Saturday 9 June 2012

Ciri-Ciri Orang Yang Gagal


Siapa yang GAGAL sebenarnya? Mereka adalah yang memiliki ciri-ciri berikut:

1-Orang yang takut melangkah kerana takut salah.
2-Orang yang tidak mengakui kekalahan dan kesalahan.
3-Orang yang suka menyalahkan orang lain dan tidak mahu melihat pada dirinya sendiri.
4-Orang yang gagal merancang.
5-Orang yang gagal dalam membina hubungan jangka panjang dalam keluarga sendiri.
6-Orang yang memiliki separuh semangat dalam diri. (jiwa kecil)
7-Orang yang takut ambil risiko, hanya menunggu durian runtuh. (suka goyang kaki)
8-Sinonim pada orang yang manja, tidak mahu berusaha, bekerja, tiada motivasi dan yakin diri. (pemalas)
9-Hanya milik kekal orang yang negative thingking, pasif, mengalah pada keadaan, lambat bertindak, banyak alasan.

Ciri-ciri ini di nukilkan oleh oleh Billiy P.S Lim. Ada satu dialog ringkas ditanya oleh beliau kepada peserta programnya, " Kenapa orang akan tenggelam bila terjatuh ke dalam air?"

Mereka menjawab , " Dia tidak dapat berenang."

Billy kata, "Salah...jawapannya dia tenggelam kerana dia terus berada disitu dan tidak berusaha menggerakkan dirinya ke tempat lain."

Bukanlah banyak mana ujian yang kita dapat, bukan juga seberapa banyak hinaan yang kita dengar, dan bukan seberapa banyak kegagalan dan kesedihan yang kita hadapi menjadi persoalan utama.

Namun hakikat yang perlu kita hadapai adalah bagaimana untuk berhadapan dengan semua itu dan melakukan perubahan. Jadilah diri sendiri berdasarkan potensi yang dimiliki.

Sabda Nabi SAW: "seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama untuk buat kali kedua."

Sekadar berkongsi...Wallahua'lam.

sumber

2 000 Budak Comel:

Unknown Unknown said...

oh yeah! no 1 dah best.. hehe.. tq.

Unknown Unknown said...

tak nak jadi org yg gagal. nak jadi orang yang berjaya. InsyaAllah. hihi.