Tuesday 23 April 2013

Agak-agaklah Bila Bergurau

Semua ada hak nak ceria dan menceriakan. Semua boleh bergurau senda tak kira sesama keluarga mahupun rakan taulan. Tapi gurauan juga boleh membawa kepada masam muka, pergaduhan dan salah faham. Semua orang ada hati untuk dijaga, Jaga hati orang, insyaALLAH hati kita turut terjaga. Serius, Niera terasa kata-kata awak. Niera tahu Niera tidak sekurus awak, tapi kenapa kata macam tu? 

 
Actually, saya rindu sangat kat awak, sebab kita lama tak jumpa. Bila lama tak jumpa, saya happy sangat sebab tiba-tiba saya jumpa awak di surau fakulti saya. Terima kasih kerana menegur saya. Tapi saya 'sentap' bila tiba-tiba awak bersuara dan berkata.. "Ya Allah, Mun, ko terlebih zat ke ni?" "Dah macam anak gajah aku tengok,haha" Serius, saya terpaku ! "Anak gajah? Yelah, aku kurus salah, gemuk salah, mati je lah. Baru kena dengan semua orang kan?" Saya membalas kata-kata awak penuh emosi dan sakit hati. Kerana saya letih melayan kata-kata penuh mengguris hati saya. Ramai kata saya semakin berisi, tapi tidak sampai mengatakan saya anak gajah. Saya sedih ! Serius sedih ! Gemuk sangat ke saya sampai macam tu sekali? Saya malu bila awak cakap macam tu dan orang-orang dalam surau tu dengar apa yang awak katakan. Ya, saya tahu awak bergurau sebab saya kenal awak memang seorang yang suka bergurau. Tapi agak-agaklah bila bergurau. Jangan sampai mengguris hati orang lain. Saya juga tak sempurna, maafkan saya. 
Tapi saya hairan, sejak insiden hari tu, awak seolah-olah buat tak kenal saya bila kita terserempak. Sudah tak tegur saya, saya sedih namun saya terfikir, salah saya kah ini semua terjadi? Kenapa? Saya tahu awak akan membaca hasil tulisan di blog saya, saya tahu awak je ada jawapannya. Maafkan saya jika saya yang bersalah.
Untuk pengetahuan awak, saya memang sensitif bila orang cakap saya gemuk, Sebab itu akan membuat saya makin tension seterusnya saya akan bertambah-tambah gemuk. Cuba tanya orang yang berbadan besar, suka ke diorang kalau kita panggil atau hari-hari kita cakap dia gemuk? Lama-lama dia akan menjauh dari kita sebab asyik makan hati dengan kita. Sebab tu dari sekolah tadika lagi, saya suka cari kawan berbadan besar sebab hati diorang sangat lembut. Baik. Kawan baik saya kebanyakannya berbadan besar. Kebanyakan diorang kat sekolah, semua baik-baik dan diorang ni antara yang susah dapat kawan. Sekarang masih ada tak macam tu? Hehe, sebab masa tu zaman 1999-2004. Tapi tak bermaksud kawan yang tak gemuk tu jahat atau hati tak sensitif. Masing-masingkan punya hati. Berkawanlah dengan semua orang tapi jaga adab berkawan. Gurau jangan lebih-lebih.
 
 
 
Saya tahu awak akan baca entry ni sebab awak suka datang blog saya kan? Walaupun awak bukan blogger. Saya doakan supaya awak ada gerak hati untuk baca entry ini. Saya tak marahkan awak, cuma sedikit kecewa dan terkilan. Maafkan saya :)
 
Jangan mudah bergurau hal-hal sensitif, hargai perasaan orang lain ye. :)
 

24 000 Budak Comel:

Alia Ali Ahmad Alia Ali Ahmad said...

ye akak . saya setuju dengan akak .. apa pun sabar keyy . kadangkala niat cuma nak berfgurau kan ,, ttpi terlepas lebih3 ..

Miss Wawa Miss Wawa said...

setiap org ada cara dia tersendiri. mungkin itu cara dia bergurau. hati wanita lembut, mudah tersentuh. :')

Unknown Unknown said...

ya betul nk bergurau kita kena tngk tmpt,keadaan dan situasi..guraun begitu mmg tak patut la..

