jangan lupa follow mereka !!!

Saturday, 30 June 2012
Follower Pilihan Niera [Part 2]
- Blog Si Cantik Manis *blog sempoi,simple dan ringan!
- Blog Si Putih Gebu *blog budak 13 tahun yang awesome ! dia ni rajin promote segmen orang lain dan birthday dia 4 julai 2012 ni ! happy birthday :)
- Blog Hero Malaya *blogger baru dan blogger lelaki yang berjaya menarik hati niera
- Blog Budak Nakal *tak tahu nak komen apa tapi yang penting,tangan niera lincah masukkan dia dalam follower pilihan..dia terpilih !
- Blog Budak Romantik *blog dia cantik walaupun simple ! jealousnyer !
- Blog Paling Sweet *kita sama ! not a cat lover :)
- Blog Si Caring *simple tapi menarik la blog awak!
- Blog Budak Banyak Senyum *tahniah,awak menarik perhatian saya !
- Blog Gempak *blog ni mmg betul2 gempak !! rugi tak masuk !
Ini dah part 2..Ehh,jangan dilupakan follower pilihan niera yang part 1 okay :) jom follow mereka ! mana tahu,pilihan niera,pilihan anda juga :D
Saya Terima Awak Seadanya
saya baik dengan awak, tak bermakna saya cintakan awak.
tapi kalau ditakdirkan awak adalah orang yg telah ditetapkan untuk saya, saya terima awak seadanya :)
tapi kalau ditakdirkan awak adalah orang yg telah ditetapkan untuk saya, saya terima awak seadanya :)
cinta kadangkala menuntut pengorbanan dan tak semestinya orang yag kita cinta itu jodoh untuk kita tapi wajiblah bagi kita mencintai siapa pun jodoh kita :')
Terimalah seseorang itu seadanya kerana semua tidak sempurna kecuali cinta hati kita yang satu iaitu ALLAH :)
psssstt,jom follow mereka juga (link)
Friday, 29 June 2012
Janganlah Marah :)
♥ Jangan Marah Saat Ada Yang MENGHINA ~ Doakan Hinaan Berbalik Menjadi KEMULIAAN..
♥ Jangan Marah Saat Ada Yang MEMBENCI ~ Doakan Kebencian Menjadi KASIH SAYANG..
♥ Jangan Marah Saat Ada Yang MENYAKITI ~ Doakan Sakit Itu Berubah Menjadi KEBAHAGIAAN..
♥ Jangan Marah Saat Ada MASALAH ~ Doakan Masalah Kita Menjadi Ladang AMAL Yang Bermanfaat..
So,janganlah marah .. Kan sabar itu indah ? :D
psssstt,jom follow mereka juga (link)
Thursday, 28 June 2012
Dirimu Kini Sudah Ada Pengganti
Alhamdulillah,masalah ini sudah dapat diatasi..Kini dirimu ada pengganti..kan ku simpan kau sebagai kenangan terindah buatku..Terima kasih kerana sudi menemani hari-hariku dengan memberi perkhidmatan terbaik buatku..Tanpamu siapalah aku..Terima kasih mak ayah sebab bagi pengganti yang baru buat niera sebagai hadiah ulangtahun niera yang ke 20 semalam :)
kini dirimu dalam kenangan
hadiah ulangtahun ke 20 :)
Kini Niera sudah boleh dihubungi seperti biasa cuma sila nyatakan nama anda ye kawan-kawan supaya senang niera nak balas.. Wassalamualaikum :)
hadiah ulangtahun ke 20 :)
Kini Niera sudah boleh dihubungi seperti biasa cuma sila nyatakan nama anda ye kawan-kawan supaya senang niera nak balas.. Wassalamualaikum :)
psssstt,jom follow mereka juga (link)
Wednesday, 27 June 2012
27 Jun 2012 | 20 Tahun Sudah Hidup Di Dunia
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Hari ini genap sudah umur Niera 20 tahun..Sekejap masa berlalu..ingat lagi masa main tingting dengan kawan sekolah rendah sementara tunggu dijemput ayah untuk pulang 10 tahun yang lalu..ingat lagi masa mula-mula mencari pengalaman pertama bekerja di perak sementara umur masih 19 tahun dan digelar oleh anak murid dgn gelaran "kakak" semasa hari pertama mendaftar sebagai seorang guru kafa..kenangan yang masih utuh diingatan..kini melangkah ke angka 2 didepan dan itu menuntut kematangan dalam diri..kena kuat fizikal dan mental..
Terima kasih atas ingatan,ucapan dan penghargaan yang diberikan oleh rakan-rakan tak kira facebooker,blogger malah rakan seperjuangan..Lebih 100 ucapan dari facebook niera ucapkan dengan jutaan terima kasih..eh,ada juga yang pesan semoga cepat kawen..amboi3..insyaALLAH itulah yang diharapkan..kita merancang ALLAH yang menentukan..Tak kurang hebat juga buat blogger yang memberikan ucapan untuk niera di entry ini dan ini..Niera sangat-sangat hargai :') yang paling terharu,ada siap buat entry untuk niera :') di shoutbox niera juga ada terukir ucapan hari lahir..malah ada yang post di fanpage niera..terima kasih semua..Kawan-kawan niera yang wish di handphone,terima kasih tapi maaf niera tak tahu siapa anda semua sebab semua nombor niera hilang..inipun sim niera sahaja yang boleh digunakan..semua nombor hilang! :( sangat tidak syok sebab tak tahu nak gunakan free call tu untuk call siapa..Akhirnya,mak ayah yang bergayut..maklumlah,niera kan dah bagi tahu kat sini masalah niera :(
