Niera bukanlah orang yang hebat dalam menyusun kata, atau bermadah pujangga tapi Niera cuba kongsikan kali ini 10 sifat calon suami yang baik. Kepada calon suami, tak lupa juga calon isteri, semuanya menginginkan kehidupan rumah tangga yang bahagia bukan?
Suamiku yang comel bersama anak buah kami, Dhia :)
10 sifat calon suami yang baik:
#Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
#Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
#Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
#Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
#Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
#Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
#Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
#Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
#Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
#Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
[Share]
16 000 Budak Comel:
akak, nak copy boleyh? lepas tue t saya letak sumber dri blog akak :)
boleh?
Indah nye jika dapat suami mcm ciri2 di atas
semoga berbahagia.. ^_^
Indahnya kalau boleh dapat calon yng begitu..syukur pada mereka yang terpilih.. :)
tQ dik for sharing.. :)
:)
rasa macam ta sabar na kawin tapi SPM ta lepas lagi hehehehe
Semoga berbahagia :)
@cik sweety boleh ja :)
Nice sharing niera . Suka sangat !
Tips yang bagus . leh jadikan rujukan . :)
ps : nak cakap banyak2 pun kite x kawin lagi :)
Wahhh , sosweett :) Hewheww . Nice tips ni :3
thniah kak niera!
semoga bahagia dan mendapat suami yang ada ciri2 di atas :)
# Wah ! Comelnya Header !! Sweet Sangat ^_^
semoga aku mempunyai ciri2 tersebut....hehehhe
Alhamdulillah niera dipilih berkahwin di usia muda... Layarilah BM kalian sebaiknya..perkahwinan itu sifatnya saling lenkap melengkapi kekurangan antara satu sama lain..moga bahagia..
Assalamualaikum dik, thanks sharing...
Post a Comment