Aina Areen Aina Areen said...

heyy. comel laa kak niera :D

~ Aten Story ~ ~ Aten Story ~ said...

salam akak..hiraukan ape org nak cakap..janji akak jadi diri akak sendiri kn..aten suke sgt singgah blog akak..tak semestinye org yang gemuk perlu dihina kn..tapi x ap..akak tetap comel dimata aten...semoga akak bersabar k.. :)

Mila Ahmad Mila Ahmad said...

setuju sangat bila bergurau tu ada batasnya bila tengok orang tu kepala gila-gila suka hati je nak bergurau kasar macam tu.

Unknown Unknown said...

sabar ya. im quite chubby jugak :)

tapi kann, hda rase gemok atau kurus bukan kayu ukur klu kite nak kwn dgn org, sbb alhamdulillah lah, hda ramai kawan even im fat. sometimes

hda ade kwn yg skinny, tp kwn dye boleh kire dgn jari.

so, moral of the story, kwn dengan semua org :)

Shad Shad said...

kadang2 kita rasa hepy, sedih dan kecewa sbb banyak ragamnya manusia ni..
baru happening hidup ni.. tapi untuk menggelar seseorg dgn nma yg tidak disukainya, itu tidak baik.. :)
~ tak kira apa yg berlaku, senyum aja, sebab dgn senyuman tu je boleh membunuh segala mcm perasaan yg kurang enak.. (trpnjg pulak komen ni)

Anonymous said...

sabar ye kak,, biasa la mulut orang,, mungkin dia tak sengaja kot,, huhu yang penting buat tak tahu je :)

FatihahFazlin FatihahFazlin said...

lagi ramai orang yang kita kenal, lagi banyak ragam yang akan kita lihat..

Nur Nainis Nur Nainis said...

Bergurau memang ada batasnya. Kalau sampai menyakitkan hati orang lain, itu bukan bergurau. Tak pasal2 dapat dosa kering. Fahamilah maksud bergurau itu.

THE KEHALUSAN KELEMBUTAN THE KEHALUSAN KELEMBUTAN said...

niera.. sabar erk.. yana fham sgt2 apa niera rasa. sbb yana pernah rasa.. yana pun Chubby jugak..

^_^

ejulz ejulz said...

gemuk ker? x nampak gemuk pun.. asalkan sihat sudah memadai.. apa guna kurus kalau sakit ada di mana2..?

Unknown Unknown said...

disebabkan dia kawan niera, maafkan dia... mungkin kita tak sedar kita pernah mengguris hati dan perasaan org lain..mungkin allah nak tunjuk ke... apa2 pun, niera xgemuk lahh.. cute ada lah...

p/s:amal suka tengok niera pakai stokin..

hazwan hairy hazwan hairy said...

wahh boleh tahan juga mulut kwn tu..

Unknown Unknown said...

gemuk ke ? ok je tengok.. sabar jela kak..btw, kalau ira pon, ira terasa xD

zAnA hAmDaN zAnA hAmDaN said...

sabar ea. hanna punn terasa jgk kadang-kadang. tapi xpe, tuu namenya kite bahagia. kesian 'dia' xdpt kebahagiaan mcm kita ni. :)
even mun da berisi(jgn touching!), still u look very cute and beauty! may be, she jealous laa kot. hehe

Unknown Unknown said...

ninaa pon same . nina tak kurus
+ slim mcm org lain , kawan2 nina pun slalu bergurau kasar walaupun sambil ketawa . bdan macam mak orang lah , bapak gajah lah , dia ingat kita ni xde perasaan ke

Unknown Unknown said...

sabar ye kak..

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ ◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

niera syg.. sy selalu je kena even sejak beranak ne.. bdan memg plus2.. tapi sb da biasa tak buat kesah da.. huhu

Bunda_nora Bunda_nora said...

assalam, salam ukhwah dari bunda..

Amirah. Amirah. said...

huhu betul tu.. bergurau pun ada hadnya.. jgn smpai mengguris hati org lain.. sabor je lah (:

Unknown Unknown said...

saya pun selalu kena mcm niera. sabar je.. lame2 buat tak tau je org cakap ape

Cik Fie Cik Fie said...

kena sabar ye kak :)