Apa-apa pun anda semua adalah yang terbaik ! ^_^
Tuesday, 26 June 2012
Follower Pilihan Niera [Part 1]
- Blog si cun *blog ni simple , ringan , tak banyak gadget merepek dan menarik hati niera!
- Blog budak manja *blog yang kiut dan cursor dia memang manja !
- Blog budak penuh kasih sayang *blog comel walaupun simple dan banyak promote segmen mahupun giveaway dan tak lupa contest !
- Blog ceria *blog ringan dan tema warnanya ceria memikat hati niera!
- Blog comel *ringan dan buat niera tersenyumtgk blog dia ni !
- Blog budak bijak
- Blog kiut miut *simple but nice !
- Blog kreatif *masuk je blog ni,niera dah senyum tengok header dia yang kiut !
- Blog simple *menarik hati niera untuk menjenguk blogger baru ni
9 BLOG DIATAS MERUPAKAN PILIHAN NIERA YANG PERTAMA..DISEBABKAN RAMAI YANG JOIN,JADI NIERA AKAN BUAT 3 KALI PILIHAN..PILIHAN KEDUA AKAN DIBUAT SECEPAT MUNGKIN..JANGAN RISAU,INSYAALLAH FOLLOWER ANDA MENINGKAT!NIERA AKAN PROMOTE HABIS-HABISAN UNTUK ANDA ! OKAY,JOM FOLLOW 9 BLOG BERTUAH DIATAS ! NANTIKAN PUSINGAN KEDUA,MANA TAHU BLOG ANDA DIPILIH!
Monday, 25 June 2012
Memperkenalkan MZ Training Consultant
Assalamualaikum..
MZ Training Consultant menawarkan pelbagai jenis program, kursus, seminar,perkhemahan mahupun ceramah yang berkaitan dengan motivasi, kerjasama berpasukan, kepimpinan dan aktiviti lasak. kami mempunyai jurulatih yang unik dan berpengalaman dalam menganjurkan, melaksanakan, menguruskan dan menjalankan kepelbagaian aktiviti dalaman mahupun luaran.Contact Us at Contact No. : 013 6757 461 (Mr Zulkefli Soho) Email : mztconst@gmail.com
InsyaALLAH Niera nak bagi maklumat sikit mengenai MZ Training Consultant..Anda masih tidak tahu? Itu kerugian yang sangat besar ! Kenapa?Kerana MZ Training menawarkan pelbagai jenis aktiviti yang tersebut diatas.Jadi bagi mereka yang inginkan aktiviti tetapi tidak tahu untuk berurusan dengan siapa,boleh la contact pihak MZ Training Consultant ini.. Apa yang Niera boleh share adalah MZ Training menyediakan fasilitator yang berpengalaman dan mereka adalah yang terbaik. Pasti tidak menghampakan anda. Kalau anda merupakan seorang ketua,guru atau pelajar dan ingin membuat aktiviti tetapi tidak tahu untuk memilih consultant yang mana,pilihlah MZ Training terutama untuk aktiviti outdoor. Maklumat lanjut boleh dapat dari blog rasmi MZ Training Consultant atau fanpage pihak kami.
Niera Tidak Dapat Dihubungi Buat Masa Sekarang
Allahuakbar..Maaf kawan-kawan,nira tak dapat dihubungi buat masa sekarang gara-gara camping minggu lepas..Oh tidak,handphone niera ikut mandi dan terjun ke dalam tasik .. Dah la tak perasan,after belajar berenang dalam sungai tersebut,5 minit lepas naik ke darat baru perasan yang phone dalam poket seluar..macam dah terlambat je rasanya untuk keringkan atau selamatkan nyawa phone tu tapi tetap la jemurkan dia..thats why niera tak balas mesej dan kol sesiapa waktu ini..harap maklum..dan rasanya semua nombor niera hilang..aduhh..apa-apa inform di fb atau di fanpage niera okay :)
pssstt,untuk segmen niera , insyaALLAH niera cuba usahakan untuk umum keputusan 27 jun 2012 okay :)
Assalamualaikum :)
Assalamualaikum :)
Sunday, 24 June 2012
Saturday, 23 June 2012
Thursday, 21 June 2012
Sunnah Rasulullah Ketika Minum
1- Air dan segala minuman yang halal hendaklah diminum dengan tangan kanan kerana Syaitan menggunakan tangan kiri bagi makan dan minum. (Khasail Nabawi)
2- Hendaklah minum dengan sedutan yang berlainan. (Tirmizi)
3- Baca Bismillah dan Alhamdulillah pada setiap sedutaun. (Bukhari)
4- Jangan tiup ke dalam air panas untuk menyejukkannya. (Abu Daud)
5- Duduk dan minum, Nabi SAW telah melarang minum dengan berdiri. (Zaadul Maad)
6- Hendaklah berdiri semasa minum air zam-zam. (Tirmizi)
7- Rendamkan kurma atau anggur di dalam air pada malam hari dan minum larutan ini pada waktu pagi. Walaubagaimanapun,jika kerana terlalu panas ia menjadi tuak, adalah haram untuk minumnya.
8- Orang yang memberi makan atau melayan orang hendaklah yang paling akhir makan & minum. (Tirmizi)
9- Janganlah minum daripada bekas yang besar seperti jag air, botol dan lain-lain. tetapi satu gelas atau mangkuk kecil. (Abu Daud)
10- Jangan minum daripada bekas cawan yabg sumpik atau pecah. (Abu Daud)

