Thursday, 21 June 2012

Sunnah Rasulullah Ketika Minum

1- Air dan segala minuman yang halal hendaklah diminum dengan tangan kanan kerana Syaitan menggunakan tangan kiri bagi makan dan minum. (Khasail Nabawi)

2- Hendaklah minum dengan sedutan yang berlainan. (Tirmizi)

3- Baca Bismillah dan Alhamdulillah pada setiap sedutaun. (Bukhari)

4- Jangan tiup ke dalam air panas untuk menyejukkannya. (Abu Daud)

5- Duduk dan minum, Nabi SAW telah melarang minum dengan berdiri. (Zaadul Maad)

6- Hendaklah berdiri semasa minum air zam-zam. (Tirmizi)

7- Rendamkan kurma atau anggur di dalam air pada malam hari dan minum larutan ini pada waktu pagi. Walaubagaimanapun,jika kerana terlalu panas ia menjadi tuak, adalah haram untuk minumnya.

8- Orang yang memberi makan atau melayan orang hendaklah yang paling akhir makan & minum. (Tirmizi)

9- Janganlah minum daripada bekas yang besar seperti jag air, botol dan lain-lain. tetapi satu gelas atau mangkuk kecil. (Abu Daud)

10- Jangan minum daripada bekas cawan yabg sumpik atau pecah. (Abu Daud)

5 000 Budak Comel:

Shiqin Sunshine Shiqin Sunshine said...

hehe, ade hikmah nye kenapa tak boleh minum berdiri..heehe, dah ade kajian pon =)

Natasha Natasha said...

nombo 4 tu mmg payah lah sy nk ikut :( sy try k..

sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa said...

nice info..thnks 4 sharing..ada yg sha xtau hehe

::CIK LYNN:: ::CIK LYNN:: said...

cik lynn suka minum air dalam botol...

Eintan Nurfuzie Eintan Nurfuzie said...

cik en suka pkai botol je.. sbb sennag nak bawak kemana2