MENDIDIK tidak sama dengan MENGAJAR atau
BERSYARAH dalam kelas atau bilik kuliah yang hanya memindahkan maklumat
daripada mereka kepada pelajar kemudian dimuntahkan dalam peperiksaan
konvensional.
MENDIDIK lebih luas pengertiannya, merentasi sempadan masa, jawatan, gred dan sistem yang ada. Ia bukan sahaja memindahkan maklumat, bahkan turut memastikan maklumat itu difahami, dihayati, diamal sehi
ngga mengubah seseorang itu menjadi manusia yang hebat dengan IMAN dan TAKWA.
MENDIDIK perlu adanya pantauan, wujudnya ikatan hati yang utuh antara pendidik dan orang yang didik sehingga akhir hayat. Itulah TARBIAH (DIDIKAN) Nabi SAW.
DIDIKAN Baginda telah melahirkan manusia yang hebat. Selepas Baginda wafat pun, usaha itu tidak terhenti, bahkan jasanya dalam mendidik manusia terus tersemat kuat dalam hati UMMATNYA.
MULIANYA pengorbanan Nabi untuk kita. Allahuakbar!
5 000 Budak Comel:
mendidik mana sama dgn mgajar. serius benar itu.
mendidik juga memerlukan kesabaran yang banyak
Mendidik itu lebih luas konteksnya..mendidik utk melahirkan manusia yg betul2 manusia..:D
kalau mendidik , kena betol2 serious .
mmg terasa perbezaan tuh
Post a Comment