Isterinya pula mengemas rumah dan kerja-kerja didapur. Setiap hari, lelaki tersebut akan berulang alik ke sungai, mengambil air bagi mengisi kolah di dalam rumah dengan menyandang dua buah tempayan. Malangnya salah sebuah tempayan itu sudah retak. Kesannya, air yang diangkut akan berkurangan kepada hampir separuh tempayan. Oleh yang demikian lelaki itu hanya mampu mengangkut air sebanyak satu setengah tempayan sahaja. Demikianlah berterusan selama satu tahun lebih.Satu hari, tempayan yang retak itu berasa sangat sedih. Diadukan rasa hatinya itu kepada lelaki itu.
"Maafkan saya kerana selama satu tahun lebih ini saya tidak mampu menjalankan peranan dengan baik.Saya rasa sedih sangat" kata tempayan penuh kesal.
"Kenapa kamu cakap macam tu?Kenapa kamu sedih?" tanya lelaki itu.
"Aku sedih sebab aku hanya mampu mengangkut separuh sahaja air disebabkan fizikal aku yang tidak sempurna ini".
"Kamu jangan sedih wahai tempayan. Dalam perjalanan balik ke rumah nanti, cuba kamu perhatikan di sebelah kanan jalan."
Lelaki itu mengangkut air seperti biasa dari sungai menuju ke rumah tuannya.
Namun tempayan itu tetap sedih atas kekurangan dirinya dan ketidakmampuannya memberikan khidmat terbaik kepada tuannya.
"Kamu sudah lihat di sebelah kanan jalan, bunga-bunga segar dan indah mekar di sepanjang jalan?" soal lelaki tersebut.
"Ya aku nampak. Tapi keindahan bunga-bunga itu tidak mampu mengurangkan rasa sedih dihatiku." jawab tempayan yang retak itu.
"Kamu tahu wahai tempayan. Sejak aku tahu kamu telah retak sedikit aku mula menanam
pokok-pokok bunga ini. Kamu tahu siapa yang menyiramnya setiap hari?"
"Tentulah kamu."
"Tidak, kamulah yang menyiramnya. Air yang meleleh keluar itulah yang menyiram bunga-bunga
itu selama ini. Kemudian aku akan petik bunga-bunga ini dan berikan kepada isteriku untuk dihias
dirumah tuan kita. Walaupun kamu sebuah tempayan yang retak, tetapi kamu tetap ada sumbangan."
Barulah tempayan yang retak itu berasa ceria kembali dan tidak gundah lagi walaupun ia hanya sebuah tempayan yang retak.
Pengajaran : Setiap manusia tidak sempurna dan ada kelemahan masing-masing. Namun Allah
tidak menciptakan kekurangan atau kecacatan itu dengan sia-sia. Pasti ada kelebihan dari sudut yang
lain dan pasti masih mampu memberi manfaat kepada ummah dengan caranya tersendiri.
10 000 Budak Comel:
mm.. kisah ni x pernah dengar tp mmg terbaek la
terkesan dengan kisah ni =) semua org bukan sempurna namun di sebalik kekurangan itu ada rahmat dari Nya
Sy baca kn kisah ni utk ank2 murid sy sbg motivasi...
Cerite ni menarik sngt..buat pengajaran utk kite semue.. ^_^
good story..
cerita yang ada pengajaran. :)
kisah yg mampu memberi pengajaran :) setiap kekurangan ada kelebihannya, begitu juga sebaliknya.. jadi janganlah bersedih jika kita merasakan diri kita kekurangan sesuatu berbanding orang lain :)
x penah dgr citer psl nie
tp menarik :))
ter'emo' baca kisah ni..T_T
betul3 :)
Post a Comment