Friday 1 June 2012

Adakah Kita Manusia Itu?


Aku tertanya-tanya mengapa dengan dunia hari ini..
Seolah-olah kini tiada lagi manusia berhati manusia..
Yang tinggal hanya sekeping hati tiada fungsi..
Masihkan wujud perasaan ingin bahagia?

Tuhan mencipta kita bertujuan menjadikan kita khalifah..
Bukan untuk menampakkan kita tiada hati seperti sampah !
Dunia oh dunia..
Ohh,baru ku sedar,kini aku didunia tua..

Perasaan halus milik manusia kini tidak lagi kelihatan di mata dunia..
yang aku lihat kini tangisan anak bayi..
tangisan ibu ayah yang kehilangan permata hati..
bunyi tembakan sana sini yang terus berbunyi tanpa henti..

Sungguh!Aku sedih dengan dunia kini..Hidup tanpa perasaan..Hidup tanpa mempedulikan insan lain..Peristiwa Haulah di Syria menambah luka dihati..Peristiwa seorang rakan yang membunuh kawannya sendiri dengan memotong badannya dan kemudian makan otak kawannya di Amerika membuatkan aku terfikir..Dimanakah hati mereka?Tak adakah sekelumit perasaan sayang?Allah..mengucap panjang aku melihat anak-anak kecil disembelih..Betapa aku bersyukur aku masih dipelihara..tapi sampai bila?Bagaimana mungkin untuk aku menolong mereka di sana?Allah..hanya doa yang menjadi senjata seorang mukmin aku mampu berikan..Betapa lemahnya diri ini..



Manusia,bersyukurlah kerana engkau belum diuji sebegitu..Melihat ibu bapa adik abang ditembak didepan mata..Melihat dan mendengar rayuan keluarga agar diselamatkan..Itu umat islam..umat kita..Betapa memperjuangkan islam..Dimana kita?Masih bergembira?Allah..aku tak sanggup ini melihat ini berterusan..Berilah kemenangan kepada mereka..

 Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
(سورة البقرة , Al-Baqarah, 214)

Aku sering memerhati tingkah manusia kini..Bayi tidak berdosa dicampak merata-rata..Ada yang di"flash" dalam toilet!Allah..inikah yang dinamakan manusia?Ada hati tapi hati mati..Nafsu dan bisikan syaitan didahulukan..Hati sebagai seorang hamba Allah dicampak ke tepi..Itu dunia kita..Berfikir sejenak jika kita rasa itu keadaan biasa..Apa peranan kita?

Belum lagi jika kita berbicara mengenai arus moden kini..Dengan dunia facebook,dunia fesyen dan dunia zina!Zina kini dimana-mana tapi kita tutup mata kita..Memandang ia sepi berlalu..Facebook yang banyak menjadikan kita berubah kearah negatif..Berfikirlah akan niat kita sedalam-dalamnya..Tidak dinafikan facebook bukan hanya mempunyai keburukan tapi kita fikir balik tujuan kita..Upload gambar yang akan mendapat pujian atau jumlah "like" yang banyak pilihan kita atau update status kearah "islamik" kemudian dipuji dan mendapat perhatian?Begitu juga fesyen yang menghimpit remaja kita hari ini..Allah..ini agenda yahudi yang kita tidak nampak..Ditambah perisa oleh desakan syaitan yang membisik..Masihkah keadaan ini membuatkan kita bahagia dan gembira?

Teringat kembali kata-kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat "Tapak kaki kita kalau dah keras,pijak paku dan duri pun tak terasa apa sebab tumitnya sudah keras.Tapi kalau tapak kaki kita lembut,terpijak duri sedikit pun sudah berdarah.Demikian jugalah hati,kalau ia dah keras maka tak terasa lagi bersalah jika membuat dosa".

Adakah kita manusia itu?Tidak lagi mempunyai hati..Jika masih mempunyai hati,adakah ia berfungsi atau sudah mati?Hanya kita yang ada jawapannya..Wallahu'alam..

2 000 Budak Comel:

nurhuda nurhuda said...

i like :)

Unknown Unknown said...

tanda2 akhir zaman, sama2 kita doa mintak dijauhkan dari perbuatan yg ta berperikemanusiaan tu :)