Doakan juga untuk Niera semoga mudah jawab soalan esok. Last paper for this semester. Yeay !
Tuesday, 25 June 2013
Istimewanya 27 Jun Tahun Ini
Friday, 21 June 2013
Tips Menjadi Isteri Solehah
- Apabila berbual bercakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring atas ribaan. Biasanya buat selepas solat, lepas tu usap kepala pasangan.
- Cuba masak apa yang pasangan suka. Walaupun mungkin tak sedap, tapi tak salah kalau kita sentiasa mencuba kan?
- Temankan pasangan apabila dia melakukan kerja bersendirian pada waktu malam.
- Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.
- Mengemas tempat tidur umpama baru kahwin. Buat suasana yang sentiasa romantis.
- Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerja yang dibuat dan orang yang ditemui.
- Bila pasangan tak sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan umpama baru kahwin.
- Beri tindak balas positif bila dengar pasangan bercerita atau membuat lawak.
- Salam/peluk/cium pasangan sebelum pasangan mula bertugas. Hantar ke muka pintu dengan wajah yang ceria dan comel gitu. Senyum.
- Jangan lokek mengucapkan terima kasih setiap kali pasangan membantu kita.
- Mohon maaf segera andai terasa kita melukakan hatinya dan segera memaafkan jika si dia terlupa akan sesuatu untuk anda.
- Ucapkan kata-kata rindu dan cinta setiap hati. Kalau boleh, puji pasangan sebaiknya.
- Doakan pasangan bahagia di dunia dan akhirat. [tanpa pengetahuannya]
- Cuba penuhi permintaan pasangan sebaiknya dengan perasaan ikhlas.
- Elakkan membebel yang berpanjangan kerana biasanya lelaki enggan mendengar bebelan yang mengarut. Harus diingat, bebel dan nasihat tidak sama.
- Bila berselisih faham, elakkan mengungkit perkara lalu, cuba fokus pada masalah itu sahaja.
- Percaya pada pasangan, jangan cemburu tidak bertempat.
- Sentiasa berhias untuk suami, kekalkan kecomelan di mata suami hatta ketika berbantang sekalipun !
- Didik anak dengan baik dan penuh kasih sayang dan terapkan didikan agama kepada mereka.
- Pastikan rumah sentiasa bersih agar suami tenang bila berada didalamnya. Jadikan rumah sebagai syurga dunia buat suami.
InsyaALLAH, ini sebahagian tips yang boleh Niera cuba kongsikan. Selamat Pengantin Baru buat mereka yang bakal mendirikan rumah tangga dan semoga kalian semua sentiasa bahagia dan didalam lambayung kasihNYA. Ameen.
Thursday, 20 June 2013
Beberapa Hari Sahaja Lagi #MesirAkuDatang
Doakan Niera berjaya habiskan menjawab final exam sehingga 27/6/2013 ni dan selamat terbang ke mesir pada 29/6/2013 ni. Semoga kalian yang sudi membaca coretan kali ini juga dibawah rahmatNYA. Ameen.
Sunday, 16 June 2013
Review Pemenang Contest Headerku Owsem
Ya Allah, give me the knowledge and wisdom to talk to people about your beautiful Islam. Ameen.
80% Persiapan ke Mesir Telah Siap
"Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusan."
Friday, 7 June 2013
Bahang Final Exam Makin Terasa !
11/6 : Fiqh Munakahat
12/6 : Creative Thingking
14/6 : Research Methodology
21/6 : Agama Samawi
25/6 : Falsafah Perbandingan Akhlak & Moral
25/6 : Falsafah & Isu Tasawuf
27/6 : Sam'iyyat Wal Imamah
29/6 : ...........
Thursday, 6 June 2013
Sedikit Yang Berterusan Lebih Baik
Pepatah arab berbunyi :
قليل دائم خير من كثير منقطع
(Sedikit yang berterusan lebih baik daripada banyak yang terputus)
Kesimpulan :
قليل دائم خير من كثير منقطع
(Sedikit yang berterusan lebih baik daripada banyak yang terputus)
Kesimpulan :
1)Pepatah ini menyokong hadis Nabi s.a.w : أحب الأعمال إلى الله أدومها وإن قلّ(( Amalan yang paling disukai oleh Allah s.w.t adalah yang berterusan walaupun sedikit )) Riwayat Al-Bukhari
2)Barangsiapa yang mencari rezeki haram, ia hanya sekejap dan tidak akan berterusan berbanding dengan rezeki halal kerana barakah hanya pada
yang halal. Kaedah dalam syariah menyebut :من استعجل شيئا قبل أوانه عوقب
بحرمانهBarangsiapa yang mencari sesuatu dengan segera sebelum tiba
masanya, dia akan terhalang daripada mendapatkannya
3)Dapat
mengerjakan amalan soleh, biar dapat solat witir setiap hari daripada
solat tahajjud 20 rakaat hari ini tapi esok dan seterusnya tinggal
terus. Ini disebutkan dalam hadis Nabi s.a.w ketika Baginda s.a.w
bersabda kepada Abdullah Bin 'Amr Bin Al-'Ash :يا عبد الله لا تكن مثل
فلان كان يقوم الليل فترك قيام الليل(( Wahai Abdullah, janganlah engkau
jadi seperti seorang itu. Dulu dia bangun malam tetapi dia telah
meninggalkan qiyamullail tersebut )) Riwayat Al-Bukhari