Wednesday, 11 January 2012

hati-hati ketika bergurau :')



“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

adakalanya kita tidak merasa sedih dengan kata-kata kawan kita sebab kita selalu anggap itu semua gurauan. betul kan? tapi ingin niera tegaskan kat sini,kita semua manusia. punya hati dan perasaan. kadang-kadang tu boleh tapi jangan selalu. buatlah 5 tahun sekali ke. 10 tahun 3 kali ke. kalau dah hari yang sama, ramai "gurau" yang sama, macam mana kita pasti yang tuan bunya badan tidak sedih?

kepada yang gemuk
maaf niera kata kat sini, tapi anda jangan risau kerana niera juga seperti anda. bayangkan kalau anda dikatakan GEMUK berulang-ulang kali oleh orang yang berlainan pada hari yang sama.

A: eh,ahmad ! ko macam belon la hari ni..
B: ahmad, ko sorang je yang makan banyak ni wei. oh,aku paham. tengok badan la kan.
C: dalam adik-beradik ko kan ahmad, ko ikut badan sape?
D: eh ahmad,kawan ko la tu (sambil tunjuk ke arah gajah)

ya ! pada mulanya kita akan ketawa bersama-sama.. tapi kalau dalam satu masa,semua berkata benda yang sama,tidakkah itu menjadi tekanan padanya..maaf, ahmad hanya nama samaran :')

kepada yang pendek
maaf juga dengan perkataan ini tapi anda tetap tidak perlu risau kerana niera juga pendek seperti anda malah lebih pendek. niera hanya mempunyai tinggi 144cm sahaja. ye,niera tahu niera PENDEK. buat pengetahuan umum,ye ketinggian niera dari darjah 6 sampai umur 20 sekarang ni, masih SAMA !
tolong jugak bayangkan situasi si pendek yang mana sama dengan si gemuk tadi. bolehkan? tidak pelikkan kalau kita jumpa orang yang PENDEK + GEMUK :')

maaf, tapi jangan risau, niera lah orang itu :')

jangan salah faham dahulu, ya,mungkin ada yang mengagak niera mungkin tidak bersyukur. astaghfirullah, mana mungkin niera tidak bersyukur? niera bersyukur kerana ibubapa niera masih menggelar niera anak yang baik. niera bersyukur kerana adik-adik niera semua sayangkan niera malah begitu takut jika kehilangan seorang kakak seperti niera. niera bersyukur kerana niera masih berpeluang menikmati nikmat iman dan islam. niera bersyukur kerana ibubapa niera terus-terusan menyokong niera dari belakang. niera bersyukur kerana niera dapat membahagiakan ibubapa niera. niera bersyukur kerana niera dapat hidup dalam sebuah keluarga yang begitu sayangkan niera. niera masih bersyukur kerana niera masih mempunyai ibu dan bapa.
alhamdulillah :')



sahabat2 semua, niera bukan sebaik dan setabah yang disangka. kadang-kadang air mata ini tetap mengalir. kerana niera juga manusia biasa. niera tahu niera banyak juga kelemahan daripada anda. mungkin dengan cara anda "bergurau" boleh menggembirakan hati orang lain tapi ingatlah bukan semua sama seperti kita. cuba kita letakkan diri kita sebagai seseorang itu.kadang-kadang benda yang dah biasa kita dengar kita tidak akan terasa, malah kita lali dengan gurauan tersebut. tapi sampai satu saat, orang yang dikata itu akan terasa. percayalah. mungkin itu menjadi bahan gurauan buat anda dan boleh menggembirakan hati anda tapi ingat,itu merupakan kata-kata yang memberi tekanan dan sedih sebenarnya buat si dia.

kepada kawan-kawan yang mengenali niera, niera mohon maaf atas kelemahan ini.niera mengharapkan kawan-kawan yang ikhlas berkawan dengan niera. jangan malukan niera sebegitu :') ya,hari ini niera agak sedih dengan gurauan anda. tapi jangan risau,niera okay :') kawan-kawan,jika niera pernah melakukan kesilapan diatas, niera mohon jutaan maaf.




“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)


niera juga tidak sempurna, 
kawan-kawan,tolong maafkan niera :')


11 000 Budak Comel:

pelangi haty pelangi haty said...

salam sayang munnirah,,

jgn sdey syg ,, awk adlah kwn yg ckup istimewa pd saye,, awk yg salu bg kate smngat kat sye bile sy sdey n tak konfident,,sye pnh rase ape yg awk rase,,

sabar syg,,ALLAH sentiase brsame gan org yg sabar :)

Nur Syazana binti Boimen Nur Syazana binti Boimen said...

awak..jgn terlalu bersedih...kita pon kdg org buat main nama bpk..mule2 skdr gurauan ..dan akhirnya rse cam dipijak-pijak pulak...niera..sabar ok??maaf juga klu zana ade terlebih bergurau dgn niera...

Nur Syazana binti Boimen Nur Syazana binti Boimen said...

@pelangi haty
cik pelangy hati..maaf kan saya kalau terlebih bergurau dgn awak..

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@pelangi haty
terima kasih kawan..sbb selalu ada untuk niera :')
niera rindu kalian..
korang suka bekap niera kan.. :)

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@yana boi a.k.a budak gemowk
terima kasih awk..syg awk..awk x de buat salah apa2 pun :')

zAnA hAmDaN zAnA hAmDaN said...

sbr ea syg..jd kn gurauan dorg tu 1 ujian buat niera..
em,,klu dorg ckp cm 2 lg,,,niera ckp je blk:
"asal??korg jeles ke Allah bg kelebihan ni kt niera..."
btol x???he3~
jgn cdey2 ea~~~
Allah still by ur side n we all also!!!^-^

IeLa tU sAya.. IeLa tU sAya.. said...

mun..eh,niera laa..heee ^^
soe kalo iela ade wat slah..
tkut plakk..=_=
aq pun prnah mrase pe yg ko gaser..
mgkin lbih n sngat mmlukan..
be strOng my frez..
syang niera! >.<

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@zAnA hAmDaN
terima kasih syg :) insyaALLAH,mungkin ini menjadikan niera lebih kuat.. ntahlah,kadang2 rasa orang suka main2kan kita atau dalam erti kata lain,suka bodoh2kan :'( tapi niera akan kuat ! :')

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@IeLa tU sAya..
mun ke niera ke,sama je..nee..x lari pun nama munirah tu :) iela x buat salah pun :) roomate terbaik plak tu..hehe :)

Cik Kidal Cik Kidal said...

muhasabah diri~ bergurau pun ada batasnya.. tq niera!

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@Cik Kidal
sama2 muhasabah diri :')