Tuesday, 19 June 2012
Berakhir Sudah Final Exam
"alhamdulillah..selesai sudah"-kata dayang
muka-muka keluar exam akhir awal semalam
Bila dah merdeka,mula lah kaki ni minta untuk menghirup udara segar di giant,aduhh,kena la penuhi kan? :) Mulalah kami berjalan makan kfc,makan aiskrim dan cari novel bila tiba di giant.ehh,novel tu,niera sorang je yang gila mencari,yang lain cool je..kenyang terlampau sampai kfc dgn aiskrim pon niera makan tak habis.mula-mula je semangat..hihi..
muka bahagia niera..hik3..mula-mula semangat nak makan tapi akhirnya sorry to say - tak habis! :(
aiskrim pulak kami terjah !
Alhamdulillah,semoga ukhuwah ini berpanjangan hingga ke syurga..Sayang kalian semua kerana ALLAH.. Berjumpa dan berjuang semula di sem 3 ye kawan-kawan ! :D
Inikah Tanggungjawab Suami Isteri?
tanggungjawab suami dan apa pandangan anda?
tanggungjawab isteri dan apa pula kata anda?
setuju dengan gambar2 diatas?atau ada tambahan dari pihak anda?cepat tambah pendapat anda di kotak komen :D
7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah
Perkongsian ringkas yang niera dapat dari facebook dan terasa ingin share bersama anda :)
7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah:
- Pemimpin yang adil
- Pemuda yang sentiasa beribadat kepada ALLAH
- Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid
- Dua orang yang cinta mencintai kerana allah yang mana berpisah dan bertemunya kerana allah
- Lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta kaya melakukan zina,lalu dia berkata "aku takut kepada allah"
- Orang yang bersedekah secara sembunyi
- Orang yang mengingati ALLAH di tempat sunyi lalu mengalirkan air mata :'(
Monday, 18 June 2012
Ciri-ciri Hamba ALLAH yang Penyayang
Assalamualaikum .. Ciri-ciri hamba ALLAH yang penyayang .. Adakah kita? Kita adalah hambaNYA dan menjadi tanggungjawab kita menyebarkan dakwah islam itu sendiri. Niera terjumpa maklumat ini dalam facebook. Macam biasa,idea tak datang di musim-musim tengah final exam menjelang. Jadi hanya share apa yang terjumpa untuk semua agar niat kita untuk meneruskan misi dakwah tercapai walaupun hanya sepotong ayat. Niera bukanlah diantara orang terhebat tapi niera juga ada rasa atau keinginan untuk berkongsi sesuatu. Anda juga kan? :)

Berdasarkan ayat ALLAH dalam surah Al-Furqan ayat 63-77,Allah ada mention bahawa antara ciri-ciri hamba ALLAH yang penyayang ialah :

