Saturday 24 November 2012

Tahniah Buat Rakan Seusia Yang Telah bergelar Mama

Seusia 20 Tahun, ramai remaja yang masih 'enjoy' bersama teman-teman tapi buat diriku dan yang lain yang sudah pun bergelar isteri tidak lagi begitu. Dalam minggu ni, Niera dapat tahu banyak berita terkini tentang kawan-kawan yang seusia dengan Niera. Ada yang dah bertunang dan nak kahwin bulan 12 ni, Ada yang dah nikah, Ada yang putus cinta, Ada yang mengandung, dan ada juga yang telah bergelar MAMA ! Bestnyaaaa :D
Nak jugak ! Nak jugak ! Heehee. Niera bila lagi nak jadi mama? In shaa ALLAH, lambat lagi. Kami merancang Allah menentukan. Lagipun kami masih lagi belajar. Sabak nohh. :)

AFAZRIN EKLIMA
Ini sahabat niera semasa kami sekolah rendah lagi. Dah lama sangat tak jumpa dia. Nak dekat 8 tahun jugak la. Bila dah jumpa kat facebook, tup2 tahu dia nak kahwin dah. Wah ! Excited je bila tengok member kahwin tapi Niera tak datang majlis dia. Sibuk sikit masa tu. Dan yang terbaru, dia upload gambar baby comel. Alhamdulillah dia baru je selamat melahirkan seorang putera sulung yang diberi nama Muhamad Asfan Arish pada 20/10/12 . Tahniah !


ROHANZAMZAFAMIZIN
Unik kan nama dia? Ini sahabat Niera dari sekolah menengah. Habis je SPM, Niera dah tak jumpa dia dah. Lebih kurang 3 tahun la. Dapat tahu perkembangan dia pun dari facebook jugak. Bila dia buat event jemput kami datang majlis kahwin dia, memang agak terkejut la sebab macam tiba2 je dia nak kahwin. hehe. Dalam diam-diam rupanya dia ni. Awal perkahwinan dia, alhamdulillah dia disahkan mengandung. Dan kini dia dah pun selamat melahirkan seorang puteri yang diberi nama Mariam al Muqaddisah. Nama unik macam mama dia la kan? hihi.

Buat korang berdua, Niera doakan korang sentiasa sihat dan bahagia dengan suami dan baby ! :) Seronok tengok bila kawan-kawan bahagia. Alhamdulillah. Tak lupa juga buat blogger yang telah disahkan hamil yang juga seusia dengan Niera , IRINE NADIA dan juga DENA BAHRIN. Semoga korang boleh study dengan baik disamping boleh jaga baby dalam kandungan. Moga-moga baby pun boleh curi ilmu yang korang dengar dan belajar. :)

TAHNIAH !



15 000 Budak Comel:

Anonymous said...

wah..cute nye.nama pun unik...

Unknown Unknown said...

tahniah buat mereka berdua ;)

Unknown Unknown said...

dua-dua unik je nama..=D

in shaa Allah akan ada rezeki buat niera..=)

Hana Hana said...

sabar2 panjang lagi perjalaan sebelum bergelar isteri n mama.hehe

Kekzamanis Kekzamanis said...

Seronoknya dengar ramai rakan2 yang dah mula pregnant dan ada yang dah selamat bergelar ibu.. MM pun teringin sangat nak merasai pengalaman seperti mereka.. Tapi segalanya ketentuan Allah.. Mungkin belum tiba masanya untuk MM menimang cahay mata sendiri...

Syuhada Nasya Syuhada Nasya said...

tahniahh.. comeynyaaaa

Unknown Unknown said...

Alhamdullilah..seru mereka sampai awal..:) Mereka seumur lyeen juga la..T_T Tapi lyeen x khwin lagi...

Mohon doakan lyeen bertemu jdoh yg baik2 dgn pantas..hikhik.:P

niera Jum join GA Lyeen http://dewisyifaindehouse.blogspot.com/2012/11/cik-lyeens-giveaway.html

Eiqa Almond Eiqa Almond said...

Kita sebaya laa Niera tp eiqa x khawin lagi, ehehee Ramai kan kawan yg sebaya kita yg dah khawin. Ada anak lagi, kadang2x bila kawan datang rumah bawak anak dia rasa ishh bila laa aku nak ada anak, hehehee :D

nabByla nabByla said...

nak kawen jugak !!!
*hehe gatal. :D

✿INA AINAA✿ ✿INA AINAA✿ said...

umo kita sama la aisyah, tapi ena ni baru je bertunang.. jeles sangat2 tgok Aisyah, dena bahrin dan yg lain dah berkahwin... Doakan ena supaya dipercepatkan jodoh.. =D

Alhamdulillah, tahniah kepada kawan2 aisyah.. syukur dengan rezeki Allah ni

Syazwani Zunidan Syazwani Zunidan said...

Tahnaih , kepada kawan kak niera :)
comelnya bayi tuu :D

Cik Fie Cik Fie said...

kak , tgk entri ni boleh x ? saya dah review blog akak . hihi :)

http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/11/review-blog-19.html

insan_marhaen insan_marhaen said...

Tahniah...buat kengkawan niera..mjoga tuan belog jg akan melengkapkan baitul muslim dengan kehadiran cahaya mata..

THE AUTHOR THE AUTHOR said...

Bunting pelamin kawan awak ni....
Tahniah buat baby baru dia.

Sheila Salim Sheila Salim said...

Assalamualaikum, taniah buat mereka. bestnya dapat baby :)