Thursday 25 April 2013

Minggu Yang Sangat Sibuk

Fuh fuh fuh, lama tak dapat peluang online mcm ni, line laju dan best, ini pun dapat rasa setelah sampai ke bumi library usim yang penuh dengan wifi free. Haha. Minggu ni sangat sibuk, sangat tension, sangat apa lagi, semua sangat-sangat lah yang penting ! Assignment bertimbun, test macam explorace, dan juga macam-macam benda kena settle. Meeting sana, meeting sini. Fuhh ! Buat segmen untuk blogger pun terpaksa tamatkan lambat, adushh, sedih ! Tapi takpe, nnt cuti hari pekerja, Niera bw slow-slow kat blog korang, okay ? :)


Assignment Bertimbun.
Cerita bab ni, eleh, semua orang pernah alami kan? Biasalah, student suka buat last minute, Niera pun kategori tu lah. Memang best buat last minute ni, sebab boleh rasa tidur jam 4 @ 5 pagi kan? Lepas tu pagi esoknya mengantuk + penat tak tau nak kata apa kan? Itulah yang terjadi pada minggu ini. 


Quiz/Midterm Test.
Ni lagi satu benda menarik yang terjadi. Minggu ni, hari selasa hari tu, kami ada midterm fiqh munakahat jam 1petang. Tunggu dalam dewan awal, tapi lecture tak sampai-sampai, Dalam 1.20petang barulah dia datang then bagi tahu tukar dewan. Ok takpe, redha asalkan ada semangat nak jawab exam hari tu. Sementara tunggu semua duduk, ustaz pun edarkanlah soalan-soalan yang ada kat tangan dia. Kemudian dia tanya, sape nak jawab esok, boleh keluar dewan dan jawab esok. Niera? Confirmlah nak jawab hari tu jugak. Ahh, banyak benda lagi nak fikir esok. So, stay je kat tempat duduk.Lama tunggu, tup-tup kertas habis ! Ahh, tidakkk !! Yang tak dapat kertas, jawab esok?? Esok ada exam Sam'iyat Pulak ! Ustazz..Memang terbaik macam ni ! So, dengan wajah penuh kecewa, ramai lah yang keluar dewan untuk amek test tu esok je lah. Niera, dayang, dengan fify pun bergerak lah ke surau FKP untuk solat, memandangkan dah pun hampir jam 2. Selesai je solat, ada kawan kami mesej, kalau nak amek exam, boleh tapi pergi ke FSU, masuk kelas tutor sekian sekian. Apa lagi, berdesup kami kesana dan rupanya dalam kelas tu dah penuh. Habis je diorang jawab, terus tanya ustaz kitorang nak jawab hari tu jugak. Ustaz pun ajak lah kami bertiga ni jawab exam dalam bilik ustaz. Fuhhh ! 1st time jawab dalam bilik lecture. Alhamdulillah, selesai. Esoknya, Rabu, tibalah masa untuk menjawab exam Sam'iyat, malam tu dah doa siap2 dah, mintak-mintak batal sebab tak baca langsung akibat buat assignment ! Haha. Tup2 memang betul, batal dan tunda ke hari isnin. Hooorayy!!



Kesimpulannya, duduk universiti memang sibuk dan kena pandai bahagi masa. Kalau tak, pengsan lah kita di tengah jalan. Hehe :)

14 000 Budak Comel:

THE KEHALUSAN KELEMBUTAN THE KEHALUSAN KELEMBUTAN said...

gudluck niera ! moga kuat!
Yana pun selau buat kerja last minit.. semagat lebih ..hehe

Unknown Unknown said...

tau takpe, ari rabu meeting, isnin selase attend kelas, khamis jumaat buat esaimen and prepare for the midterm. weekend? meeting tak habeh2 >.<

Maria Firdz Maria Firdz said...

buat yg terbaik utk exam ea... moga berjaya... :)

Anonymous said...

wah,, ni yang cuak ni nak masuk u ni,, huhu

Mar Mansor Mar Mansor said...

ye betul tu...
tp seronok...belajar & bekerja,perkara y tidak sama...bila abis blaje..keje (fresh)..mmg kena kuat & bsedia utk perubahan..

Shereen Yahya Shereen Yahya said...

alaa , rasa rindu plak zaman belajar , hehe , padahal baru sebulan cuti sem .

Unknown Unknown said...

sy x nak last min study lg. tensionnnn hahahaha.

Nory Zoulkefle Nory Zoulkefle said...

semoga dipermudahkan segalanya...
good luck ok..

Afiqah Alias Afiqah Alias said...

sama laaa kitaaa....

FatihahFazlin FatihahFazlin said...

memang sibuk..kadang rasa tak nak buat dan nak balik rumah je..huhu..tapi kalau time hari-hari free, movie la jawabnya..

Nur Aneesa Nur Aneesa said...

Kakak :) Neesa pun sibuk sama :)

Chel Alalguring Chel Alalguring said...

good luck., study memang cam tu. haha

THE AUTHOR THE AUTHOR said...

Tak mahu lalui zaman peperiksaan..

Ainim Rashihah Ainim Rashihah said...

takpe, susah dulu sekarang..nanti dapat hasilnya, baru puas hati..nanti bila dah abis belajar, sume tu akan jadi kenangan.. :)