Wednesday 7 August 2013

Pantun Riang-Ria di Hari Raya



Ramainya anak bersuka ria,
Menanti lebaran kian menjelang;
Kunjung mengunjung amalan mulia,
Perkasa ummah islam dijulang.

Bermain mercun di tepi rumah,
Suasana malam diterangi bulan,
Ramadhan pergi penuh sejarah,
Moga Umur sentiasa dirahmati Tuhan,



Berbaju melayu tampak anggun,
Duduk bersimpuh si anak dara;
Tersalah kata mohon diampun,
Itulah adat manusia biasa

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.



Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,

Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,



bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwa.

Memukul gendang pelbagai gaya
Amat meriah riang gembira
Ramai bertandang di hari raya
Tersenyum riang sanak saudara



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN

3 000 Budak Comel:

THE AUTHOR THE AUTHOR said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat Semua Rakan-Rakan Blogger ..
Blogwalking Malam Raya...hehehehe.

Dari Hanif Idrus Blog and Family.
Thanks be my friend

Fi Fi said...

Selamat Hari Raya Aidildfitri :D Maaf zahir batin

ainil fazieda ainil fazieda said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri ^^