Tuesday 12 June 2012

Cara Mendapat Ketenangan Hati

Assalamualaikum.Kesedihan hati pada kali ni membuatkan niera nak berkongsi sikit dengan semua tentang tips apabila kita berhadapan dengan kesedihan atau tekanan perasaan.Tatkala jari kecik niera lincah menari di atas keyboard,niera kini sedang mengamalkan salah satu cara dibawah iaitu mendengar selawat ke atas nabi yang diperdengarkan oleh raihan..Allah.. Ini ujian buatku :')

MEMBACA ALQURAN DAN MAKNANYA
Tahu tak kita semua dah dapat surat cinta?Cuma samada kita sedar atau tak dan adakah kita membaca surat cinta tersebut.Kalau korang dah baca surat cinta tersebut,adakah kita fahamkan?Jika kita menangis bila membaca surat tersebut dan kadang2 kita tersenyum dengan kata2 bahagia yang ada dalam surat tersebut,maknanya betullah yang kita ini faham.Allah..Allah..Allah..Surat cinta itulah yang dikirim oleh cinta tertinggi kita iaitu ALLAH SWT kepada kita semua untuk kita tenang menjalani hidup kita seperti hari ini.Jika rasa resah atau sedih,bacalah ia.Pasti jumpa kebahagiaan.Jika bahagia dan gembira,ingat dan bacalah surat itu juga..jangan dibiarkan ia berhabuk sedikit pun..sayangi ia seperti kita sayangi diri kita..Pasti kesedihan atau tekanan itu hilang :')

BERPUASA SUNAT
Puasa sunat dapat mendidik kita untuk bersabar dan tidak mendahulukan hawa nafsu dalam apa jua keadaan.Jangan disebabkan tertekan atau sedih kita lupa akan siapa cinta hati kita iaitu ALLAH SWT.

ZIKRULLAH
Zikir menjadi pelengkap ibadah-ibadah kita selain dari bangun malam dan membaca al-Quran. Witir dan zikir juga bertujuan mengisi kekosongan dan kekurangan di dalam ibadah-ibadah wajib kita.InsyaALLAH dengan zikir ini kita akan merasa ALLAH itu dekat dengan kita dan DIA akan sentiasa tahu yang terbaik buat kita.

QIAMULLAIL
Sesungguhnya bangun malam merupakan sumber kekuatan jiwa kita, yang akan membantu kita untuk mampu menghadapi semua ujian yang dibentangkan ALLAH sebelum layak untuk kita ke SyurgaNya.Luahkan semua yang terbuku dihati kita..Menangislah jika itu yang terbaik!

BERTEMAN DENGAN ORANG-ORANG SOLEH
Tidak dapat dinafikan, kita akan mendapat ketenangan jiwa semudah duduk dan bergaul dengan orang-orang soleh, insyaALLAH. Berdamping dengan mereka akan memberi kita ilmu baru, pengisian jiwa dengan ilmu-ilmu agama tidak kira duniawi mahupun ukhrawi

SELALU BERFIKIRAN POSITIF
Mengapa kita rasa tertekan?Kalau kita selalu dibayangi fikiran negatif atau menyesali kekurang diri,fikir kembali.Allah memberi kita banyak kelebihan.Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif.Semua berhak merasa bahagia cuma kaedah mana kita mencarinya..Adakah berlandaskan redha ALLAH atau sebaliknya.


Sebenarnya ALLAH dah bagi banyak kebahagiaan kepada kita tanpa kita sedari.Nikmat yang dah bermacam-macam kita kecapi..Lihat jari kita yang masih boleh menaip menyampaikan dakwah walau sepatah perkataan pun kita sepatutnya bersyukur,Alhamdulillah..Ingatlah,ALLAH uji baru sedikit,kita kena kuat menghadapinya..Allah..kuatkan aku :')

Alhamdulillah,paper pertama berjalan dengan baik walaupun..ya!ini ujianMU..aku tawakal dan aku berserah hanya padaMU :')