Monday 4 June 2012

Akibat Mengikut Rakan Lelaki yang Dikenali Menerusi Laman Sosial


SEGAMAT: Serbuan pasukan penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) di sebuah rumah di Tebing Tinggi, dekat sini, membongkar perbuatan seorang remaja berusia 18 tahun yang baru saja merogol pelajar Tingkatan Dua, dalam kejadian awal pagi semalam.

Selain itu, penguat kuasa turut menahan enam lagi lelaki berusia 16 tahun hingga 24 tahun di rumah berkenaan yang dipercayai bersubahat dengan membiarkan saja perbuatan rogol berkenaan.
Ketua Polis daerah, Superintendan Hanafi Daud, berkata kejadian dipercayai berlaku antara jam 11.30 malam hingga 5 pagi semalam, sebelum penguat kuasa menyerbu rumah berkenaan.

Katanya, mangsa berusia 14 tahun itu yang tinggal di Jalan Medoi, dekat sini dikatakan pergi ke rumah itu dengan menunggang motosikal dengan seorang rakan lelaki yang dikenali menerusi laman sosial.

“Pada mulanya mangsa bertemu dengan rakannya yang juga berusia 18 tahun di kedai makan di Bukit Siput sebelum membonceng motosikal ke sebuah rumah di Tebing Segamat untuk bertemu rakan lelaki berkenaan.

“Rumah itu dikatakan milik seorang daripada enam lelaki itu dan ketika kejadian keluarganya tiada di rumah. Setiba di rumah itu mangsa dikatakan pergi ke tandas sebelum suspek yang berusia 18 tahun menariknya ke sebuah bilik dan merogolnya,” katanya.

Hanafi berkata, pada masa yang sama pasukan penguat kuasa JAJ menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat mengenai kes khalwat.
Katanya, dalam serbuan itu JAJ menahan tujuh lelaki dan seorang wanita selepas dimaklumkan mengenai kes rogol berkenaan, jabatan berkenaan membuat laporan di Balai Polis Jementah.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, pihaknya menahan suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, manakala enam rakannya dibebaskan dengan jaminan keluarga.

“Polis masih menyiasat kes itu dan mangsa dibawa ke Hospital Segamat untuk pemeriksaan,” katanya.
_____________________________________________________________________

buat para remaja :
jangan senang2 ikut kawan yang baru kenal tambah2 bukan sejantina!
bagi niera kejadian diatas salah pihak perempuan,,kalau pendapat anda?

11 000 Budak Comel:

Cik Ayien Cik Ayien said...

baiklahh kakakNiera :) thanks 4 da info

Dylla Abas Dylla Abas said...

remaja sekarang suka buat dulu fikir kemudian..apapun,moga2 kita semua dijauhkan dari perkara mcm ni..

Nurul Ain Nurul Ain said...

ye memang betul salah budak pompuan tu!

IeLa tU sAya.. IeLa tU sAya.. said...

dah tau x kenal nak pegi wat pee..
aishhh..x psal2 hbis msa depan..
dah jadi mcam nie..orang mmg
akan slahkan bdak gegurl tuu..
Ya Allah,gsau plak kat adik aq kat umah..

Anonymous said...

thanks 4 sharing :)

Reena Sidek Reena Sidek said...

kalau baru berkawan tu... jgn mudah sangat percaya... rupa nampak baik... tp kita tak tahu niat seseorang tu...

Unknown Unknown said...

Thanks for the info Kak Niera ! Bagi Yui la sndiri llki dn pompuan slh !!! Llki mncari nikmat, n pompuan tu pulak suka hti je ikut llki tu...

Nadiaafarhanaa Nadiaafarhanaa said...

lelaki salah sebab niat memang jahat
perempuan salah sebab tak fikir dulu
#pendapat yaya lah :)

Unknown Unknown said...

tepuk sebelah tangan takkan berbunyi..
moga kita tak tercampak jauh..syukran ukhty niera...atas pengkongsian..

insyaAllah...uhibbuki niera ;)

LydSunshine LydSunshine said...

Ei, budak2 ni tak baca surat kabar ke ye? Derang macam katak bawah tempurung yg tak tau kesannya kalo ikut lelaki, padahal dah banyak kali kuar dalam berita. Ish..ish...

Anonymous said...

thnks ya kak tolong mengingat kan . insyaAllah , faizah akan cuba lebih berhati hati lepas nieyh . jangan lahh mengikut lelaki yang sembarangan yang tidak tahu asal usulnya .