Berdasarkan ayat ALLAH dalam surah Al-Furqan ayat 63-77,Allah ada mention bahawa antara ciri-ciri hamba ALLAH yang penyayang ialah :
Perkara Sunnah Sebelum Tidur
Assalamualaikum dan selamat malam semua..Niera nak bagi sedikit perkongsian sebelum tidur.. Ini pun dapat dari facebook.. Jom baca :)
klik gambar untuk lebih jelas :)
perkongsian ringkas sebelum tidur..mudah kan?
Sunday, 17 June 2012
10 Tips Untuk Jadi Seorang Yang Ceria!
Ohh,niera terjumpa gambar menarik untuk dishare bersama anda semua.Al-maklumlah,dunia exam ni membataskan niera untuk update karya sendiri.share je yang termampu agar blog ku ini tak terlepas dari post2 untuk dibaca agar dimanfaatkan org lain :)
jom ceriakan diri anda!
klik untuk lebih jelas !
*malas nak taip.hik3*
selamat membaca :)
Saturday, 16 June 2012
Siapakah Rakan Blogger Yang Buat Niera Terharuuu Ni??
Assalamualaikum semua :D
Alhamdulillah,first of all,niera nak tanya apakah perasaan anda jika blog anda direview secara tiba-tiba?wah!mesti rasa sesuatu yang wow wow dan wow! best kan? tak popular pun tak pe asalkan ada juga yang sudi like , like dan terus like blog comot milik niera yang huduss ini .. hehe :)
Seseorang kalau buat sesuatu tanpa dipaksa atau mengaharapkan balasan,pasti ianya ikhlas dari hati.betul tak? betul tak? Jadi niera dengan rasa rendah hati mengucapkan ribuan jutaan terima kasih kasih dan kasih kepada 2 blogger ini. Siapakah mereka? Jom kita terjah !
Ni blog pertama yang tolong review kan blog niera tanpa paksaan ataupun sebagai tanda niera join segmen dia tapi tiba-tiba jadi faverettt blog pulak pada dia..tak percaya?cuba tengok dalam post ini dan tengok blog siapa yang direview..hik3 :D
Haaa,ni lagi satu blogger yang tolong review blog niera..baiknya awak! hihi.. Dalam post yang ini , Niera telah baca dan komen kat situ..semua yang direview dalam post tu orang-orang hebat..niera je yang rasa keciknye diri ni kat dalam post tu..pssstt,niera memang kecik > 144cm..kecik tak?hik3 ..
Ehh,apa tunggu lagi?Jom mulakan serangan balas ke blog-blog awesome diatas dan follow mereka ! :D

Cerita Pelakon Yatt Hamzah Mengenai Azab Buka Aurat!
Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.
"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."
Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.
"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."
Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.
Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.
Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.
"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."
"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."
Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.
MASIH ADAKAH LAGI YG TIDAK MAHU MENUTUP AURAT??
sumber

Friday, 15 June 2012
13 Perkara Yang Perlu Dijaga oleh Wanita
13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.
1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2. Kaki dan semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)
5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang)
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)
Thursday, 14 June 2012
Aurat Bukan Sekadar Pakai Tudung
klik untuk nampak lebih besar!
firman Allah Subhanahu wa Taala, “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya” [An Nur:31]
Wednesday, 13 June 2012
Kau Banyak Dosa,Mesti Kau Masuk Neraka!
Semuanya BERMULA DARI HATI,
kerana itulah betapa pentingnya BERSANGKA BAIK pada insan yang lain..
kita TIDAK SELAMANYA BETUL dan dia TIDAK SELAMANYA SALAH..
sumber
7 Mata Yang Dicintai Oleh ALLAH
7 jenis mata yang dicintai oleh Allah SWT.
1- Mata mereka yang sentiasa berusaha ke arah melaksanakan perintah Jihad pada Jalan Allah SWT.
2- Mata yang menitis air mata kerana takutkan kebesaran Allah SWT.
3- Mata yang sentiasa bertahan atau bersabar daripada memandang perkara yang haram.
4- Mata yang memerhati kejadian Allah SWT.
5- Mata yang memandang Kitab Allah SWT-Al-Quran Al-Karim ( Membaca, mengambil pengajaran dan mengamal dalam kehidupan ).
6- Mata yang memandang mereka yang miskin dengan penuh kerahmatan dan kasih sayang.
7- Mata yang berjaga malam di jalan Allah. (Qiam)

Tuesday, 12 June 2012
wordless wednesday #32
ini namanya demam sebelum exam :)
gambar diambil didepan library pada malam sebelum esoknya hari pertama kami exam :)