergambar berdua, tapi semua tu lepas nikah la. Tak de sape nak marah. Kan best bila kita sweet-sweet, manja-manja dengan yang halal buat kita. :)

p/s: Semua tulisan warna pink yang kat atas dan bawah ni adalah link yang ada cerita tersendiri.Jemput terjah. hee :)
Indahnya Bercinta Selepas Kahwin [Part1]
Indahnya Bercinta Selepas Kahwin [Part2]
Sekitar Majlis Perkahwinan [Entry Bergambar]

Assalamualaikum.
Pray4Gaza!


22 000 Budak Comel:

mujagirl92 mujagirl92 said...

terbaca dari awal hingga akhir,, hehe,, terharu,, http://mujadafewa.blogspot.com/2012/11/12-samsung-galaxy-s-iii-to-be-won-who.html best giler nih!!! join la,, senang sangat amat je :)

NURUL FILZAH NURUL FILZAH said...

pesan kak niera sama dgn pesan ibu Nurul ..

Unknown Unknown said...

tahniah kak niera . berjaya mendirikkan masjid . semoga berkekalan hingga air hayat dan di dunia akhirat amin :D

Unknown Unknown said...

semoga cepat mendapat cahaya mata ye. Hehe ^^

The ShomeL TwinZ The ShomeL TwinZ said...

smga cinta akan kekal bersemi :)

Cik Fie Cik Fie said...

btol ! say no to couple :)

Ahmad Sabree Ahmad Sabree said...

mun...
ish2..
sweetnyeeeee...

Unknown Unknown said...

kak niera wat saya nak kawin ja :) hehe . saya setuju dgan apa yg kak niera cakapkan . in sha Allah , saya pun nak jadik macam kak niera jugak . kak niera idol saya :) syg kak niera .

Unknown Unknown said...

sweetnyaa niera :) semoga sentiasa begini buat niera dan suami :))

Eyqa Hasnan Eyqa Hasnan said...

Eyqa selalu harapkan perkahwinan atas pilihan keluarga . Hopefully tertunai impian eyqa . Hihi :3 Semoga berbahagia niera .

Unknown Unknown said...

@Eyqa Hasnan sama la kita :) hehe

Unknown Unknown said...

Lyeen baca stiap entry niera tu dah..:) mmg terharu dgn cinta selepas nikah..:) btapa mulianya bercinta dgn yg halal..:) Lyeen sentiasa berdoa dan berharap kearah itu..semoga dgn nawaitu yg baik ni smuanya baik2 je..dan untk niera..tahniah dan alhamdullilah..ketentuan jodoh niera mmg sgt hebat, romantik ..Maha suci Allah yg merancang smuanya mnjadi sgt sempurna..Thaniah niera dan semoga gembira selalu..^_^

Unknown Unknown said...

nikmatnya bercinta selepas nikah... kak pun nak macam tu juga... ^_^

Maria Menado~ Maria Menado~ said...

=)

Siti Nuur Hidayu Siti Nuur Hidayu said...

seronoknyaaa! jeles tgk org & sahabat2 yg berjaya raih cinta halal ^^

baca cerita2 mcmni seryes buat hati terdetik "so, tak payah jeles tgk kapel2 kt sekeliling... biar diorg lak jeles dgn cinta halal aku 1 hari nanti"

thanx a lot! <3

sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa said...

so sweet..hheehhe

Unknown Unknown said...

salam..alhamdulillah...ALLAH da permudahkan sgl urusan kalian

Unknown Unknown said...

sangat sweet..alhamdulillah allah permudahkan smua urusan..:)

Nik Ainaa Nik Ainaa said...

thanks for nice entry! semoga akak dpt tempuhi hari2 yg mendtg bersama suami. :)

Atiqah Ivy Atiqah Ivy said...

entri ni penuh dgn nasihat..
pon rasa nak share yg ni...bule?
^_^

Sheila Salim Sheila Salim said...

Assalamualaikum bestnyaaa. ohh tarikh kita nikah 27 mei. awal sebulan daripada niera. hehehe. sheila doakan kalian berbahagia hingga ke syurga. insyallah :)

Ahlul Albab Ahlul Albab said...

barakallahu fik. semoga berkekalan kak aisyah humaira. semoga akak menjadi isteri yang solehah. Insha ALLAH.